= ikaazuhari.blogspot.com: September 2012 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

saya mintak maaf

assalamualaikum
nak jadi penulis blog atau nama special sket , blogger tak mudah dan tak senang sebab tak selalu dapat idea nak menulis . tak selalu jugak ada benda nak bebelkan
dan paling penting . tak selalu ada masa nak update :)
harini tuhan nak uji . me dah buat sorang kawan kecewa dengan sikap me . 
buat kawan , saya mintak maaf 
dan yaa , dengan takdir Allah kita jumpa , dan dengan takdir Allah jugak jadi macam sekarang
siapa la nak kecewa kan kawan dia kan ? saya pun taknak . bila dah jadi macam nie . menyesal sangat . rasa bersalah yang amat :'(
dan semua benda buat jadi serba tak kena . Maha Hebat rasa bila bersahabat macam nie kan . yupp . kata orang nak cari kawan memang susah , saya pun akui . mana la nak jumpa orang yang tiba2 borak pasal agama bagai . pendapat , hadis yang beliau cakap memang memikat hati . dalam 10 orang , belum tentu salah satu akan jumpa orang macam beliau . dunia dah akhir zaman . nak cari kawan sekalipun bukan mudah . tengok luar okayy , dalaman pulak tak okayy . dah ada kawan pulak , banyak yang nak kena jaga . tak semua orang boleh nak terima sikap kita kan ? rasa berkawan memang hebat , kawan yang boleh suka , sedih sama2 sangat hebat . nak cari tak senang , bila dah jumpa hargai la -.-

daftar nak masuk audition . HAHA

assalamualaikum
yeahh ! dah lama tak update cerita . sangatlaa busy okayyy :P
biasa la . final dah dekat . belajar pulak dah macam rushing sangat dahh . tak lama lagi pulak dah study week . dan yeahh ! otak kena kuat ingat fakta pentinggg :)
dan yeahh ! sekarang me nak kena jaga fikiran je . muahaha . jangan fikir bukan2 yee . I mean nak kena jaga otak supaya dapat cepat ingat benda penting . for now , otak cakap kena paksa ingat ayat al-quran yang nak kena hafaz depan sir then yeahh ! ingat lirik laguu :P
me decide nak masuk audition kottt ! muahaha . me tahu laa yang me langsung tak comel okay tapi come on laa . vokal bukan sekadar rupa . errr betul ker ? kot2 cakap terbalik pulakk -..-'
btw jadi tak jadi belakang kira , yang penting me nak cakap , suara me memang powerr ! HAHAHA . okay . sekadar riak -..-
btw , kalau tak caya , nanti laa me buat cover lagu yang me nyanyi ehhh . haha
hehe . saja je try nasib . tak fikir nak dapat atau tak . baru je pun daftar nama . eksyen jee lebih kann ? saja nak have fun , tu pun tak sure nak masuk ker tidak . walhal dah tahu diri nh tade la hebat sangat dalam bab2 nyanyian . yaa , dengar boleh laa . bab nak hafal out la jugak -.-
btw yeahh , sekadar nak tambahkan kawan , kena laa aktif kann ? yedakk ? hikhokk
actually , me sangat busy . so for those yang bw me tuu , maaf yee . follow laa . hehe . karang saya lawat awak and follow balik ^.^
btw , apa2 hal , sila contact me laa ye . through fb pun bolehhh . mekasehh
jaga diri . next time me update lagi
^.^

sabar dan sabar

assalamualaikum
dan yaa


menangis tu kadang2 elok jugak kan ?
dan yeahhh ! be cool ! menangis ok je laa . boleh jadi kuat sikit . apa salah mengalah . dah nama pun anak sulung 

harini ada social service

assalamualaikum 
dah lama tak join social service . dulu2 ada laa jugak p rumah anak yatim but now tak dah . but Alhamdulillah sebab kami dekat kolej Islam nie ada usrah :)
for those yang taktahu apa tu usrah , yang selalu tanya saya apa tu maksud usrah 
usrah nie macam clas agama la atau zaman sekolah2 dulu class fardhu ain :)
kami kena join and memang diwajibkan ambil semua clas usrah . semua ada 4 usrah ye . kalau tak ambil all that usrah nie , kami takleh grad ^.^
usrah memang banyak best sebab for this class , banyak bekalan hidup danmati yang boleh kami pelajari . for example . bila ambil usrah Am I Good Muslim , kami di ajar macam mana cara mengaji , bacaan al-quran dan tajwid , pasal solat dengan cara yang betul . lain class usrah , lain la cara nyaa . kami bukan belajar benda sama sebab usrah nie ada class khusus ye . and for that usrah tadi . kena buatla social service . for the first meeting , macam2 laa plan yang nak buat . ada nak pergi rumah orang2 tua , rumah anak2 yatim and so on laa tapi lastly tadi , kami decide nak buat macam last planning kami yang mana kami pergi ke sebuah kampung dekat area Gombak then bila buat survey , that kampung merupakan antara kampung yang agak miskin la . so bila discuss dengan tok ketua kampung tu , tok ketua suggest 2 buah rumah penduduk kampung yang susah , so kami kena bersihkan that rumah laa  and after clean that house , kami turut buat makan2 ngan penduduk kampung . yeah ! me jaga part makanan tadii . hehe . me punya classmate kahwin and dia punya wife masak . best dia masak . sweet dohh . dorang kawen awal , me punya classmate tu lelaki then he just 20 years old . tua setahun dari me , dah kawin ngan akak yang me not sure umur berapa. then dorang  sedang tunggu dorang punya baby sulung keluar . hehe . untunglaa kan kahwin awal ? akak tu pun time tolong kitorang buat keje asyik cerita yang kahwin awal best . uhuii . memang laa best dengar cerita akak tuu ^.^
dan paling tak tahan asyik cakap "eh kahwin awal best . kahwin la jugak . best ada partner"
dan yeah ! dengar dia cerita memang best dan ada yang classmate pompuan nie pun dah macam nak kahwin jugak and akak tu tersenyum je sambil says "alhamdulillah"
dan apa2 pun , dah ramai yang nak kahwin muda nie . alhamdulillah and congrats yaa :)
btw yeah ! apa2 pun social service tadi sangat awesome . datang kenal kampung orang . rasa environment kampung orang dan segala2 nya orang punya . haha . and the best thing , bila dapat tolong orang susah . rasa yang puas sangat . nak2 lagi bila tengok dorang senyum
so , lets say Alhamdulillah sebab kalau difikirkan kita memang dah cukup kaya dari mereka yang susah walau kadang2 kita selalu komplen yang kita nie hidup susah . dari mereka ? kita dah kira okla kan ? kurang2 susah kita pun takde la macam mereka 
alhamdulillah , kita masih beruntung . so , jangan nak komplen apa2 dah ehh

happy birthday sahabat weii ^.^

assalamualaikum
entri kali nie khas buat sorang sahabat yang super duper awesome
* mintak maaf sayang , awak tahu kan saya nie suka bab karang mengarang . me dah nak send text nak wish bufday untuk awak tapi text me panjang sangat . so me delete balik . HAHA . so me decide nak tulis sini je ^.^
2 tahun lepas , ingat lagi ?



okay . zaman kiut miut dulu . HAHA . series , hari nie ulang tahun awak . happy birthday . as usual , ramai akan text berebut nak jadi orang first . for this year me takleh jadi orang first dah . actually nak pulak try jadi orang last tapi still takleh sebab masa me study tadi , dikejutkan dengan suara jiran me yang jerit
"HAPPY BIRTHDAY"
me macam terkejut . tetibe then baru tahu dia tengah call member dia then wish . time tu me tahu yang me langsung tak buat macam tu . teruk kan ? tapi the real is tarikh nie la . 22 september . me selalu duk tunggu . beberapa bulan lepas dah plan nak buat something for this date tapi me just boleh rancang je . actually me ada plan nak balik kelate nak celebrate . macam me celebrate yang 2 tahun lepas tapi takleh . me kena cancel sebab ada event esok hari but the real me memang ingat . me nak peluk , nak cium macam dulu :')
sekarang kita memang jauh2 . nasib awak suka posing ork . haha . at least ada laa jugak kenangan lepas . nak jumpa memang langsung takleh walau actually banyak sangat benda nak story dan actually banyak jugak benda yang dah berubah between us :)
me nak dekat , me nak story , me nak macam dulu but the real memang takleh . nak jumpa memang takde masa . Alhamdulillah , renion haritu kita boleh jumpa . haritu macam sebak . rindu gila kot ! dah lama sangat tak tengok muka :(
banyak sangat nak story , banyak sangat yang nak luah . terlampau banyak tapi haritu takleh . masa memang jeles dengan kita T.T
tapi suka tengok kawan2 yang lain . rindu memang toksah cerita la . me study jauh dah memang sah jarang boleh jumpa , yang study dekat2 tu pun takleh jumpa jugak kan ? actually , rindu memang la . tiap2 kali rindu , tengok2 jela gambar dulu2 then yang part paling best tengok video pop yeh yeh . haha . rasa nak pulak joget macam dulu . andai dapat , andai ada peluang . boleh kan plan buat balik ? :P
then ok . tak lama lagi , panjang umur me balik , if boleh jugak , jumpa lagi eh . suka aa jumpa ramai2 cam haritu ^.^

for the last , hepi bufday budak 

- saya anak sulung , awak anak bongsu
- awak pandai bawak moto , saya just duduk belakang . but ahaa ! dont iri hati , me dah dapat my own license dahh . both kereta dan moto . kagum takk ? haha 
- awak suka air soya , saya geleng2 tak suka
-awak pantang nampak kamera nak posing , saya pantang nampak kamera nak lari
-awak suka g tandas time belaja , saya just pegi bila time memerlukan . riak kea ? HAHA 
but for the all , we look same pasal
- both of we rabun jauh ! hikhok . pakai spek malas . power makin meningkat dahhh -.-'
- both of we suka lewat masuk clas sebab lepaking dekat koop pasal nak beli air cincau
-both of we makan kopok time cikgu mengajar
-both of we suka mengumpat . errr 

okla , nak tulis memang banyak tapi tonight me really penat . tadi seharian tangan comot sebab main water kaler . me buat signboard macam dekat jalan raya then kaler then paling tak tahan , macam bajet cool sebab tadi kaler kapal terbang jugak . hehe . dah super duper penat dah nie . esok me ada social service for my usrah . me jaga part makanan . keje kami esok , kena pergi rumah yang terpilih dekat area gombak nie , dont really know what name of that kampung yang nak kena pergi esok tapi the task is kena gotong royong bersihkan rumah penduduk kampung yang terpilih plus bersihkan surau . wish me luck dear . me penat lain macam je malam nie , good nyte 

take note ^.^

kisah menarik seorang pemuda yang berjumpa bakal mertua kerana ingin menikah dengan wanita pilihannya sehinggakan keluar soalan “Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik.”
Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating. Sebolehnya kita jangan dating-dating ni. Islam tak galakkan. Apa pun cerita ini sekadar tauladan. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga bermanfaat!

_ _ _ _ _ _
Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya… 

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi
Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“ : )”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

TAMAT
Sumber fitri hadi

blogger oh blogger

assalamualaikum dan salam sejahtera
sihat tak ? tak sihat jumpa doktor ehh , kalau doktor tu kacak lagi bergaya , pesan dekat beliau yang owner blog nie kirim salam , tak pun boleh je tinggalkan contact num owner blog ni dekat beliau . HAHAHA . gedik tak ? gatal merenyam tak ? hikhok , tak selalu buat takpe kann :P
btw , harini dah macam bad day sikit . eh2 tak ! tak ! bukan ! bukan ! I mean hari yang tak berapa nak okay -.-'
tadi kannn me nak pergi class tapi tudung me yang tengah iron nyaris2 nak hangus ! okay , tak baik gelak , tak baik kutuk , me bukan tak pandai nak iron okay sebab kalau nak tahu zaman muda2 dulu me laa yang selalu duk iron baju orang rumah . eh ! eh ! I mean baju family la . mama dah bagi kebenaran me iron that baju2 tu semua . so memang maknanya me memang pandai la iron baju dengan proper kannn *hahaha,nak jugak puji diri sendirI :P cuma err me nak cepat tapi rasanya me yang cari pasal tadi . class punya laa start petang tapi me take time nak bersiap tu beberapa minit je nak dekat waktu clas . nie la nama nya perangai tak senonoh , dah tahu class start lewat , nak jugak siap lewat , punya laa makan masa banyak tadi nak betulkan tudung . yang tak tahan punya perangai , punya banyak tudung yang comel lagi kiut tadi yang ada tapi nak jugak pakai that tudung yang buat perangai manja taknak jadi . dan me waste time punya la lama tadi , dan err nasib laa sempat mekap ! haha :P 
btw niat jahat dah cakap suruh ponteng je that class tapi niat balik pulak jawab jangann ponteng clas , harini ada kuiz . takleh2 ponteng . lambat pun nak kena pergi dan yezza ! me memang baik sebab ikut yang niat baik . muahaha . baik kan ? kan ? kannn ? siapa cakap jahat , malam nie me ganggu dia biar dia takleh tidur ^.^
okay2 , me pergi clas , jawab kuiz then clas abes . cool kan ? rasa macam ohh , nak datang banyak sangat halangan tapi after all dah jawab , kejap je pun . tak sampai sejam -.-'
dan after that , p makan sat . haha , kenyang nooo :P
then nak tunggu the next class sangat lah lama tapi me tak kisah , me budak rajin . next class start pukul 4 tapi me yang super duper rajin dah masuk that class setengah jam awal :D
haha . bajet bagus je walhal sebab takde tempat nak lepak tu laa pasal pergi that clas awal2 , sebab that class memang port terbaik dengan ada nya aircond super duper sejuk ^.^
me masuk clas , ada presentation , for that present , kita kena sediakan our own toys and me yang tak berapa nak kreatif nie buat la yang me punya sendiri . tapi me buat dengan kawan , kitorang buat berdua dalam bilik . muahaha . me buat and buat pastu part yang paling me suka nak buat bila kena kaler that things dengan water kaler :D
suka woo , kadang2 saja je nak sentuh that kaler banyak2 biar tangan comot sebab nak nampak macam budak kreatif je . hehe tapi yang paling tak tahan , bila dah kesepuluh jari memang super duper comot , macam2 pulak kaler timbul , nak kaler oren keluar purple . aishh ! memang la sangat annoying tapi bila tengok dekat tangan kami balik , terkeluar ayat nie yang memang me cakap dekat member
"memang suka la tengok tangan comot gini , macam kreatif tapi yang pelik , orang kreatif takde la pulak kotor macam nie . hahaha"
member me pulak jawab
"a'a kan , eksyen je kita nie"
me dan dia ? HAHAHA . yaa . rasa dah sangat eksyen . padahal buat bukan seberapa pun tapi  ya allah , lantai , tangan , semua dah la dan err disebabkan terlampau over sebab dapat use that water kaler kann , me punya kerja sangat laa berwarna . masa present tadi , me pegang kerja yang me buat , bila sir mintak , me terrrrtengok tangan me dah tukar jadi kaler oren . huhu . malu betul , nampak sangat over je kaler that things sampai melekat2 lagi that kaler dekat tangan walhal benda tu dah buat 2,3 hari dah punn -.-'
btw dear sir , saya memang tak jamin apa2 ehh kalau tangan sir pun tukar jadi oren macam saya jugak tadi . tapi takpe sir , itu memang cool :P
hehe . okla btw takpe sebab tu memang cool kan ? bila lagi tangan nak tukar jadi oren -.-'
class tadi memang abes lewat dan hajat nak berkunjung ke kedai makcik dobi masih tidak kesampaian . err sabar ehhh baju2 sekalian , nanti me free , me bawak awak semua balik :)
okla the end . me not in the mood -..-

p/s : tadi me chat ngan sape ntah , banyak dia kenakan me . tapi takpe la . ada jugak ayat dia yang berguna buat me . sangat cool bila dikenakan macam tu T.T
lagi haa , terima kasih atas komen dan saranan yang agak mengarut dari awak semua pasal entri me sebelum nie . muahaha . pss ! jiran me dah senyapp je sekarang . agak2 dia ada baca blog me ehhh ? hehe
lagi haa
harini first time me buat blog me jadi private dan rasanya sangat tak cool sebab tak ada the others yang boleh baca blog me sebab me dah hadkan pada insan2 tertentu je tapi ha okla , sekarang me tak buat dah sebab 
saya tahu saya penulis blog , dan bila saya tulis blog maknanya semua orang akan baca saya punya penulisan , kalau puji alhamdulillah , kalau kutuk , saya senyap dan kutuk balik diam2 . haha . jahat tak ? kadang2 rasa jahat datang jugak tapi tak melampau :P 
dan okay me tak nak jadi riak . honestly me cakap , me tulis semua nie memang taknak jadi femes . me tulis semua nie sebab orang2 terdekat yang support me . terima kasih semua . peluk cium dari me ^.^
me memang sangat2 membosankan even bila dekat dengan siapa2 yang me rasa boleh masuk geng dengan dia , hobi me suka menjerit , tak tahu kenapa , maybe me suka tengok cite Tarzan kot dulu2 . haha . ha ! btw lagu Tarzan best . dengar laaa . hikhok . promote pulak :P
okay , banyak membebel bukan2 . ampun maaf dipinta
me jugak pemalu , ehhh , yeker ? haha . a'ah . agak la . sebab tu kadang2 me jadi macam nak tekup muka dengan bantal and then sorok diri bawah katil je bila ada yang nak promo blog me . haha . me rasa wahh macam tak perlu la . me segan :-*
tapi bak kata beliau yang me chat tadi
"tak guna tulis blog panjang berjela tapi taknak bagi orang baca . at least kena berani tunjukakn dekat others karya2 yang kita tulis"
dan thanks :)
betul , as blogger , awak kena bangga sebab awak dapat menulis even satu entri sekalipun . tak semua orang boleh dapat idea nak tulis macam awak tulis . tak semua orang ada cerita , tak semua orang pandai nak tarik the others hanya dengan cara pembacaan je dan tak semua orang dapat keep update blog mereka . ada yang dapat bertahan separuh jalan tapi buat awak yang still kekal menulis . TAHNIAH dan SYABAS diucapan :')
tak semua dapat buat apa yang kita boleh buat 
sekian

dear jiran kat depan , kalau awak tahu. . .

assalamualaikum
dan ini adalah pesanan dan luahan ikhlas kepada orang yang ngadap bilik me kat depan nie . I mean rumah dia seberang rumah yang me duduk tapi takdir telah menentukan bilik kami saling berhadapan . sweet je kannn ? muahaha :P

dear awak yang saya tak kenal ,

series . awak memang perempuan kan ? err Alhamdulillah , kalau tak mau me tanggung dosa duk tayang aurat me kat sini untuk tatapan awak . muahaha :P
series me tak pernah tengok awak walau sama2 je kita bukak tingkap bilik . bukan apa . errr me rabun jauh . me nak je tengok wajah awak tapi me taknak pakai spek . hehe . nasib la kan ?
me pun tak tahu awak student mana , student UNIKOP ker , student IIC tapi takpe , me straight je , me bukan les . me takkan usha and laung2 ayat nak ngorat awak ^.^
so , awak memang selamat sebab berjiran dengan me . HAHAHA . me baik kan ?
me rasa me memang jiran yang baik . tak ! me bukan bangga diri tapi realiti awak dah tengok me macam mana kann ? err jangan tipuuu , dosa , nanti tuhan marah , masuk neraka . panasss . hehe :)
me memang tak kenal awak tapi me tahu awak suka nyanyi . kan ? kan ? kannn ? aiyokkk . jangan nak tipu me . hari2 , tiap2 malam , tiap2 siang me dengar awak nyanyi dan lagu favourite awak pulak Number One For Me by Maher Zain kann ? tiap2 hari awak nyanyi lagu tu jeee . dear awak , sebenar nya kannn err jujur cakap yang awak nyanyi sangat kuat sampai bilik me pun boleh dengar dan me sangat2 tak suka dengan cara awak -.-'
awak , kite berjiran lahh . respect la sikit . kadang2 sebab me bosan dengar awak nyanyi , sengaja me bukak lappy , search lagu pitbull lagi , pasang kuat2 ! ye ! me jahat sikit -.-'
tapi serius cara tu buat me rasa better , me tak suka dengar awak nyanyi . bukan apa , kadang2 me belajar , dengan awak menyanyi kuat lebih dan agak annoying kadang2 awak nyanyi lagu jiwang dan awak repeat je lagu tu ! waaaa ! me tak suka dengar . kalau awak tahu , me pernah berguling2 atas katil , tekup muka dengan batal sebab me tension ! err sorry ye awak . me memang tak tahan sebab me tak suka lagu awak nyanyi sebab kadang2 dah macam bahasa siam je me dengar -..-
dan maka ini , me taip pasal awak kali nie , kalau2 awak tu baca blog me kann ? hehe , me bukan nak burukkan awak tapi kadang2 awak pun perlu respect me macam me respect awak kan ? me nak cakap face to face memang tak kesampaian , maka biarlah me tulis dekat sini dengan harapan kalau2 awak baca -.-'
sekian terima kasih
yang jujur ikhlas dan tidak menipu 
jiran awak  yang comel nie . muahahaha :D

tak tahu apa patut buat

assalamualaikum
dan sebenarnya apa patut yang nak di buat ? apa yang dikehendaki sudah tiba ker ?
segala yang diimpikan dah ada kat depan mata ker 
susah dan susah nak buat keputusan 
T.T

meh kita nyanyi meh

assalamualaikum
harini last class before cuti 4 hari , agak lama dan still takde plan nak buatpe pun
haihh , nak je balik rumah , serious ! sampai harini me asyik rindukan mama :'(
and you know what ? tadi dalam clas , banyak best woo 
miss kite kann , asyik suruh nyanyi jee , clas tadi dah macam tadika jee . HAHA . yeah ! we got fun dekat class tadi . tadi kitorang kena create animal song tau tapi kena create our own lyrics . takleh nak copy2 per sume and me ? alhamdulillah boleh la takat nak create lyrics senang2 tu . tu pun discuss dengan kawan , orang lain dah balik , kami buat overtime duk kat kolej lebih masa sebab nak create lagu . muahaha . bagus yedak ? :P
tadi dah macam remind balik lagu yang zaman kecik2 dulu  , lagu2 nie kami pakat nyanyi ramai2 dan suasana sangat la fun . fuhh ! sukaa abes :D

-burung kakak tua
-lagu tiga kupang
-nenek si bongkok tiga
- air pasang malam
- tepuk amai2
- jong2 inai
- bangau oh bangau
- suriram
- bapaku pulang dari kota
- bulatan besar bulatan kecik

dan boleh dikata agak banyak lagi lagu yang zaman budak2 dulu kitorang nyanyi . dah macam yeah ! yeah ! macam budak2 laa . apa ? nak rasa macam budak2 jugak ? errr jeles leteww , ahaa ! cakap la jeles kan sebab anda semua tak kena nyanyi pun and maybe tak pernah fikir nak kena nyanyi pun kan ? kan ? kannn ? dan alhamdulillah for that , kami masih lagi ingat lagu2 yang budak2 yang zaman dahulu . yang traditional punya song like tepuk amai2 tu . tapi ada jugak yang tak dapat nak ingat lagu macam me , mana laa me tahu lagi suriram . hehe . yelaa . cikgu tadika me dulu2 tak ajar . bila kawan nyanyi , me dengar je sambil cakap

"Ohh, Ohhh ,Macam tu kerrr ?"

and for all that , lastly dah nak abis clas , miss bagi lirik  nh 

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ulang *

Ibu kuingat dahulu  
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Andai kau peroleh bahagia
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Andai kau dalam sengsara
Ingat itu bukan
Untuk selamanya
Hidup ini sementara (ulang 2x)
haa ? apaa ? hehe . yuppp , betul la , nie lagu by Aris Ariwatan and the title is 1,2,3,4 :)
start dapat lyrics , miss suruh kami semua sing together dan dalam keadaan happy . miss suruh nyanyi je . dan kami wuhuuuu . nyanyi jelaa but suddenly

miss: awak semua nyanyi tanpa ada perasaan, lagu ni sedih kan? saya nak awak express rasa sedih awak semua semua

we: diam . . . .but at the same time me dah tengok kawan me tengah lap air mata dia :')

miss: now ,close your eyes and imagine your parents in front you
me ? me anak sulung dan sangat takleh kalau cakap pasal pengorbanan mak ayah , me senang nak nangis aaa , me tahu kalau dah me close eyes , senang je me nak ingat mama dengan papa dan senang jugak me nak nangis dan erkk macam dijangka baru je pejam kejap mata , me dah bukak balik sebab me dah nak start nangis . hehe . errr tak manja ok cuma ingat pengorbanan dorang je yang susah payah hantar me belajar sampai sini :')

we: me tengok dia , dia tengok me, then miss tengok sambil tunjuk dengan jari beliau sambil tengok me and then 

miss: close your eyes

member me: ala miss, macam mana nak nyanyi kalau close eyes, saya tak ingat lirik la

miss: saya nak awak fikirkan mak ayah awak la, nak nyanyi nanti bukak la balik mata

we: close our eyes

miss: sekarang cuba imagine mak ayah awak ada kat depan sini, apa yang dorang rasa, apa nasihat dorang pernah bagi dekat kamu, even mak ayah kamu meninggal pun, bayangkan jugak, mak ayah yang duk jauh pun bayangkan jugak, dan berdoa la yang kamu titipkan lagu yang kamu nyanyi nie sampai kat dorang, biar dorang rasa yang kamu tengah nyanyi untuk dorang

we: ala miss, nanti kitorang akan nangis la

miss: takpe, miss memang nak tengok korang nangis pun

we: start nyanyi :')
me mula2 okay tapi dah dengar dan tengok kawan me masing2 kuar air mata , me pun err start jugak nak nangis , wajah mama , wajah papa me ingat terus2 je , apa yang dorang dah buat dekat me , pengorbanan apa yang dah dorang buat , apa nasihat dorang dari me kecik sampai la besar me ingat dan ingat
dan hasilnyaaaa
me betul2 nangis , dah la tengah rindu dengan orang rumah , nyanyi pulak thats song dah macam nak jerit
MAMA ! PAPA ! KAKAK SAYANG MAMA DAN PAPA SANGAT2 . RINDU SANGAT2 :'(
dan me ? segan gila . mata dah merah tapi okay sebab kawan me pun sama tapi bilamana last lagu

member class me: kenapa korang semua nangis? aku tak paham la

dijawab pulak oleh member class me: dah ko hati batu, macam mana nak rasa sedih

dan me: (dalamhati) kecoh laa , dah takde perasaan , senyap2 sudah la , jangan nak perli orang lain pulak 

miss: congrats pada yang nangis, awak memang betul2 hayati lagu tu

we: yeah ! yeah ! miss ucap congrats la :P

dan macam biasa , class me pun ada je budak lelaki tapi yang ramai2 just sorang je yang nangis , kata miss , hati dia lembut . yang the others tak nangis pun . siap ada nyanyi that song kuat2 lagi ada la . macam nak main2 je . cakap miss . lelaki memang ego ! muahaha :P
err miss yang cakap okay ^.^
tapi the others cuma jawab macam nh

miss , miss dengar tak saya nyanyi lagu tadi kuat2 ? sebenarnya tu lah cara saya nak elak sedih . kalau saya ikut dorang nyanyi , memang saya akan nangis la dan bila saya nangis . sampai laa abes clas ,bila abes class pun saya akan terus nangis non-stop
dan me ? err biar betul , kuat sangat dia nie nangis . banyak stok airmata dia . hehe :P 

btw , lain orang banyak je nak express rasa sedih dia tapi yang penting baik lelaki mahu pun perempuan . tak elok kalau awak pendam perasaan awak . kadang2 nangis mampu nak legakan rasa yang berserabut dalam diri . jangan ego sangat okay . awak pun punya hak nak nangis . tak hanya limited untuk pompuan je :')

dan for all that songs . bila miss dengar kami semua nyanyi lagu traditional song yang dulu2 tu , ramai antara kami duduk diam sebab tak pernah dengar that song atau tak ingat lirik pun . tak cakap orang . me pun ada je terdiam bila me tak tahu lagu apa je yang nyanyi tadi . so as bakal cikgu tadika nanti , miss harap kami semua dapat je teruskan warisan lagu2 dulu buat generasi sekarang . if tak boleh nak ajar dan nyanyikan untuk anak orang , kata miss , try la nyanyi buat anak2 sendiri :P

p/s : ahaa ! pernah dengar tak lagu bulatan besar , bulatan kecil tu ? kata miss , boleh kami praktiskan nyanyi lagu tu untuk anak kami nanti . muahaha . err insyallah :)
for those yang kahwin pun boleh praktiskan nyanyi untuk anak2 anda semua ^.^
boleh la nak eratkan hubungan awak dan pasangan dan yang penting untuk anak2 jugak
perasan tak ? lagu dahulu banyak je ada pengajaran dan nilai2 murni 
cuba dengar lagu Bangau Oh Bangau je . banyak kan ?
time tidur , boleh je letak anak dekat tengah2 then awak dan partner awak dekat kiri dan kanan anak awak then together korang nyanyi lagu sama2 untuk anak awak :)
pss ! future husband , nanti kita buat macam nh dekat anak kita ehh . haha :P
not only bedtime story , kadang2 nyanyi pun boleh :)
errr jangan lagu bukan2 sudah 

dilema ohh

assalamualaikum
hye ! hye and hye :D
nothing special , just quick update 
weekend nie takde usrah . yeah ! yeah ! HAHA
isnin nie cuti , bila tambah , tolak , darab , bahagi , dapat laa 4 hari cuti
cuma yang menjadi ketidakpuasan hati . kenapa khamis tak cuti jugak ? -.-
kan bestt kalau cuti 5 hari ! muahaha , nanti boleh balik , dah macam nie , buat tak suka laa 
mama ! rindu nak balik niee ! sobssss :'(

# pss ! semalam me mimpi papa suruh me berhenti belajar dekat sini then suruh me continue study dekat lain lak , sampai nangis2 me dalam mimpi tu . hahaha , mintak2 jauhh lerr , dah setahun lebih dah kot me study , tak kan nak lari macam tu jee dan ohhh me dilema ! nak lari balik malam nh gak . laparr plus rindu :'(

facebook ohh muka buku

assalamualaikum 
tadi kannn , kite online fb then ada la tengok orang update status macam gini

Skrang nie xxxxx otw nk g pahang..nak pegi open house..buat mak 2 drive elok2 k..syg 

mak...muahh...:-)

dan me ? gelak sambil geleng kepala , ada jugak yang buat status cam gitu . dah 
macam buat request ucapan dekat radio la pulak . err dah tade modal nak buat status dekat fb ke ?lagi baik kalau awak cakap terus dekat mak yang tengah drive tu , lagi bagus kan ? sure dah boleh jadi good daughter dah pun :)
macam this budak cakap dekat puan mama bilamana mama tengah drive kete



this budak : mama , bawa kete molek2 deh , jangan bagi langgar orang , nanti kesian mama
me and mama : HAHAHA . adik2 . tak pernah ada orang bagi nasihat gitu dekat mama , insyallah mama tak langgar orang 

dan oh yeah ! this budak cakap direct je dengan puan mama , takde pulak nak update status dekat fb . so , nak compare this budak dengan that budak yang mana lagi cerdik ehh ? haha :P

nak jugak kahwin ! haha

assalamualaikum
carilah duit , simpanlah duit , jangan boros
seolah2 kamu akan kahwin esok
haa , amek kau , bukan setakat highlight dengan kaler merah , siap make it cleared lagi . muahaha ^.^
dan maka ini , telah memberi me satu insipiration kata orang . yeah ! yeah ! nak menambung from now , nak nikah awal2 . nak elak maksiat . err ehh ? calon eh ? tade lagi pun but tade salah kalau start from now kan my dear future husband :') 
bagus tak I nh ? dari sekarang I dah nak menabung , err I means start nak menabung . hehe ^.^
*saje buat camgini , mana tahu future husband me ada tengah stalk blog me sekarang nie :P
haha , bajet ada je kan ? tapi eh ! eh ! mana la tahu kannn ? kita cakap , tuhan yang menentukan kan ? am I right ? :)
btw haa ! tadi ada baca blog orang2 nie then ada yang nak kahwin di usia muda . alhamdulillah for that dapat elak maksiat la kan , yela bukan apa , kannn

kan ? kann ? sebab tu dah kahwin kena la ada keturunan cepat2 if tade halangan sebab tu pun dapat pahala jugak . yeah ! boleh tambahkan keturunan Nabi Muhammad s.a.w kan :')
me pun memang nak kahwin awal2 , bukan apa , dekat kolej nie pun ramai yang dah kahwin awal , tahniah la . jodoh dah sampai kann :)
siapa yang taknak kahwin oiii ? semua nak . yela semua orang dekat dunia tu Allah dah jadikan secara berpasangan dah , dan now , tugas kita la nak cari siapa partner kita tu . for me ? agak2 siapa ehh partner tu ? bila dapat jumpa nie ? bila dapat kahwin nie ? bila ? bilaa ? HAHAHA *gelak gedik :P
jodoh akan datang , lambat atau tidak , apa2 pun kena get ready dari awal la . yeah ! start menabung ! HAHAHA :D
btw buat yang dekat luar sana yang single tuh , pakai prinsip nie ok and i will love u ! haha :P


hak milik kekal syafiqah zuhari