= ikaazuhari.blogspot.com: 2013 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

dah nak pindah dahh

assalamualaikum

harini aku rasa nak feel sedih 

macam nak tangkap semua gambar . sekali aku tengok makcik jual nasi pun aku rasa sedih . rasa macam nak amek je gambar dengan makcik . makcik tu pulak buat drama sedih , macam2 ucapan dia bagi . dia kata dia akan rindu muka aku dengan member aku . muka makcik tadi pun dah lain macam . hmm . semua nya kes bila aku cakap harini la last day aku datang kedai dia sebab harini gak dah last day aku stay dekat Taman Koperasi Polis ni :')

lepas ni , esok ! aku dah nak pindah . kata orang , nak cari angin baru . semua nya adalah sebab aku nak tunaikan tanggungjawab aku sebagai isteri yang nak kena ikut suami . mana suami aku stay , situ jugaklah aku duk berkepit . hatta bulan , bintang sekalipun , akan aku tempuh semata suami tersayang :'D ihikk . 
nampak dak aku mengatal ? wehehehe . mau aku kena lekuk kepala dengan parents aku kalau tahu macam gini tapi apa salah ? aku pun dah nak habis belaja dah kann . boleh je nak try cari calon hidup . hmm . agak2 ada sudi tak ? lalalala :)

sebenarnya tu intro entri je , yang aku nak cakap yang sebenarnya aku dah nak habis belajar . lagi berapa bulan dah nak start praktikal . doa kan semoga aku berjaya sampai anak cucu habis praktikal dengan jaya nya . dalam excited nak jadi cikgu , tapi the real nya aku takut nak tempoh zaman kerja . yela . aku naif . tak pernah pun aku kerja . sadis kan kisah aku ? harap2 nya kerja pertama yang aku lakukan ni akan diberkatiNya dan dapat membuatkan aku menjadi lebih matured gitewww :D

cakap nak pindah memang lah excited tapi masalah nya barang2 aku tak kemas 100% lagi T.T

ingat nak sambung kemas , tapi sebab badan aku lenguh2 di sebab kan briefing yang berjam2 tadi buat aku tak senang duduk . di sebab kan benda alah tu penting , tak boleh nak miss walau terasa seksa . bangun pagi2 sebab nak pegi kolej . dengan perut kosong sambil mata aku berat semacam sebab mengantuk 

maklumla . hari last duduk rumah nie , banyak yang nak kena imbau balik kenangan , sebab tu susah aku nak tidur walau hakikat yang sebenarnya , aku melayan movie je malam tadi . cerita Titanic lak tuu . muehehe . apa ? yup ! aku tahu cerita tu dah basi tapi bila tengok balik , ada jugak rasa "keperempuanan" tu keluar . sebak jugaklah bilamana part sedih . dan hasilnya . last2 aku tak dapat tidur sampai Subuh

dan ya . mata aku mintak di rehat je . sampai aku update lain entri di hari lain ye . bye !

sebab sebab blog tak update

assalamualaikum

dah lama tak update blog , laptop kena pegi servis time balik raya hari tu . then tak amek peduli pasal laptop punnn . bila dah dapat laptop pulak , even on pun tak use broadband sebab bajet broadband dah tamat limit . tapi semalam terasa nak cucuk broadband dekat lappy and then muwallahh ! brodband boleh connect 

suka rasa hati ni . girang gemirang gituwww :'D

terus online , tengok blog yang dah berkulat sambil jenguk2 blog list . banyak rupa nya cerita yang aku ketinggalan . jauh di belakang sanaa . sadiss T.T
lepas ni dah janji takmo tinggal blog dah . kunun nya lah kann . ihikk
padahal banyak faktor yang buat aku tak layan blog dah . sebab ?

- dah nak habis belajar . banyak benda aku nak kejar . aku promise , lepas aku habis belaja , aku layan blog balik ehh . janji ni haa :')

- sibuk kemas barang2 sebab nak pindah . owhyeahh ! dah nak pindah dekat tempat baru . err Rawang je pun . sebab dapat praktikal dekat sana . harap nya dapat kawan baru kat sanaaa . lalalalala :D

- last pulak , sebab utama , aku makin kering idea T.T ohmaigodd . sebenarnya ni lah punca terbesar . aku dah takde idea !HAHAHAHA

macam mana la nak kekal jadi penulis blog ni . hmm . failed terus la nih

dan yup . otak aku dah kering idea . terpaksa berhenti sini dulu . lain hari aku update lagi ye . terima kasih la yang tegur blog aku berkulat tu . aku tak kisah sebab dah memang betul punn . InsyaAllah kalau ada mood nak update , ada la entri aku nanti . muehehe 

bye !

sekadar ingatan

assalamualaikum 
sekadar pengkongsian . sebab saya pun selalu buat . dah macam habit . sangat menakutkan . sekarang dah sedar .InsyaAllah lepas ni dah tak buat :')

Terdapat hanya 15 minit lagi sebelum masuk waktu Solat Isyak. Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib. Lambat, tapi pada anggapannya asalkan dia bersolat. Dia mula membaca doa dan mula bersujud dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.
Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.
Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Ianya sangat sesak. Setiap tempat yang dia pandang telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yang berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada
Jatungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.
Ianya adalah hari kiamat!
Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari kiamat, tetapi pada anggapannya lama lagi kiamat itu akan berlaku.
Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?
Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!
Soal siasat itu sedang berlaku!
Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.
Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri
Tiba-tiba nama dia dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan dan membuat satu laluan untuknya.
Dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.
Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya tunduk dan seluruh hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.
Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.
Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti 
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.
Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.
Dia mengaku kesnya,
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan kita untuk lakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan. "
Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah dilakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini dan bergegar seluruh tubuhnya ketakutan
Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.
Akhirnya, keputusan itu dibuat.
Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.
Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh melutut dan dia menjerit menyatakan ianya salah 
"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"
Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh. Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Kakinya diseret, mereka pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.
Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit semua kebaikan yang telah dia lakukan, bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya, dia bertanya jika seorang pun daripada mereka akan membantunya
Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat
Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata,
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"
Dia mula menjerit,
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"
Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Api neraka yang membahang telah membakar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa yang tinggal di dalam dirinya.
Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.
Dia hanya jatuh lima atau enam kaki apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan dan ditarik kembali ke atas. Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki tua dengan janggut putih yang panjang.
Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"
Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"
"Mengapa kamu begitu lewat! Saya hampir terjatuh ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya jatuh"
Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya, 
"Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir, adakah anda lupa?"
Pada ketika itu, dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud
Dia berada di dalam kebasahan akibat peluh. Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.
Dia bangun dengan cepat dan pergi untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini
Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka. 
Dan siapa tahu? Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakim[truncated by WhatsApp]

performance lagi ? tak sabarrrr !

assalamualaikum

harini hari minggu . tapi taktahu apa aktiviti berfaedah yang aku buat . sadis kan :')

rasa nya aku banyak buang masa kalau hujung minggu nak2 lagi kalau takde assignment yang mengejar . biasalah . selagi dateline lambat , takde nya nak buat keje tu kan . HAHAHA

dan ok . minggu nie memang dapat rehat puas2 sebab minggu depan busy sikit . ada undangan buat performance . wuyohhh . jangan memain . kalah retis gituuu :P

by the way , takde apa sangat sebab sebenarnya hujung minggu depan aku ada majlis hari jadi anak buah kawan aku . dijemput pulak suruh aku buat performance untuk puppet show . Alhamdulillah sebab pernah buat , so that takde la janggal . yelah . selagi boleh buat , kena tolong apa patut kan . besides , aku pun kena jadi pembantu untuk permainan kanak2 yang akan dibuat jugak . well , semua berkaitan kanak2 :')

haruslah kan , kena tahu semua benda termasuk majlis melibatkan kanak2 ni haa :D takde la janggal aku nak buat majlis untuk anak2 aku nanti . boleh laa jimat koss . pasti incik husband sayang lebih ! ihikk :P

tak sabar nak tolong apa patut selain dapat hilangkan bosan nanti ! ^^,


rasanya sebelum ni ada aku update pasal puppet show yang aku pernah join . tu la gambar puppet show aku . semua made in by hand . originally okay :)

aku kena jadi ular , which use the green one . aku pun tak faham . aku SANGAT geli apa2 yang kaitan dengan ular tapi boleh pulak aku pilih nak jadi ular . mungkin sebab aku yang buat tu semua , so nampak macam comel pulakk . wehehe 

Alhamdulillah sebab menang second place untuk puppet show tu . bangga la jugakk . berbaloi sebab sampai harini ada orang suruh buat balik ! HAHAHA . tak ker nampak aku macam di ingati dan femes gituu ? err ehh ? 

bila aku taop tanpa lihat keyboard.......

assalamualaikum dan selamat malam

untuk entri kali ni aku cuna untuk tak yengok dekat keyborf lappy aku . entah apa yang aku akan taip pun aku tak tahu . HAHAHA .
by the way . YES ! aku rasa tak ok sebab makin banayak assingmenr aku yang nak kena submit sebelum bulan depan yang hanya tinggal beberapa hari je lahi . kadang2 tertekan . sebab tu untuk masa yang ada ni aku nak pulun habis2 discuss apa yang patut dengan members group so that boleh hasil yang awesome :')
YES . I HOPE ! I WISH ! I WISH ! ihikk :P
sekarang tengah layan lagu jiwang tangkap leleh sambil siapkan assignment Arabic :')
Arabic memang agak susah buat aku yang takde langsung basic . all from zero . semua nak kena aku pulun dan mintaj kawan2 aku yang awesome suruh dia explain apa yang patut walau banyak2 kali a big TERIMA KASIHH diucapkan . aku sayang lebig laaa . moga Allah membalas budi kalian semua :'D
sekarang aku nak rehat , besok aku nak guna banyak tenaga utuk perah idea . wehehe . sampai jumpa di lain entri ! take care ^^,


# dok sabar nak balik Kelate , make ABC superb dekat Pasir Mas . ihikkk :P
ngidam dohhh . HAHAHA :D

photographer yang selalu edit gambar2 aku

assalamualaikum

adat dalam tugas berkumpulan , pasti ada salah paham . kadang2 kita cakap lain , rasa lain tapi orang tak faham . boleh cakap macam2 . tapi takpelah . hati boleh sabar . kan Allah sayang orang sabar :')

aku cuba faham sikap dia sebab tu aku boleh sabar walau apa2 dia cakap tapi bilamana datang stress aku , dah macam harus aku repot dekat
incik photographer aku . walau kadang2 hobi dia suka bebel tapi dialah penasihat yang setia lepas puan mama dan tuan papa .  apa2 pun banyak jugak tanya dia . yelah . dia kan dah matang . tak macam aku , suka gelak kuat macam guruh sampai kadang2 dia komen perangai aku :')

rasa nak tacing kadang2 tu adalah jugak tapi incik photographer dah paham . boleh buat cool dan amek hati balik . kadang2 aku cuba keraskan hati tak layan lawak dia tapi sekali dia buat lawak spontan . tersengih la jugak :'D

kadang2 otak tak betul aku nak je suruh dia masuk Super Spontan . alaa . cite dekat Astro tuh tapi kalau difikirkan balik , buatnya dia masuk benda alah tu , then ada yang minat dengan dia . aku nanti macam mana ? waaaaa . tak sanggup aku nak imagine -.-''

memanglahh . incik photographer ada kuota spesial . 4 pulak tuu . tapi takmo aku bagi kebenaran dia guna lebihan kuota dia tu :')

tak dapat nak imagine kalau dia takde . yelah . dah nama pun dia incik photographer aku , nanti dia takde , dah takde siapa nak edit gambar2 dekat fesbuk aku , dah takde siapa yang nak ambil gambar aku dengan gaya kurlassss gitu . dan yang penting nanti dah takde siap yang nak "LIKE" gambar dekat fesbuk aku . yelah . sebab selama ni orang duk "LIKE" pun hasil daripada kerja dia ja ha :'D

selama ni orang duk puji hasil kerja dia cantik , lawa bagai sampai ramai tanya photographer tu keje tetap dia ke sebab hasil dia buat awesome gituu ! wehehe 
tapi aku taknak cakap dekat dia sangat . nanti dia pun eksyen lebih depan aku , yelah . bila datang rasa eksyen dia . dia punya gelak kadang2 mengalahkan aku :')

lepas penat gelak gaya eksyen dia , baru dia kembali normal nak cakap dengan aku . tapi apa2 pun perangai dia , dia tetap incik photographer aku . orang yang boleh perangai gila2 dengan aku . paham gaya aku . dan paham hampir semua pasal aku . sebab tu aku errrrr sayang LEBIHHHH dekat DIA :'D

by the way , ni antara hasil2 incik photographer punya kerja , semua ni aku pernah guna untuk timeline fesbuk aku . tiap kali dia nak snap pic , mesti dia bebel banyak2 sebab nak suruh aku ikut cara dia . yelahh . orang PRO kannnnnn . HAHAHAHA . tapi takpe , aku layankan je sebab aku tahu semua pun untuk ke "comelan" fesbuk aku jugakk :P










apa2 pun bagi aku , hasil ok . boleh aku nak banggakan jugak haa :D
ok . sampai di sini aku menaip . selamat malam ! ^^,

syafiqah zuhari come back :D

assalamualaikum

rupa nya masih wujud lagi blog aku di ruang maya ni . wehehehe . memang dah lama tak update . a few months maybe :'D

dann yaa , apa khabar kesayangan hamba sekalian ? 

aku ok 

aku bahagia . berat aku pun dah makin naik . kat lengan dah nak ada muscle , badan aku dah tough , macam hati aku jugak , tough untuk yang sorang tu . wehehe :P

dan oh ya , actually aku rasa sangat janggal duk menaip nak2 lagi belum tentu ada orang dok baca entri aku ni , maklumlah . aku dah macam tak wujud , blog aku pun sama , dah macam apa dah . nasib segala benda alah dalam blog ni takde yang berubah , kalau tak mahu aku beperangai pelik like I was noob dalam dunia blog -_-

dan takde apa yang nak aku update selain nak cakap sangat busy sebab 
sekarang dah last sem dekat IIC :')

banyak dah jadi sepanjang diam dari dunia blogger . tapi nak cerita one by one dah macam basi la pulak dan belum tentu orang akan baca kannnnnn tapi aku tak kisah sebab tahu silap aku diam lama sangat . tadi on blog , tengok followers pun bertambah jugak walau tak dapat nak dibanggakan pun 

by the way . thanks buat semua yang duk follow aku walau aku diam agak lama dari update blog . sayang banyak2 haa . ihikk :P

walau sekarang lagak aku macam tengah goyang kaki sebab kekenyangan sebab makan nasi lemak ayam super duper best tadi , tapi actually dalam otak aku banyak fikir . fikir tugasan kahwin assignment yang bertimbun tu . dateline dah makin hampir tapi masih tak serius dalam menyiapkan nyaaa -..-''

dan maka itu mood aku untuk update blog dah hilanggggg terbang jauhhh . HAHAHA . kadang2 kawan2 ada perli tanya bila nak update , dan jujurnya kadang2 aku lupa aku ada blog :')

by the way , terima kasih super duper lah buat kawan2 yang ingatkan aku pasal blog ni :) kalau tak diperli kaw2 , takde mau aku bukak blog nih lagi . kalau bukak pun sekadar stalker blog list jelah . rindu nak tahu cerita kawan2 blogger 

walau aku selalu skodeng blog , peratus aku nak tinggal jejak sangatlah jarang sebab kadang2 banyak benda nak kena buat untuk komen satu entri , belum tentu nak kena masukkan kod2 tertentu sebab kadang2 aku dianggap sebagai robot oleh sesetengah sistem -..- tapi kalau difikirkan balik , apa kejadahnya robot nak pegi komen blog2 korang ? :')

sadis betol . HAHAHA . dunia memang dah maju tapi belum aku dengar robot boleh komen blog . membaca belum tentu dapat kannn . so sebab tu aku agak "terasa" bila aku dianggap sebagai robot sebab aku tahu aku boleh membaca , dan yaa . bakal nak ajar anak2 aku didik aku membaca tak lama lagi ^^,

apa2 pun , maka aku , NUR QURRATU AIINI SYAFIQAH pemilik kad pengenalan 931007-03-5***mengaku bahwa aku seorang blogger yang tak berapa nak blogger sebab jarang2 update status nak cakap yang aku tak sombong walau aku JARANG atau TAK PERNAH tinggal jejak kat blog korang 

aku ok . aku tak sombong . percayalahh . ohhh :)


* aku sendiri tak tahu motif aku letak gambar ni , cuma rasa comel di mata aku . wehehe . TERIMA KASIH buat photographer yang ambil gambar nih . kurlasss gitewww :P

As sobarul minal iman

assalamualaikum

harini dah hari Jumaat bersamaan hari ketiga puasa . tadi ada kelas Arabic , lepas bangun sahur pagi tadi , mata berat je nak sambung tidur disebabkan ada kelas jam 8.45 . selalu kelas pukul 9 tapi di awalkan sebab bulan puasa . haruslah rasa nak mengeluh sikit sebab ngantuk ok T,T

tadi cuma tidur2 ayam . kejap2 bangun tengok jam . dengan cuaca sejuk yang amat sebenarnya sangat liat nak pergi kelas tapi dah last sem dan subjek Arabic itu best because if u know , Arabic is beautiful language :)

taknak la tinggal kelas . gigih jugak bangun mandi , pakai lawa2 pergi kelas dan like usual , bangun awal mana pun , masa nak pergi kelas tu lewat jugak . boleh nak kita cakap tak yang sepanjang sem nie tak pernah lagi kita pergi awal ke kelas :')

nak2 lagi kelas Arabic . kelas tu dahlah sejam . pegi lambat , dah tu masa duduk dalam kelas sangatlah kejap rasa nya . penat naik tangga level 3 pun tak hilang . nafas pun tercungap2 lagi , kelas dah pun habis . marbeles syafiqah 
marbeles . bravo ! bravo ! cantik sungguh perangai :')

tapi nasib baik miss cantik melecun bermuka manis tu tak pernah marah , asalkan tak tinggal , tak ponteng kelas dia je . hewhew tapi sebenarnya for sure tentu miss dah cop saya muka budak datang kelas lambat kan ? :')

sebab tu jugak rasa nya miss selalu panggil nama saya dalam kelas nak soal itu dan ini . terima kasih ye miss , kurang2 nya saya tahu yang miss ingat nama saya . its look like saya nie famous ! HAHAHA :P

tapi apa2 pun class miss memang superb ! saya boleh belajar Arab dengan lebih mendalam . tahun nie dah tahun terakhir saya dekat kolej , tempat belajar saya . tahun depan saya dah takde . taktahu dah nak belajar Arab dekat mana T.T

tapi kan miss , harap2 nya lah tekad saya nak belajar Arab tu akan dipermudahkan olehNya . sekurang2 boleh saya ajar orang lain pulak nanti ^^,

by the way , saya rasa saya tengah tak betul . saya dah besar tapi saya masih tak ok !

saya penat . penat melayan perasaan . rasa nya saya tak mampu nak hadapi semua nie lagi . Allah ! penat sikit haa . sabar ye Syafiqah :')

marhaban ya ramadhan

assalamualaikum

tadi tengah gelak2 dengan budak rumah , tiba2 ada pengumuman puasa . cepat2 je semua bangun pegi duduk depan tv :')

semangat punya pasal , dah dengar2 , Alhamdulillah puasa jatuh hari Rabu nie . sebak sebenarnya sebab nie kali ketiga puasa berjauhan dengan family . manja ? takdelah tapi kadang2 sedih jugak , for sure kadang2 teringat jugak menu yang ada kat kampung . bazar sana tak sama dengan sini . sana lebih best nak2 lagi bila meround dengan tuan papa . marbeles gituuu :')

paling penting sure la jimat duit ! hewhew :)

untuk tahun nie tak sure sempat ker tak nak berbuka dengan family , macam tahun lepas cuma sempat 2 hari je . tu pun sedih . rasa macam nak panjangkan lagi bulan puasa tu . bila kat kampung , masjid dekat rumah , jadi bila tarawih , akan dengar terus dari rumah dan bila tinggal tarawih akan rasa bersalah je . tak macam sini , kadang2 tak dengar apa2 bunyi dari masjid , mungkin faktor yang agak jauh . nak bukak puasa pun dengar azan melalui tv . sedih tu memang la . rasa nya macam nak balik stay kampung terus je . kalau lah tak difikirkan dengan tanggungjawab dan tugas kat sini , maunya kita dah buat hal :')

dan seharusnya bersabar untuk semua nie . pasti ada ganjaran kan ?

syukur sebab masih punya kesempatan dan dipanjangkan umur untuk puasa pada tahun nie , harap nya semoga perancangan akan dipermudahkan olehNya . moh ler kita sama2 tambah pahala bulan puasa nie ye :)

dulu lain sekarang lain . Alhamdulillah

assalamualaikum

aku tahu blog aku dah pun berkulat :')

nak buat macam mana , sangat sibuk nak update . semua cerita dah macam basi . booo syafiqah boo , baik tak payah nak jadi blogger kalau rasa blog tu 
sampai dah berkulat-..-'

sekarang sem baru dah pun start , untuk last sem sangatlah sibuk . hanya minggu pertama je boleh nak enjoy , sebab tu aku cari masa untuk minggu pertama nak ke situ dan ke sini 

sebenarnya kat situ jelas terserlah aku sedang merenung masa depan , mana nak plan itu dan ini . ihik :P

terima kasih buat cameraman kita :')

guna camera baru tuu . nak jugak cakap :P walau bateri dah tahap duk icu pun gigih jugak duk on off sebab nak jimat punya pasal :,D
tak dapat nak pegi Paris bebetul pun takpe la , janji dah sampai Paris Genting . terimakasih ye awak :')
last , nak cakap

Alhamdulillah terima kasih . Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang . harap2 nya berkekalan . InsyaAllah :')

sayang dan hargai sampai bila2

assalamualaikum

sekarang kalau tengok jam dah pun nak masuk pukul 4 pagi . tapi mata masih tak boleh lelap . walau nak exam , tapi total masa aku ngadap buku sangatlah ciput ok . see ! jelas kemalasan aku dekat situ . malas2 nie taktahu la ada orang nak buat bini ker tak -..-''

bila dah takboleh tidur , macam2 benda aku buat , godek laptop , dengar lagu sama berulang kali sampai dah rasa sakit belakang . muehehe . dah lama tak buat hal kan , haruslah nak rasa sakit2 :')

dan apa yang teruk , stalk je facebook friend list aku . aku tengok , aku gelak dan geleng kepala . kadang2 dah rasa macam pening , nak naik katil pun tak sanggup sebab baju bertimbun yang dah berlipat tapi masih tak simpan . mau nye aku terjah naik katil , tak ker runtuh timbunan baju tu . tak ker haru aku nak lipat one by one balik ? :')

oh ya ! bila online sini , macam2 ragam yang aku jumpa , dan pasti nya , ada benda buat aku gelak sorang2 . ya , sorang2 pun ok saja , ramai cakap aku suka gelak dan aku cakap tu hobi aku sebab kadang2 aku taktahu macam mana nak express diri melainkan senyum dan gelak walau benda tu tak lawak dan sering timbulkan rasa pelik dalam kalangan orang di sekeliling aku -.-'

benda tak berapa nak lawak pun aku boleh sengih , mana yang lawak lagi lah aku boleh terbahak sampai boleh tarik perhatian orang terdekat dengan aku . nak buat macam mana nie ? aku dah takboleh nak kontrol perangai aku . puan mama dah tahu perangai tak senonoh aku nie , dah puas dia bebel sayang tapi still tak makan saman . huhu

ok . maaf , aku banyak mencarut mengarut . sebenarnya aku tak suka perasaan bilamana aku sorang tak dapat tidur then aku sendiri tak tahu apa aku nak buat sebab aku akan rasa aku keseorangan , ya . alone :')

bila aku rasa aku tak ok , aku akan buat benda yang buat tambah aku tak ok . err apa ? tak faham ya ? ok takpe . aku akan explain dengan teliti . satu persatu ok :)

aku tak suka bila aku keseorangan sebab tu buat aku jadi sedih , rindu orang memana tak tentu pasal , bila aku dah start rindu merindu , secara manual automatik tangan aku akan cari muzik yang sesuai dengan keadaaan sedih aku 

its like bila aku tengah sedih , ada lagu yang akan iringi kesedihan aku . ecewahh . maaf . dah tambah aku mengarut dah 

apa2 jadi malam nie , cuma satu aku nak nangis , laung kuat2 , aku rindu mama , papa , adik2 yang bila balik , tak semua aku dapat jumpa tu . sangat aku rindu haa T,T aku rindu rumah , rindu nak bilik dan semestinya aku rindu dengan bantal golek dengan selimut kartun aku ! :')

tiap2 ketika aku rindu dengan selimut kartun tu . dapat pun sebab mama hadiahkan sempena birthday aku . aku taktahu apa motif mama hadiahkan selimut kartun pada usia aku ke 17 . adakah aku masih kecil di mata beliau ? atau aku masih manja di mata beliau ?

tapi apa2 pun aku sayang yang amat dengan selimut tu sampai aku taknak bawak datang sini , bukan sebab segan tapi sebab terlampau sayang . macam aku sayang mama ! :D

aku sayang mama , sangat sayang . kadang2 bila datang rindu , aku nak je tidur atas riba dia walau kalau real aku segan nak buat sebab aku tahu kepala aku berat dan yaa of course mata aku akan cepat terlelap je :')

dan sekarangg , aku rasa macam nak tengok mama dan papa tidur , aktiviti yang aku akan sentiasa buat bila balik kampung , aku sanggup bangun malam semata2 nak tengok diorang tidur dan bila diorang macam terjaga dari tidur je , cepat2 aku lari masuk bilik :')

aku tahu benda tu takde motif . kalau korang nak tahu nape alasan aku buat semua tu . cuma satu aku akan jawab

"aku nak tengok diorang bernyawa , aku nak tengok gerak badan diorang dan hati aku sangat berdebar bila aku tengok diorang senyap , dan the real is , aku tak sanggup nak kehilangan diorang dan sampai satu tahap aku berharap yang aku akan pergi dulu sebelum dorang , aku tak sanggup nak hilang orang sekeliling aku"

aku sangat sayang dan sangat menghargai orang sekeliling aku . hari ni , saat nie dan sampai bila2 . sayang dan sayang :')

# aku banyak mengarut malam nie , entri yang takde motif . aku menaip sambil menangis . ahh ! tak habis2 manja . err mamaa :'(

Mohon kau panggil aku adik

Assalamualaikum

Bila cakap pasal kerja memang tak akan pernah habis dah tak akan pernah siap selagi kita hidup :)

Bila otak mula fikir pasal kerja , memang benda lain dah taknak fikir langsung dah kecuali benda tu sangat2 penting nak2 lagi bila melibatkan perasaaan . 

Cinta cintun ? Haruslah di fikirkan jugak . Muehehe . Eh ? Dan oh ya ! Macam kau , sahabat :')

31-5-2013 

ya , jangan bebel . kau comel apa , cuma effect cahaya kat belakang tu over sangat T,T


time nie aku bebel kat kau suruh ambil gambar , lain aku suruh lain kau buat . hasilnya , mulut aku macam tengah minum air walhal tak pun . kau dah macam pro ? :P


sticker gambar nie yang paling aku suka , kenangan kan ? esok2 aku dah takde , kurang2 kau ada kenangan kita semua dekat Wangsa Walk :P

dan ya , for all , aku cuma nak cakap

Selamat Ulang Tahun ke 20 . kau dah tua dari aku ok . mohon panggil aku adik lepas kau baca entri nie :P

saya sibuk ok . muehehe

assalamualaikum

sementara rasa ok , baik update kan . nanti tak pasal2 ada orang perli blog nie berkulat . siap tumbuh cendawan bagai T.T

sekarang sangat sibuk , tak sempat nak bersenang lenang macam biasa . tak boleh nak menghadap benda tak berfaedah setiap saat . tak boleh ok . sebab sibuk . ye . sibuk . saya ulang . S.I.B.U.K ok :P

sebab tu bilamana ada yang perli2 saya tak contact tu ampun dipinta . budak comel nie tengah sibuk ha . eh ? muehehe

disebabkan minggu depan penuh dengan presentation then the others week pulak dah start exam buatkan diri nie dah tak cukup masa nak buat itu ini . see ! sibuk la sangat konon nya kann . mana nak itu mana nak ini . mana nak buat kerja , mana nak dating . ihik :P

apa2 pun walau sibuk macam mana , nak tetap luang masa nak sambut birthday orang tuu . muehehe . harapnya segala rancangan dipermudahkan olehNya lah kan . InsyaAllah . Amin 

jangan tegur, aku tahu blog aku berkulat. hehe

assalamualaikum

dah dah dahh 

dah la . tak payah nak bebel dekat aku lagi . tak payah nak perli aku lagi . yup . tahu la blog nie sangat2 tak dipedulikan . sebab nya mood kelaut :P

btw takde nak cakap apa2 , cuma sekarang mood tunggu exam . tak sabar nak habis exam then cuti . tuuu je yang ditunggu . ihik :P

dah lama tak online guna lappy nie sampai boleh pulak tertukar huruf dengan simbol walhal selalu tutup mata je dah tau nak tekan mana . seee ! terer dakk ? hehehe 

dah lama tak online guna lappy , dah on , terus taip facebook saja . sebab yela . selalu online guna hp cikai tu tak rasa feel sangat . kecik je . dah tu kalau nak tengok gambar , tak puas nak menatap sebab skrin kecik sangat ! nampak gaya nak kena tukar yang baruuu jee . tapi seharusnya nak beli apa2 pun kena mintak izin dengan yang berhak duluu . baru laa boleh jadi budak baikk . tak gituu ? ^^,

sekarang nie bila dah online guna lappy yang kiut miut nie , rasa menyesal pulak sebab banyak post dari kawan fb yang sangat2 memalukan . kadang2 boleh terfikir kenapa laa boleh approve orang tu sebelum nie walhal kita kemain memilih time nak approve list . sebab tu banyak je yang tak approve . buat ker terrrrr approve dengan orang yang tak sepatut nya baru la kebabomm ! :P

PALING malu ok . PALING malu bila tengok post budak2 sekolahh . "setia dengan cinta sejati aku" . rasa nya kalau la budak tu adik aku . nak je aku mintak password , aku hapuskan teruss acc tuu . haa seee ! betapa tegas tak aku sebagai anak sulung ? oO,

paling teruk pun aku pernah tegur bila adik buat status yang annoying je aku baca . terus je sound diaa . tup tup dah dia delete that post ^^,

tapi masalah tu KALAU adik beradik , adik sepupu aku je pun , kalo orang lain ? cepat je aku "remove as friend" . tak kira lelaki perempuan . sebab tu makin sehari friend list aku dah sangat kurang . sebab boleh cakap aku sebenarnya menyampah dan sangat geli geleman bila ada orang post pasal cintan cintun . melebih dari orang dah kahwin ! haa . seee ! betapa aku geram nie . nak bercinta pun , senyap2 sudah , nak kecoh update semua bagai buatpa ? ingat cool ker ? ketuk kepala lelaju baru padan 

by the way dah penat aku bebel , sebenar benarnya aku sangat tak ok . mata aku dah semakin lebam . sebab ? tak cukup tidur atau terrrlebih tidur . muehehe

esok class dah kembali jalan macam biasa setelah 3 hari cuti . ye ! bertahan ! lagi 2 minggu nak exam ! pray for me yee ^^,

# Akak yang sebilik aku dulu dah nak kahwin ! ihikk . jeles iolls . turn dia dah tiba , turn aku taktahu bila . errr belajar dah nak habis , soooo boleh tak nak jerit kat mama yanggg

" Ma ! Anak sulung Mama nak kahwin jugokk . Belajar dah nak habis niee , Cari calon sorang boleh ? " :P

harap nya termakbul nak pakai benda alah nie

assalamulaikum

sementara menunggu waktu Maghrib , sempat online dekat fesbuk . tertengok blog cik Namee Roslan nie . siapa tatau blogger yang cun melecun tu kan ? ihiks

tapi nak cakap sekarang bukan sebab ape pun . cuma tertarik dengan entri beliau tu . Braces . apa itu braces . braces tu sejenis pendakap gigi okay :)

gaya dia macam ginii


pinjam gambar dari abang Google saja . muehehe

kalau nak tahu , kite punn ada niat nak pakai benda alah nie . yelah . gigi kita memang tak cun punnn . for those yang dah tau , memang lah benda alah nie merimaskan pun . sakit pun ada jugakk tapi tak kira ! nak jugak pakaii . muehehe :P

haritu bila balik , dah survey jugak harga benda alah nie . agak mahal la jugakk . makin lama makin tinggi je harga benda alah nie lagi2 memang kena buat dekat klinik swasta . yelahh . sebab kalau nak buat kat kerajaan , umur dah lebih dahh -..-''

lagi pulak sekarang tengah belajar , so banyak nak pakai duit , nak ulang alik pegi check up lagi . memang kena banyak masa kann nak2 lagi bila buat kat Kelantan , mau nye nak balik Kelantan tiap2 minggu or bulan . HAHAHA . kering laa duit nanti :P

time nie la masa nya rasa nak kapel dengan otomen . nanti senang la kan nak balik check up . muehehe . erkk 

okla . harap2 nyaa cita2 nak jadi salah sorang budak gigi besi nie sukses la yerp . muehehe . nanti bertambah comel apeee pakai braces . HAHAHA . eh ?

saya sedang mengidam . mihmihmih

assalamualaikum

aku tengah lapar , tapi takde selera nak makan .

selalu kena marah dengan kawan2 sebab selalu tak makan tapi diorang tak faham aku . erk . takpe lah . orang kata berat bahu memandang lagi berat mata memikul . eh ? ok . terbalik . berat mata memandang berat lagi bahu memikul yer . aku memang tak betul sebab selalu pening . kata kawan sebab tak makan , angin dari perut tu naik pegi ke kepala , sebab tu la pening saja . dia cakap lagi

"isi perut dengan makanan , nanti dah penuh , angin pun hilang , kepala pun tak sakit"

BHAHAHA . aku cuma gelak . nie baru pertama kali aku dengar kenyataan macam tu . dan macam biasa , aku memang gelak pun sampai kena bebel dengan dia . ihikk :P

maaf lah kawan , aku ah macam tu , ada ketika tak betul pun perangai nak2 lagi bila pening . gelak tu satu kewajipan . tak gelak sehari tak sah . nanti tak jadi awet muda . eh ?

sekarang aku pun asyik sibuk . memang takde masa nak online mana2 . sebab esok weekend , maka hari nie aku gigih update blog sebab aku tengok blog aku dah macam bersawang . muehehe

aku memang sibuk . lagak nya macam orang nak masuk mengundi untuk PRU13 nanti aje . HAHA . tapi yang sedih nya aku masih tak cukup umur nak mengundi , maka , aku diamkan la saja sebab aku rasa saya masih terlalu kecil untuk cakap pasal "mengundi" . eh kecil ? ok . takde la kecil tapi umur tak cukup :P

sekarang aku pening . mungkin sebab perut kosong kot . tapi orang lain tak tahu yang aku sedang mengidam nak makan char kue tiaw yang superb nie




see ! dah tertelan air liur . ihikss . nak buat macam mana , kedai pakcik nie dah takde dah . tak dapat lagi aku cari kedai penganti pakcik nie . hmm -.-'

saya mengidam nie . nak buat macam mana yerp ? ehh ! mengidam tak semesti untuk orang pregnant yerp . cumaa , teringin saja nak makan . muahaha

siapa2 yang tahu katmana char kue tiaw area Gombak nie , sila lah belanja bagitahu aku yee . HAHAHA
hak milik kekal syafiqah zuhari