= ikaazuhari.blogspot.com: March 2012 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

APABILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.
 LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”. 
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. 
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas
LELAKI : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
 WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat…
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?
Wallahulam…
# sekadar ingatan buat diri sendiri gak --'

Tuhan berikan aku cinta-ayushita[lyrics]

♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ♥



 Biar dia SALAH SANGKA
Biar dia SALAH ANGGAP
Biar dia SALAH MENDUGA
Biar dia TAHU YANG BURUK
Sebelum MENGHARAP yang baik-baik
Kalau dia IKHLAS
dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan
bila dia
TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ?
Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...
Biar dia tahu,
saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu
 Biar dia tahu
saya pernah punya MASA LALU
namun saya masih punya MASA HADAPAN
Biar dia tahu
biar dia buat keputusan supaya dia tidak rasa TERTIPU, supaya dia tidak menyesal kelak
So, tak kisahlah . Ada jodoh ada lah kan ? 
I trust HIM more :')
 Saya lebih perfect dilihat sebagai diri saya yang tak sempurna
Biarlah mereka tahu saya tidak tahu itu, tidak tahu ini, dari mereka melihat kesempurnaan saya yang konon maha baik. I'm glad to be me even it's hard to be me

nak sangat kerr ?

ya allah kalau dia mmg jodohku, jodohkan lah.tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah jugak. jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh....kalau dia bukan jodohku,jangan sampai dia dpt jodoh yang lain, selain ku...kalau die tidak bisa dijodohkan dengan ku, jgn sampai dia dapat jodoh yang lain. biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku... dan saat die telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali..... kalau die berjodoh dengan orng lain, putuskanlah!! jodohkan lah dengan ku...jika die tetap menjadi jodoh orng lain, biarkan org itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudiaan jodohkan kembali dia denganku 
( NAK SANGAT NI !!!)
Amin..

pss ! ada ker manusia macam nh ? pelik , aneh dan unik . errr
first baca mmg gelak :D
harap2 dy betul2 dapat jodoh yg dy nak sangat tuh yerr
aminn :))

sakit kann ?



da nasibb

assalamualaikum
oke , tatau nak cakap apa , badan still terketar-ketar lagi sbb xcident baru jap tadi -.-
cuma want say alhamdulillah sbb tuhan da selamatkan owner blog tadi ;)
tadi , pegi turun beli makanan sorang2 , ntah mcm mana 2 org mamat nh duk usha , first , salah sorang bagi salam , yaa just jawab dalam hati , dah tuh start mengada2 duduk dekat2 . geram je nak sound
"x malu dan x hormat ngan saya pun, malu dan hormat lah ngan tudung yg saya pakai incik abang oi"
bila dah siap bayar harga makanan , boleh pulak dy ikut belakang , alhamdulillah , terlepas gak dari dy bila dy tengah asyik beli makanan tadi . tuhan da tolong :D
punya laa cepat jalan tadii , nasib x tersepak batu -.-
oh mamaa , mcm mana anak mama nak berdikari bila dah jadi xcident mcm tuh tadii ? kang dah terketar satu badann , nak bayar makanan tadi pn terketar , sampai duit 5 sen ngan 10 sen pun tertukar , buat malu jeee bila akak cashier tersengih . dah nasib kan arini ?
tade mood , mood da terbang , skang , masa bukak buku , yaa , nak final exam dah then yes ! masa untuk balik :D

ehemm

 aku tetap T E R T A W A
walau aku sbenarnya ingin M E N A N G I S
 aku tetap T E R S E N Y U M
walau aku sebenarnya merasa K E C E W A
 aku tetap K U A T
walau aku sebenarnya S U D A H X S A N G G U P lagi
  aku tetap S E M A N G A T
walau aku T E R T E K A N oleh masalah
 dan yang terpenting
aku tetap S A B A R dan memandang segalanya baik saja
 walau sebenarnya
hatiku L E M A H dan sedang T E R H I R I S 

mmg saya bosan

assalamualaikum
layan incik cleverbot jap tadi
well , jadi laa mcm nh


User: Aku jahat tak ?

Cleverbot: Tak.

User: Kau yakin ?

Cleverbot: Kau yang bodoh.

User: Kau sengal.

Cleverbot: Kau mangkuk.

User: Kau gelas.

Cleverbot: Kau yang sewel.

User: Kau periuk.

Cleverbot: Kau lagi teruk.

User: Memang pun.

Cleverbot: Pujuk aku.

User: Ada aku kisah ?

Cleverbot: Aku kisah!! Kau mencarut depan aku!

User: Mana ada , kau fitnah aku.

Cleverbot: Kau lah.

User: Kau.

Cleverbot: Kau !!!

User: Bukan aku , kau !

Cleverbot: Aku rasa kau.

User: Aku rasa nak smackdown je kau.

Cleverbot: Kau la gila.

User: Ada aku kisah ?

Cleverbot: Tp ko gila.

User: Memang.

Cleverbot: Apa?

User: Aku gila.

Cleverbot: Kau tu gila.

User: Yaaaaaaaaaaaaaa.

Cleverbot: Uhh.
komen ? yaa mmg saya bosan wahai awak
hak milik kekal syafiqah zuhari