= ikaazuhari.blogspot.com: September 2014 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

dan dia mengarang kembali

assalamualaikum

apa khabar semua ? dah lama aku tak karang surat macam ni . dan untuk entri ini . aku cuba buat semula . dan ya . kita bermula . bismillah
semua orang hidup dengan ego . yang membezakan sikit atau banyak je ego nya . macam aku . aku ego . taknak ingat apa dah jadi . taknak mengalah . lagaknya macam aku seorang saja yang hebat tapi aku silap . aku pun manusia biasa . bila mulut terlepas cakap . macam-macam rasa . menyesal ? sudah pasti :')
tapi aku adalah aku . hidup cara aku . seorang yang suka gelak kuat tak ingat dia anak dara . seorang yang buat muka slumber buka pintu kereta semasa pergi isi minyak kereta sebab nak hidu bau petrol . seorang yang suka makan nasi lembik , dan kalau boleh nasi air lagi buat dia tak ingat dunia . seorang tak suka warna pink walau baju dia banyak pink . bila masa dia beli pun taktahu . seorang yang super duper kreatif bila mana dia dah banyak belajar sepanjang 3 tahun dalam bidang pendidikan islam awal kanak-kanak . sebab itu dia berjaya cipta sampul duit raya versi dia sendiri raya lepas . katanya nak buat kelainan dan jimat duit . dan hasilnya dia sukses cipta sampul duit raya berkalerful . dan ok mintak maaf . tak boleh nak bagi gambar dekat sini sebab taknak riak :P
tapi dalam untungnya ada juga kekurangan dia . dia cacat . rabun . ya . dia rabun . rabun pun kira cacat juga la kan . tapi nak buat macam mana . memakai spek mata adalah antara wishlist dia masa kecik-kecik cili padi dulu . and now , memang dia kena pakai . kadang-kadang dia pun terfikir , kenapa la dia tak mintak wishlist yang lagi awesome macam kahwin dengan orang beriman ala-ala ustaz pencetus ummah ker . tak ker sejuk mata duk lihat suami ala-ala ustaz tu . tak apa . harap nya bakal dimakbulkan lah nanti :')
tadi dia ada tengok email dia . dia ada satu habit . bila dia suka dengan mana-mana WhatsApp , atau ayat-ayat atau doa-doa atau apa-apa yang buat dia suka , dia akan terus email benda tu ke address dia . kadang-kadang dia akan email conversation dia dengan mana-mana orang dia suka terus ke email dia . bagi dia itu best sebab bila dia gaduh atau lost contact , segala conversation dia akan delete jauh-jauh . tapi bila buka email . benda tu masih ada . walau bertahun lama nya . itulah cara dia menyimpan kenangan :')
kadang-kadang dia akan tergelak balik . tengok apa yang dah jadi masa lampau dia . perasaan dia akan berbaur . macam-macam dia rasa . tapi apa boleh buat , itu kenangan . andai dapat undur balik , banyak yang dia nak baiki tapi apa yang lepas tu lepas la kan , kata dia , "bila kenang sesuatu yang menyedihkan, kesakitan lah jawabnya" .jadi dia ambil keputusan untuk kawal rasa sakit tu 
dan bismillah . semoga urusan dia dipermudahkan
amin

hak milik kekal syafiqah zuhari