= ikaazuhari.blogspot.com: 2014 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

bila aku bersuara

Assalamualaikum

Aku ni boleh dikira baran juga . mungkin sebab pembawakan aku sebagai anak sulung dan cucu sulung . lagak aku yang berkuasa . sebab tu kecil kecil dulu aku suka usik adik adik aku . bergaduh nombor satu . tak kira masa . sebab aku tahu bilamana adik adik menangis disebabkan perbuatan aku , aku akan terlepas . yelah . siapa nak marah kakak yang sulung ni yedok ? aku bersalah tapi aku langsung tak kena marah . hebat yedak penangan si sulung ni ? BHAHAHA

Tapi sejak mejak aku dah jadi anak dara berkaca mata yang vogue lagi kurlas ni , perangai pun dah berubah la . baran ada tapi dah belajar banyak sabar . nak pula ambil kos kanak kanak , belajar pula di kolej Islam , perangai buruk tu dah terhapus jauh ke dalam dasar tanah . pheww

Sekarang bila ada benda buat aku sakit hati , aku dah jenis pendam . kau tahu kan , bilamana terlampau pendam dan taktahu tempat nak luah , kadang kadang airmata pun tak terkeluar nak bantu kurangkan beban ni . airmata hati dan kering kontang

Kau tahu ?

Allah tu baik sangat . betapa aku sayang kau , Allah lagi sayang aku . aku tak nafikan . betapa aku teghasa hati dengan kau , Allah lagi teghasa hati dengan segala perbuatan aku . who know ?

Ini cerita aku . aku nak kongsi sikit . lepas kau habis baca entri aku ni , kau aku dah anggap macam rubXXXh . tak . aku bukan nak mencarut . tu bukan perangai aku . kalau kau nak tahu apa XXX tu , sendiri kau fikir , tak pun pergi google dictionary

Kau tahu . aku kesal . kesal sangat dengan apa dah terjadi bertahun lamanya . betul kata orang , lebih baik tak kenal langsung dari kenal dan nak melupakan pula . payah weh payah . tapi tak apa , tekad aku kuat kali ni , semua benda pasal kau aku dah gunting , bakar dan tiup abunya . biar dia lari jauh dibawa angin sama macam perasaan aku dah kosong kosong kosong zero sekarang .

Perasaan aku dah kosong .

Kau tahu apa kosong ? yes . aku tahu kau tahu . kau bukan bodoh . kau Cuma buat buat bodoh

Kau dah tak ingat ? bertahun lamanya dulu perasaan aku pun kosong juga . kosong sangat tapi kau datang lagak prince charming . tabur segala janji manis ke atas diri aku . kadang kadang ayat kau lagi manis dari gula . boleh buat orang meninggal terus bila dengar .

Sekarang dah jadi macam ni , aku dah anggap kau dah tabur bunga putih lagi suci atas kuburan aku . which means , kau dah bunuh aku .

YES !

Cara kau dalam diam sebenarnya dah bunuh perasaan aku . sangat membunuh . kau dah carik hati aku . kau dah letak asid , kau dah toreh . hati dan perasaan aku berdarah weh . berdarah

Kau kejam

Aku dah sakit . sembuh belum mungkin jadi .

Dah sudah dengan sifat bongkak kau , mungkin dulu aku agak noob sebab berdiri sebelah kau . saling hulur bantuan bila kau juga susah tapi aku hilang kejap dari mata kau , dah kau buat perangai . mungkin aku juga lagaknya bodoh yang amat bilamana tiap tiap ketika google dan fikir ayat bombastic semata mata nak surprise dekat kau . mungkin juga aku pendek akal sebab tiap kali aku keluar shopping , sentiasa beli something yang suwit sawit sebab nak surprise kan kau

Aku bodoh . kau tak pandang rupanya semua tu . tak kau pandang segala hasil kerja aku .

Kau Cuma ambil kesempatan .

Kau tahu kan susah nak jaga hati . macam aku juga . pernah jaga hati aku untuk kau . kau tahu jenis aku macam mana kan ? sekali aku sayang , aku sayang je . tak pandang lain sebab aku taknak orang yang aku dok sayang tu terluka . sebab aku tahu sangat macam mana sakit bila terluka

Dengan kau sama . aku dah jaga hati aku . susah ?? yup . memang . kau tahu kan sebenarnya aku boleh pergi dengan orang lain yang lagi hebat dari kau . tapi aku masih duk membodohkan diri dengan kau . kau tahu kenapa ? sebab aku dah janji dengan kau . kau pun sama kan ? tapi sekarang ? nokharom . hilang semuanya

Tak . aku bukan nak emosional tapi ni luahan hati aku . aku kesal dengan kau . aku pantang orang tipu aku . tak kemana hidup kau . pergi la . bahagia dengan apa yang kau dah buat .

Kau tahu ?

Allah . bila nak tunjuk kebenaran , lambat mana pun Dia akan tunjuk . tapi tak apa . dah tak payah aku nak jaga hati limpa perasaan kau . kau dah mati . macam perasaan aku juga


Terima kasih buat segalanya . jumpa di "sana" nanti.

cerita wajib tiap bulan

Assalamualaikum

Demam

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan aku , dah cukup sebulan lebih lebih aku kerja dan macam biasa , sebulan sekali aku wajib demam . WAJIB hokay . aku mengerti , mungkin juga antibody aku tak kuat . sejak dari zaman belajar sampai la ke alam kerja , sah wajib bersin dan ambil MC sebab demam . huhu

Tapi

Aku kira aku dikategori bagus sebab tak lokek berkongsi virus demam dan selsema aku ni . KAHKAHKAH . kalau waktu belajar , rakan serumah yang menjadi mangsa terkena virus demam aku , kali ni seluruh kaum keluarga aku turut kena tempias nyaaa . huhu . kalau dulu dulu wajib sebulan sekali ke klinik sebab minta MC lagaknya nak checkup bulanan ajo . tiap tiap bulan terpampang muka aku tersengih sengih depan doctor . wahahaha .

Pernah juga kawan kawan bila perasan aku bersin dan tak sedap badan , terus takmo dekat , takut kena virus aku katanya tapi selagi serumah dengan aku , aku dengan cara aku

Tak lokek berkongsi virus demamnyaaa . HAHAHA

Untuk bulan ni , kemungkinan demam agak teruk ditambah pula penat kerja , tidur aku meracau . kata adik yang tidur sebilik dengan aku , aku termimpi mimpi meracau sebut nama orang . yang disebut nama pula nama anak teruna orang . tsskkk . apa yang aku dah mimpi pun aku tak tahu sesampai sesebut nama orang . memalukan hokayy . wuuuu ~

Kata nya lagi . bukan setakat sebut nama orang , tidur aku pun agak buas sebab aku terlebih energy dengan menyepak dan meletakkan kaki di atas badan beliau . fikiran baik mungkin waktu tu tengah mimpi berlatih kungfu kot ? hmmm

Apa apa pun sekarang musim di Kelantan tak menentu , jaga la diri anda semua . jangan jadi macam aku , tiap tiap bulan mengedik nak memanja demam . saja nak feel disayangi bilamana insan insan disayangi cuba try test kepanasan demam aku dengan meletakkan tapak tangan ke dahi aku . tak ke nampak dihargai dan disayangi gitewww . HAHAHA

Kadang kadang bila demam , suka bilamana ada orang masuk dalam bilik , selimutkan aku dan perlahankan kipas . hmmmm . rasa macam kembali ke zaman sekolah saja . siapa tak suka dimanjakan yedak ? hmmmm

apa apa pun , dah demam tu , rerajin makan ubat , tiru macam aku . demam lain cerita tapi ubat tetap telan . amek hati ubat giteww . kalau aku yang tak habiskan , siapa lagi yang nak habiskan stok ubat demam dalam peti tu kan ? dah aku ni muka wajib demam . hmmm

cerita takda point

 assalamualaikum

sekarang musim hujan . walau hujan tak ada la turun malam ni nak membasahkan bumi Kelantan tapi cuaca sejuk ni sangat awesome .Alhamdulillah . sejuk atau panas ni semuanya nikmat dari Dia . betapa bersyukur sebab boleh lagi merasa apa yang ada di sekeliling . harini yang pasti . esok lusa belum tentu . kalau panjang umur , nikmat juga . kalau pendek ? hmmm . pun nikmat kan ?

ok . aku taknak cerita yang sedih sedih

cuaca sejuk malam ni sangat awesome sebab Puan Mama awal awal lagi dah sediakan air milo panas . lagi awesome sebab aku adalah satu satu nya anak beliau yang ada di rumah . adik yang bongsu bercuti . aku ? nafsu nak bercuti memang ada tapi bila fikir aku ni dah kerja . kerja pula satu amanah . dah pasti aku kena buat . kadang kadang korbankan apa yang kita suka untuk satu amanah . amanah ni satu tanggungjawab besar . buat bila rasa mampu lagi . 
setakat nak bercuti , InsyaAllah aku boleh hold dulu . tsskkk .

bilamana adik beradik lain tak ada , rasanya tak lengkap hidup ni . tak ada yang boleh aku ajak gaduh dan bergurau senda . yelah . kadang kadang tu bila angin tak betul datang , tiap tiap malam sebelum tidur , pasti aku mesej num adik bongsu sebab nak ucapkan selamat malam . walau orang tu tidur sebelah dan sekatil dengan aku sekalipun tetap juga aku hantar mesej . huhuhu . kadang kadang mata dah mengantuk sangat pun sempat lagi bergurau senda dan bergelak ketawa dalam gelap gelita selepas lampu bilik ditutup . pernah juga lah kena warning dengan puan mama . bebelnya kata tak suka anak anak daranya gelak tak tentu pasal . silap silap haribulan boleh tertukar dengan pontianak katanya . tssskkk . sadis betul cara puan mama aku bebel kami adik beradik . 
huhu

tapi tuan papa sporting je . bila dengar kami adik beradik gelak ketawa , beliau akan ketuk pintu bilik lagak si Anna ketuk bilik si Elsa tu haa dan check apa yang sangat digelakkan . dan beliau cuma tengok kami adik beradik dan sengih . Allah . betapa sangat indah segala saat yang kau ciptakan buat aku dan orang tersayang . betapa Allah juga tahu aku sangat menghargai setiap detik indah dan bahagia yang aku lalui sekarang .

berjauhan dengan keluarga sebab nak menuntut ilmu selama3 tahun di Gombak sangat memberikan aku impak yang besar . sekarang aku lebih hargai semuanya sebab aku tahu semua ni tak akan kekal selama lama nya . masih ada depan mata ni hari ni , hargai sebaik mungkin . kan berkasih sayang sesame keluarga tu juga satu ibadah ? melalui apa yang aku dah lalui , sekarang boleh la aku tunaikan ibadah nan satu tu . moga Allah merahmati segalanyaa . Amen

dan sekarang

aku sedang menaip entri ni sambil mendengar alunan muzik piano rentak A Thousand Year by Chirstina Perri yang sangat awesome bebeh . lagu yang punya sentimental value ni sangat lah mendamaikan . mana boleh lupa bila berjiwang dengan roommate ketika di Hostel Sri Kuching dulu dulu . menyanyi sama sama di tengah malam yang awesome . saling men dedicate lagu buat diri masing masing . menghayati lirik . wish how someday nanti I will meet the one and I will dedicate this song to him ! lagu ni lirik nya special . jadi biarlah aku nak tuju pun untuk the special one . 

well said , my future husband yang Allah masih rahsiakan awak dari saya , kalau lah awak mungkin baca blog saya , ketahuilah , awak akan saya letak tempat paling special di hati saya gitew . ecehh . everytime every moment saya akan make supriseee dekat awak . nak tengok awak senyum lebar dan hargai saya . well , accept who am I as I will accept who you are . kan hidup berpasangan ni sebab nak saling melengkapi . tak giteww ? HAHAHA

apa apa pun saya memang seorang yang suwit . suwit tu biarlah awak saja yang tahu bagaimana . kihkihkih . lihat lah , pandanglah , awak memang akan dijadikan yang teristimewa .

tak percaya ?

tunggu dan lihat . kbai

cara aku nak ingat sesuatu

Assalamualaikum

Cukup aku kerja . alhamdulillah . kekal bahagia . harapnya aku awet muda lepas ni , sekarang baju dan tudung pun bila balik dari kerja pun masih ada wangi wangian baby dan banyak yang lekat bau brand Carrie Junior . what the good smell bebeh . wangi dah macam takmo mandi . kahkahkah

Tiap tiap hari bila balik dari kerja , mulut tak henti dok bercerita gelagat budak budak dekat sana . yang sangat awesome perangai , yang sangat cerdik hokay . comel pulak tu . harapnya suatu hari nanti dapat anak yang baik baik dan menjadi anak yang soleh solehah agar boleh ramai ramai aku bawa masuk syurga . amen .

Bab berangan perempuan memang yang terbaik . kihkihkih

Tapi tak apa la . simpan impian baik baik agar mudah terlaksana kedian hari . giteww . well , tiap tiap hari makcik kedai sentiasa stalk aku dekat sana . fikiran aku mungkin dia nak jadikan aku menantu dia kot dan dan kedian dia nak 
lantik aku jadi tauke kedai dia kot . jutawan ekspres la aku nanti . kahkahkah

Berangan lagi

Ok . maaf . sekarang aku serius

Sebenarnya aku ni suka menulis , sebab tu wujudnya blog aku ni . aku juga pernah punya impian nak buat buku sendiri . kan bangga bila ada buku sendiri , depan depan tu terang terang nama aku sendiri . pehhh . tak ke bangga . lepas tu tiap tiap bait ayat aku tulis tu , aku janji akan dedicate kan buat semua yang aku sayang , aku taip nama nama yang disayangi . tapi sayanggggg aku tak minat nak tulis novel sebab aku jenis tak pandai nak imagine dan berhalusinasi dengan pelbagai benda kejadah suwit muwit macam penulis novel buat . dah memang aku tak reti nak tangkap leleh dengan cara penulisan aku .

Orang kata tak cuba belum tahu setakat mana pencapaian kita

Dah aku cuba menulis tapi tak pernah sampai 2 page punnn . tskkk . idea datang kejap dan pergi begitu jua . tanpa pamitan . kihkihkih . lagipun aku jenis kejap idea tu kejap idea ni . kalau idea datang , bertingket tingket lah dia ada dalam otak aku , kalau tidak , nokharom . bila otak kosong , perah pun takde keluar idea nya juga . sebab tu , bila turn aku nak mengajar , sebelum tidur otak aku automatic akan fikir idea nak mengajar , fikir sampai sudah sehinggakan tahap mata aku dah lelap tapi otak boleh jalan lagi . time tu siapa siapa nak cakap dengan aku pun aku layan , sebab aku dapat idea bilamana mata aku pejam rapat . rare dok ? HAHAHA

Satu lagi tips taknak lupa , kena selalu sediakan buku kecik kenit . tak comel tak apa , asal ada ruang nak menulis dan menconteng . siapa siapa yang pernah tengok koleksi buku idea aku , jangan kau terkejut sebab memacam style tulisan dari tulisan tiptop rajin sampai la tiptop malas . semua cukup lengkap ! huhuhu . dan jangan lah menaip dan mencatat di dalam handphone . sebab handphone akan jadi macam macam kejadian tak diingini bilamana kau urgent , bateri kong lah , itu lah ini la , waktu tu Powerbank Pineng yang tiptop kebabom pun takde guna nyaa . jangan malas , catat saja . walau sibuk atau mengantuk bilamana dapat idea dalam tidur , tolong bangun dan gigih catat ok . well said , it will help you and you :)

Apa apa pun , lain orang lain cara , ada juga gigih mencatat dalam calendar apa dan apa yang perlu dibuat , tu pun bagus juga . aku pernah buat dan sangat ingatkan aku . catat bebesar event dan list apa kau perlu buat haa . kasi penuh dengan tulisan je dalam kalendar tu . nampak sikit nilai seni nya dari dibiarkan kosong saja . kannn ? hehe

aku seorang cikgu budak budak

Assalamualaikum

Kerja ok . aku suka . yang tak ok sebab aku demam . bertambah tambah demam nya . sampai batuk batuk saja . Puan Mama cakap aku batuk kering . sebab bila aku batuk , ia akan keluarkan bunyi yang agak kuat . hohoho . sampai kan aku sendiri dah penat nak batuk . walhal dah tak minum ais atau makan yang sejuk sejuk tapi tak jalan jugaaaaa . sampai lah perit tekak batuk menerus je . tskkk

Bila dah teruk je batuk nya , Puan Mama suruh aku perah limau dan telan sikit perahan limau . uhuk . masam ok masam . terperit perit mata menahan masam . tapi tak jalan juga , sampai lah beliau suruh aku telan Fisherman dan Strepsils 
tapi awal awal lagi aku menahan suruh jangan beli sebab

Aku memang jenis tak tertahan dengan gula gula yang terrrrrrlampau berangin
Tak sampai 5 saat , aku buang je . huuuu . tak ke dah rugi namanyaaa . gula gula Mentos yang mint tu pun sejak dua menjak ni baru boleh aku telan . ni nak bagi benda lagi berangin , dah tak payah lerr . HAHAHA

DAH

Sekarang aku nak bercerita tentang kerja aku . aku suka . biar orang lain pandang rendah sekalipun . bagi aku , perangai budak budak ni banyak . memang la ada orang cakap nak jaga budak budak tak perlu belajar sebab once kau dah jadi ibu , natural je kau dapat belajar semua tu . semua nya boleh kau buat dari anak kau bangun tidur pagi , dia poo poo , mandi , makan , main dan tidur balik . yedak ? small matter katanya .  

YA . aku tahu dan faham semua orang boleh buat semua tu . tapi kalau mereka yang bijak pandai fikir dengan logik , bilamana semua orang dah faham semua tu , kenapa pula wujudnya kos Pendidikan Awal Kanak-Kanak ? nah . dah ada kos sedemikian maknanya , ada benda yang sememangnya boleh kita belajar waima dari seorang budak kecil yakni ahli syurga tu . kan ? kan ? kannnnn ?

Sebenarnya bagi aku sendiri , pelajar diploma pendidikan islam awal kanak-kanak , banyak benda yang boleh aku tahu dengan melihat dari seorang kanak-kanak saja . pendek kata , bila tengok mana mana budak je , otak aku secara manual automatic akan relete dengan apa yang dah aku belajar . macam mana perangai budak tu , cara nak tangani masalah yang jadi dan lain lain lagi . dan Alhamdulillah apa yang aku belajar ni luas sebab aku boleh tengok dan uji otak aku sendiri dengan ramai kanak-kanak . well said , walau belum berkahwin dan semestinya belum punya anak sendiri tapi otak ni dah boleh get ready untuk apa yang akan jadi . well said my future husband , senang la kita nanti , bini awak ni dah pandai macam macam dah . kahkahkah

Memang aku akui ramai tak tahan dengan kerjaya ni , tak semua boleh sabar dengan karenah budak budak . sikit sikit nak cubit . sikit sikit nak marah tapi jujur aku cakap , kau , kau dan kau memang stupido bilamana kau marah marah ahli syurga tu hokay . dia budak . kau tau apa makna budak ? seorang mahkluk kecik kenet yang punya bau badan yang sangat manis dan wangi , yang punya perangai comel , yang punya rambut yang sangat halus dan lembut , yang gelak bila diagah , yang suka kutip benda benda kecil masuk mulut , yang suka panjat itu dan ini , yang suka tarik apa yang boleh ditarik , gigit apa yang boleh digigit . dan yang , hmmm yang sangat istimewa . nah . tudiaa istilah bayi , kanak-kanak , budak-budak.

Kenapa kau tak tertahan dan menahan setiap amarah dan kegeraman kau buat ahli syurga tu ?

“ dia anak orang lain , kenapa susah susah nak sayang dan ambil berat , tak 
ada pertalian darah pun”

Nah . kau dan jawapan kau boleh masuk sekolah dan ambil UPSR balik . huhuhu . sini , dekat blog aku ni aku nak tanya kau , kau tak ingat hukum karma ke ? apa kau buat , akan jadi balik dekat kau . kau lupa ke ? lets say , harini kau cubit , marah , geram , tak puas hati dengan anak orang , tak ke kau fikir budak tu akan besar dan one day kau pula tua . hidup ni macam roda jah oi . kau muda , budak tu kecil , dah besar , budak tu pula muda . and they will do anything to you . kalau iman tak kuat , ada pula kes balas dendam . waktu tu , jangan nak menjerit maki maki la budak tu tak kenang budi ke , kurang ajaran ke , apa apa sekalipun sebab sebenarnya kau yang ajar budak tu jadi macam tu

Ok . tarik nafas , fuh fuh fuhh . ter emosi sikit

Sambung . thehe . sebenarnya apa apa jadi , bukan seratus peratus terletak dibahu ibu bapa . itu pendapat aku , kalau tak setuju , kau tulis entri kau sendiri yerp . kuikuikui . jadi nya juga punca dari manusia terdekat , makcik pakcik , atuk nenek , sedara mara , ipar duai , semua tu diambil kira . tak ingat ke kau dengan syarat syarat sewaktu cari calon nak kahwin ? well said , nak cari bakal suami atau isteri seboleh bolehnya cari la yang dari keturunan baik baik . tak 
kaya raya tak apa , asal perangai baik baik

Kenapa ?

Sebab semestinya kau pun nak zuriat yang baik baik je yedak ? nah , dari tu , cari la yang baik baik , didik baik baik dan berperangai baik baik . sebenarnya semua jadi sebelum kau kahwin lagi . kau sendiri kena didik diri kau jadi baik . jangan malas dan beralasan banyak banyak hokay , kelak aku ketuk kepala lelaju . huhuhu


Kesimpulan kali ni , aku masih lagi tak sihat tapi itu tak mematahkan semangat aku nak cari calon dan juga praktis jadi ibu mithali . gitewww

kerja sampai jayanya

Assalamualaikum

Kata nak melupakan tapi satu tindakan pun tak ambil . lepas tu mula la nak tangkap leleh sorang sorang . tak ke macam vongok namanya . uhuk uhuk

Macam mana nak bina hidup yang indah mawadah sakinah kalau masih ingat apa yang tak perlu diingat . kenangan tetap kenangan tapi yang lepas tetap lepas . tak rare la asyik dok ingat saja . dah macam kau tak laku pula . kemon bebeh  , Allah tak ciptakan dia sorang saja kat muka bumi ni . luaskan pandangan kau . toleh kanan kau , nampak aku kan ? toleh kiri kau , nampak aku lagi tak  ? hmm ok . sekarang kau toleh depan , belakang , atas , bawah kau juga . apa ? betul ni ? nampak aku juga ? hmm . hmmm

OK

SAH !

SAH aku la jodoh kau . jom kita bina keluarga bahagiaaaaaa . kihkihkih

Dah sudah . pembuka bicara entri kali ini . galak kemain aku kan . biasa la , sekarang aku demam , tekak sakit , semua sakit , Allah nak hapuskan dosa dosa kecil aku . alhamdulillah alhamdulillah . lagi pula dah nak masuk hujung tahun . hujan memanjang . musim bah dah hampir tiba . biasa la pantai timur , bagi aku hujung tahun masa nak tambahkan berat badan sebab asyik hujan dan makan je . nak keluar ? memang tak la . tapi disebabkan aku dah pun start kerja , hujan ke tidak , kena semangat nak cari rezeki . giteww . semangat


First day kerja yang agak hokay dan awesome . banyak dugaan . penat ? kerja apa yang tak penat ? nak cari rezeki halal memang gitu jah . biasa la . bak kata puan mama , susah dan penat kerja tu boleh buat kau bersyukur erti nilai duit . betapa payah nak cari duit zaman sekarang . yedak ?

sebab tu jujur nya aku sadis dan geram bak nak gigit gigit bucu bantal bilamana orang pertikaikan apa yang dah aku buat sekarang . ada yang perli umur aku patut nya belajar dan sambung belajar , bukannya kerja . dan tadi

"awak sama umur dengan anak makcik kan? kenapa tk sambung belajar?"-makcik kedai

"insyaallah niat nak sambung tu ada, mungkin tahun depan"- aku

"kenapa tak terus je? macam anak makcik dulu kan matrik lepas tu sekarang master, sambung terus, makcik kasi dia sambung dan sambung sampai phd, biasa la, nanti lagi banyak belajar, gaji pun tinggi nanti"
*sambil petik petik jari nya tunjuk gaya duit banyak-makcik kedai

ohoi . makcik dan duit tak dapat dipisahkan . siap kau siapa siapa nak masuk meminang anak beliau nanti . BHAHAHA . well said , aku ? dalam hati dah cakap . yela . dah rezeki tu makcik yang tentukan . saya sedih sebenarnya ni makcik . makcik orang senang , boleh cakap itu dan ini . makcik bukan tahu masalah saya sebenarnya . apa yang saya dok hadap sorang sorang sampai saya pekak kan telinga nak hadap semua orang

manusia

tahu nak komplen saja . sedih betul saya tau . tsskkk . saya buat ni ada sebab sendiri . biar Allah je tahu , waima family bahagia saya pun tak tahu . target sekarang kerja keras sikit je . biar ada yang menghalang , kejayaan tengah menanti nak sambut saya . tu yang saya tahu

macam makcik , saya pun tahu ramai yang tak puas hati dan komen macam macam dengan pilihan saya tapi ingin saya tegaskan saya buat semua ni atas satu tanggungjawab yang besar sebesar badan saya . thehehe . well makcik , tak semua nak kena saya luah dekat sini dan cerita dekat siapa siapa . kali ni , cukuplah yang satu tu je tahu rahsia saya 

cuma satu harapan saya , agar makcik dan semua doakan saya . dah dahla kondem saya . tak ingat hukum karma Allah ? kata orang , esok lusa diri sendiri kena *angkat kening sebelah

dann

SELECT computer , CLICK Local Disk (D:) , select my picture , select US

Click folder then

DELETE

Khalas ! Dah delete segala kenangan . selamat tinggal . berkubur la dikau dengan kubur tidak bertanda . tsskkk . moga kelak akan ada cahaya membolehkan aku membina new folder untuk kenangan baru . thehe

aku dan idea gila gila

assalamualaikum

petang nan indah , menunggu masuknya waktu magrib . ketika kejadian , tuan papa membelah dada buah betik yang dah rosak untuk diberi makan pada burung-burung comel peliharaan beliau .

dan

dada buah betik dibelah dua . satu diagihkan ke dalam sangkar burung dan satu lagi masih di atas pagar yang tingginya setinggi bahu kecik kenot aku ni

maka tetiba aku hampiri betik tersebut , tunduk sedikit . dan.......

aku : helo ! helo ! pembesar suara . kakak di sini 
*saat ketika itu aku berpaling belakang

puan mama : KAHKAHKAHKAH

aku : aduh . mama nampak ? malu nya kakak . betik tu sesuai dijadikan pembesar suara
*lalu berlari anak ala ala masuk ke dalam rumah 

aku dan idea gila gila berpisah tiada
the end

hijrah

Assalamualaikum

Susah nya nak jaga hati . koh koh koh

Tiap kali teringat dekat sesiapa , tiap kali tu juga mood jiwang tangkap leleh datang . betapa tak kuat iman aku . HAHAHA . dah . jangan gelak dengan iman tipis aku . mohon berikan aku nasihat untuk aku upgrade kan iman aku . tsskkk

Aku suka membaca . macam macam aku baca . dulu dulu suka hadap novel dan tangkap leleh jiwang juga tapi dah besau macam gini aku kira aku dah matured . ihiksss

Peratus aku hadap mana mana novel dah tipis . syukur . dah tak perlu nak bazirkan duit hadap novel . online novel kan hadooo . dah gian sangat , boleh saja baca secara online tapi tak aku buat juga sebab dah macam buang masa juga . hadap skrin lama lama buat power spek aku makin naik . dah sudah satu hal pula nak kena upgrade power . tsskkk

Tapi aku pilih cara lain , aku nak upgrade iman aku . aku giat juga hadap blog dan page page yang awesome di facebook . macam macam aku dah belajar . tambah ilmu dalam diam . dalam banyak banyak page tu , dah ada berjaya buat aku sentap hokay

See

Betapa hati jantung limpa aku lemah dan lembut , jentik sekali terus teghasa .

Well , tanda nya hati aku mudah terima apa saja teguran membina . jadi , sila lah tegur salah silap aku yang mana nampak gedik mengada tu . aku terima saja.

Pernah aku baca . dah pernah aku teghasa . katanya

“kalau rindu orang , jangan diluah dekat orang tu , luah dekat Allah . mengadu dengan Allah , nescaya Allah akan tolong kita”

Sama juga dengan

“kalau suka dekat seseorang , jangan diluah dulu , minta dengan Allah , supaya Allah mudahkan segala urusan”

Kesimpulan ?

Apa kau rasa , kau nak , luah dekat Dia sebab sebenarnya Dia rindu kau untuk meluah dan mengadu denganNya . dah sudah nak berinduan tak tentu pasal . luah dekat Allah . aku dah dapat banyak pengajaran . dan aku percaya apa dah Allah aturkan tu dah baik . bukan aku nak berlagak alim ulama dan nak cakap aku budak baik

TIDAK

Aku adalah budak tak baik dan cuba belajar jadi baik.

Hijrah manusia ?

Datang dalam pelbagai cara .

Alhamdulillah . Allah dah jentik hati aku

alhamdulillah

tarbiah diri

Assalamualaikum

Aku akui aku suka pergi kenduri , sebab makan freeee . ok . aku ulang , makan FREEE . hoho

Tapi sebenarnya asbab utama aku pergi kenduri tu adalah aku nak survey cara orang kahwin . kan , betapa aku galak nak survey apa yang patut walau aku pun tak ada calon lagi . survey menyervey lagak nak kahwin dalam masa terdekat saja . ihiksss

Tapi tak apa . aku manusia

Manusia kan belajar dari pengalaman

Banyak yang aku dah tengok bilamana aku pergi mana mana kenduri . yang baik aku ingat sampai hari ni . yang buruk aku kasi campak jauh jauh . agar tak aku buat untuk majlis aku nanti . KAHKAHKAH .

Ada orang cakap aku
“kenapa sibuk sangat nak kahwin? Macam nak kahwin cepat je”

Aku diam . sentap hokay . sentap .

Aku buat apa aku nak buat . aku survey menyervey tu bukan makna aku nak kahwin lagi pun . memang nampak aku galak mengalak tapi sebenarnya aku tak harap apa apa

Kata orang baik baik dan berfikiran luas ,

JODOH TU ADA 2
Jodoh dengan manusia dan jodoh dengan kematian

Aku dapat yang mana dulu ? Allah saja tahu . sebab tu bagi aku , aku tak harap yang mana mana . 
Cuma dengan kematian tu aku lagi ingat .

TAPI manusiaaa..

Mudah nak perli dan ingat bila jodoh dengan manusia tak sampai lagi . dah kenapa kan . siapa la aku nak rancang semuanya jadi super superb . duk diam diam dan muhasabah diri lagi baik

Sebab tu bila ada yang tanya pasal calon aku . aku diam

Dan bila kena perli tak ada calon lagi , aku pun diam

Jodoh tu kerja Allah , baik mana aku rancang , baik lagi Allah aturkan . yang nak hidup aku . dan nak mati pun ok . pedulikan cakap cakap orang sekeliling

Hati

Hati ni dah ada koyak rabak sikit . tu yang aku gigih nak upgrade balik . nak jadi lagi baik dari asal . dah sudah nak perli . aku memang bukan budak baik tapi aku nak jadi baik

TOLONG

TOLONG doakan aku kuat dalam hadap semua ragam manusia sekeliling aku 

aku dan kerja sia sia

Assalamualaikum

Suatu petang nan indah bersama tersayang

Adik : kakak guna internet gapo ?

Aku : kakak buat yang sehinggit sehari. Sebab guna fon ni tak best. Kadang kadang bayar mahal untuk bulanan tapi tk sampai 2 hari dah habis. Tapi tu kakak tengok dalam fb la. Kakak tk penah buat lagi. Lagi best BlackBerry dulu. Internet free

Adik : dah tu kalau yang ni nak buat bulanan berapa ringgit?

Aku : rm32. Mahal gila.malas kakak nak buat, macam rugi pula. Kadang kadang sistem tak betul . rugi la. Tapi kannn

Adik : tapi gapo?

Aku : macam bodoh pula . HAHAHA. Kakak buat internet sehinggit sehari tapi kadang kadang buat siang malam jadi RM2 sehari. Bayangkan , dalam sebulan ada 30 hari . jadi?

Adik : RM2 x 30 hari =RM60 sebulannnnnn . wooooooo. Lagi mahal, kakak betul ko dok ni?

Aku : kakak tahu kakak tak betul . HAHAHA.

Aku dan kerja gila dan sia sia berpisah tiadaaaaa .
The end

salam maal hijrah

Assalamualaikum

Manusia memang ada prinsip dan gaya hidup tapi ada juga segelintir tu tersasar dari apa yang dirancangkan

Macam aku

Dah gian nak menukar gaya tulis blog . tapi tak apa . fikiran positif cakap semuanya sebab seiring dengan umur aku yang dah meningkat naik .

OK 

aku dah masuk 20 an an an totaimon daisuki . Doraemonnn
*maaf aku melalut

Manusia perlukan perubahan ke arah lebih baik . ayuhh . macam aku

Kan dah masuk maal hijrah . dah tahun baru pun . kira azam la tu . tak akan la nak dikira tahun baru 2015 juga ?

OK

Dah sudah kalau kau nak ikut juga . asal kan azam kau tercapai yerp *jelling
Aku pun punya azam juga , upgrade iman , upgrade kerja dan upgrade segala galanya

KECUALI

Badan . HAHAHAHA

Aku taknak upgrade badan jadi bambam . maaf . bukan aku nak hina siapa siapa yang bambam . tapi bagi aku

KESIHATAN TU NIKMAT TERBESAR ok

Kena jaga . selagi tak sakit dan bahagia ni kena jaga semua nya . kelak kena sakit apa apa dikau akan menyesal . dah tiada guna .

Cadangnya aku , aku nak jaga kesihatan aku . supaya aku sihat dan pantas dan seterusnya aku berkemampuan untuk jaga orang orang tersayang aku .

Jesteru

SAYUR SAYURAN HIJAU jangan dilupa !

perjalanan ke ijazah

assalamualaikum
aku dah sihat . dah kurus comel bak barbie doll dah :P
aku kena jaga badan disebabkan nak sambung belajar . hoho . banyak yang harus dijaga sebelum otak diperah kembali . doakan semoga segala urusan aku dipermudahkan ye :')
kalau yang tahu , aku dah pun habiskan diploma aku walau tak graduate lagi , untuk tahun depan insyaAllah aku terpacak dekat uia sambil pakai topi segi empat petak dan pegang skroll aku . waktu tu aku jemput semua pembaca aku ke sana . bawa juga sejambak bunga bungaan sebagai tanda korang wish aku dah tamat belaja yo . time tu aku akan ambil gambar korang satu persatu dan tepek ke dalam blog usang aku ni . tanda aku hargai giteww :')
haa . dah habis diploma aku akui aku dok tanam anggur , tembikai , stroberi dan lain lain dekat rumah . aku jual secara borong , nak beli ? contact facebook aku ye :')
ok . maaf la . aku jauh melalut . cerita sebenarnya makin hari aku duduk menanam segala bagai buah , akhirnya aku ditegur big boss aku

"kakak, bila nak sambung belajar?"

dan aku sengih . sesungguhnya aku sangat bersyukur bila sebenarnya aku dikurniakan family yang bebebebetul ambil berat pasal aku dan menjaga pendidikan aku . walau aku akui aku tak superb macam yang lain . tskkk .
ceritanya selepas ditanya soalan sama beberapa kali , akhirnya di sebabkan aku rasakan umur aku makin tua *terima kasih buat kau , kau dan kau dan semua yang wish birthday aku . peluk cium dari aku buat semua* aku akhirnya ambil langkah untuk google semua tempat belajar . dan selepas beberapa hari aku survey dan tapis punya tapis , lastly , InsyaAllah Allah tetapkan pilihan hati aku dekat sini , satu tempat yang tutttt . HAHA . haa , mintak maaf ye , selagi tak boleh confirm tak akan aku beria-ria . apa pun harapnya semua berjalan lancar . doakan aku ! aminn
sehingga aku update lain hari 

makanan di Malaysia yang mengemukkan

Situasi 1
Aku : ma , kakak nok diet . tengok , dah macam gemuk dah ni
Puan mama : ok , diet la
Aku : tengok tu , bukan nok bagi semangat , sampai hati jawab sambil lewa
Puan mama : *sengih
Tiba-tiba lalu dekat depan kedai kek cheese leleh
Aku : mamaaa , beli kek . macam best . terliur *sambil tarik-tarik tangan beliau
Puan mama : ok , yang tadi nak diet kan
Aku : makan sikit je . nanti kakak diet la

Situasi 2

Puan mama : kakak , baju awak macam ketat . awak dah gemuk
Aku : eh ! biar betul ? malunya *sambil pusing kiri kanan -,-‘
Puan mama : tu la makan non stop , makan tidur makan tidur . dah gemuk dah
Aku : mana ada . kakak tak tidur pun . mama yang marah kakak tidur . lepas subuh mana ada tidur dah
Dan sambil itu aku ke dapur mencari makan

Situasi 3                                                                                                                                
Aku : mama , takleh jadi ni , esok petang jom kita g jogging , memang kena kurus dah ni . badan dah naik dah ni
Puan mama : yela . dah tu g jela esok
Aku : mama kena teman kakak , mana boleh g sorang . nanti kena culik
Puan mama : mama takda masa . hujung minggu ni la
Aku : ok , takpo , nanti kakak nok beli basikal . nak round hari-hari bagi kurus . baru lawa . 
Puan mama : ok , kita tengok
Aku : ok , kita kena kurus ma , badan kena jaga . nanti tua tak sakit-sakit pon
Puan mama : *kerling dekat aku sambil senyum agak sinis
Sambil tu tangan leka menyuap baki kek cheese leleh ! hoho

Situasi 4
Puan mama : malam ni macam nak g pasar malam
Aku : jom ma , kakak janji tak akan beli makanan
Puan mama : ok , kita tengok
Sampainya di pasar malam , mula-mula jalan saja tanpa terliur tapi mata dah toleh dekat cocoanut shake ! tapi otak boleh lagi proses NO ICE ! HAHAHA . tapi bila jalan balikkkk
Aku : mama , nak air cocoanut shake
Puan mama : ok , g la
Aku : kakak order , nanti mama belanja eh
Bila dah dapat green light , bukan kata air , makanan sampingan juga dah aku tapau . hotdog cheese pulak tu . dan bila nak balik pula , dalam kereta
Aku : ma , bestnya ni . cheese dia meleleh
Puan mama : ohyee . yang tadi kata taknak beli makanan pon
Aku : eh ! lupa ! hahaha
Puan mama : *sengih juaa
Aku : alaaaa , malam ni . esok janji taknak makan banyak . nak eksesais . tak makan cheese dah pon
Puan mama : esok awak puasa la , puasa sunat isnin khamis
Aku : ok , great idea . nanti boleh tambah pahala dan badan pon balik asal


Dan ok assalamualaikum ! hehehe . panjang benau mukadimah aku untuk entri kali ni , bukan apa , siapa yang senasib dengan aku mesti tahu . dulu waktu belajar , makanan terhad . nak masak apa-apa pun kena berkira , faktor kewangan utamanya lepas tu stay dengan kawan-kawan , bila nak masak . takda sampai hati nak makan sorang yedak ? tapi bila dah balik rumah sendiri . apa kau nak makan , kau dapat . tambah pulak ada skill memasak macam aku ni . hahaha . rasanya dapur tu dah jadi tempat febret aku dah . apa yang aku nak makan , aku buat . walau kadang-kadang pernah juga mintak tolong dengan abang google tapi tak apa , malu ber google , masakan tak sedap , so kena rajin godek macam-macam menu yang senang , sedap dan mengenyangkan ! sampai sekarang aku dah buat satu buku masakan yang aku suka dalam buku . jenuh juga menulis tapi insyaallah berguna . so , dear future husband aku , awak nak makan apa-apa esok , Insyaallah saya get ready kan . dan dengan syarat awak mesti telan dan habiskan walau tak sedap . well , at least hargai la apa yang saya masak kan ? dan ok . aku dah melalut jauh dah ni . dan apa aku nak cakap , once dah ada kelebihan berada di rumah sendiri ni , satu yang bakal jadi ialah kau akan makan non stop ! HAHAHA . percaya la cakap aku . dengan keadaan nak makan anytime pon boleh , kau akan jadi lalai . ihikss .  macam aku , aku makan saja . kalau takda makanan , aku gigih juga cari resepi nak masak apa-apa . dan sekarang , aku dah bambam sampai makcik aku panggil aku “kakak dah bolat” well , its cute nickname actually tapi agak sedih ok . HAHAHA . dan kalau korang perasan , aku ni suka dengan cheese dan mungkin juga segelintir akan fikir , sebab tabiat aku yang agak suka cheese tu boleh mengundang bambam aku , rasa nya tak sebab aku dah belajar dan ternyata yang menyumbang kearah bambam itu adalah dengan makan mayonis . tak percaya , tengok list ni .



list ni aku belajar dari seorang yang berpengalaman dan juga merupakan pakar makanan. so , dari situ aku sangat beringat dengan apa aku makan . Alhamdulillah . berkesan rupanya puan tu ajar aku dulu kala . hehe . dan sekarang , disebabkan aku rasa gaya hidup aku yang dah agak tersasar jauh sikit dengan gaya aku dulu , jadi aku dah ambil keputusan nak hidup cara lebih sihat . bagi aku , nak kurus itu bukan semata-mata nakkan body model bak Barbie doll tu tapi its about our healthy . yala . kan semua penyakit bermulanya dari perut , selagi boleh elak tu , teruskan elak . dan memang , setiap penyakit tak ada siapa pun nak tapi selagi boleh elak . why not ? so , ayuh ! hidup cara sihat . sehingga aku update lain entri

dan dia mengarang kembali

assalamualaikum

apa khabar semua ? dah lama aku tak karang surat macam ni . dan untuk entri ini . aku cuba buat semula . dan ya . kita bermula . bismillah
semua orang hidup dengan ego . yang membezakan sikit atau banyak je ego nya . macam aku . aku ego . taknak ingat apa dah jadi . taknak mengalah . lagaknya macam aku seorang saja yang hebat tapi aku silap . aku pun manusia biasa . bila mulut terlepas cakap . macam-macam rasa . menyesal ? sudah pasti :')
tapi aku adalah aku . hidup cara aku . seorang yang suka gelak kuat tak ingat dia anak dara . seorang yang buat muka slumber buka pintu kereta semasa pergi isi minyak kereta sebab nak hidu bau petrol . seorang yang suka makan nasi lembik , dan kalau boleh nasi air lagi buat dia tak ingat dunia . seorang tak suka warna pink walau baju dia banyak pink . bila masa dia beli pun taktahu . seorang yang super duper kreatif bila mana dia dah banyak belajar sepanjang 3 tahun dalam bidang pendidikan islam awal kanak-kanak . sebab itu dia berjaya cipta sampul duit raya versi dia sendiri raya lepas . katanya nak buat kelainan dan jimat duit . dan hasilnya dia sukses cipta sampul duit raya berkalerful . dan ok mintak maaf . tak boleh nak bagi gambar dekat sini sebab taknak riak :P
tapi dalam untungnya ada juga kekurangan dia . dia cacat . rabun . ya . dia rabun . rabun pun kira cacat juga la kan . tapi nak buat macam mana . memakai spek mata adalah antara wishlist dia masa kecik-kecik cili padi dulu . and now , memang dia kena pakai . kadang-kadang dia pun terfikir , kenapa la dia tak mintak wishlist yang lagi awesome macam kahwin dengan orang beriman ala-ala ustaz pencetus ummah ker . tak ker sejuk mata duk lihat suami ala-ala ustaz tu . tak apa . harap nya bakal dimakbulkan lah nanti :')
tadi dia ada tengok email dia . dia ada satu habit . bila dia suka dengan mana-mana WhatsApp , atau ayat-ayat atau doa-doa atau apa-apa yang buat dia suka , dia akan terus email benda tu ke address dia . kadang-kadang dia akan email conversation dia dengan mana-mana orang dia suka terus ke email dia . bagi dia itu best sebab bila dia gaduh atau lost contact , segala conversation dia akan delete jauh-jauh . tapi bila buka email . benda tu masih ada . walau bertahun lama nya . itulah cara dia menyimpan kenangan :')
kadang-kadang dia akan tergelak balik . tengok apa yang dah jadi masa lampau dia . perasaan dia akan berbaur . macam-macam dia rasa . tapi apa boleh buat , itu kenangan . andai dapat undur balik , banyak yang dia nak baiki tapi apa yang lepas tu lepas la kan , kata dia , "bila kenang sesuatu yang menyedihkan, kesakitan lah jawabnya" .jadi dia ambil keputusan untuk kawal rasa sakit tu 
dan bismillah . semoga urusan dia dipermudahkan
amin

pleassee . tolong aku !

assalamualaikum

aku hengat nak tukar segala layout dan background blog ni tapi aku akui aku tak pandai dan tak berapa nak terror . tadi aku tengok kartun doodle ! dan woha ! what a cute image ! kalau la aku mampu nak buat doodle aku sendiri pasti best ! pasti blog aku hebat gemilang cemerlang terbilang dan ok . aku berangan saja

by the way siapa kat sini boleh edit blog ? taruk kartun doodle . peh . lawa . dan kartun doodle tu kalau nak buat untuk aku . buat aku pakai spek bingkai hitam besar besar macam budak skema sebab aku memang pemakai kaca mata tegar sekarang. pleassee . tolong aku !

kalau hati dah ikhlas

assalamualaikum
semenjak laptop aku takda dekat tangan aku sekarang, semua benda aku nak buat susah hokey ! dan bilamana terpaksa guna pc dekat rumah , memang aku banyak songeh sebab bila guna pc, aku kena duduk sopan lagak gadis ayu di atas kerusi depan pc. dan aku akui aku tak gemar sebab aku tak boleh nak ganas-ganas :')
lain la kalau aku ada lappy, boleh berbaring , meniarap lagak negeri ngeri atas katil . aku boleh makan minum sesuka hati depan beliau . boleh pasang speaker kuat-kuat sampai kena bebel dan paling best beliau akan teman aku tidur dengan didengari alunan zikir takpun nasyid . tak ! sudah ! aku tahu aku ni ex pelajar Kolej Islam tapi aku tak alim dengan ilmu yang seberapa tak boleh melayakkan diri aku untuk digelar ustazah nak-nak lagi dengan statement aku dengar zikir dan nasyid tu . semua tu aku buat sebab aku nak berubah . berubah untuk apa ? biar lah aku tahu . 
dan ok . sikit aku nak share dari satu sumber yang aku dapat ialah kalau nak berubah memang susah . dan ya ! memang susah . takda benda dalam dunia ni yang senang sebenarnya . nak makan mahupun tidur . semua tak senang . dan blablabla sangat susah ok . tu la yang aku buat . kata sumber tu benda paling dekat dan hampir yang boleh kita buat sebagai permulaan nya ialah padam atau delete segala lagu di dalam laptop ataupun telefon dan campak jauh-jauh . hokey . senang tak ? tak senang kan . sebab aku dah buat dan aku tahu memang sukar . yela . lagi-lagi permulaan nak basuh hati kita . nak tenangkan hati , takda mudah nak buat semua tu . permulaannya aku cuma delete lagu-lagu mp3 saja . dan DONE ! memang sukses tapi bila nak kena delete ALL VIDEO yang aku duk jiwang karat hampir tiap-tiap malam tu agak sukar ok . bukan agak tapi memang sukar pun dan ya . akhirnya aku tak delete . sobss
sampai la lepas tu adik aku pinjam lappy aku . sebulan kemudian , dia balik dan aku mintak lappy dengan niat aku nak jiwang karat . lepas aku on , aku cuba cari semua video yang masih ada tapi tak jumpa . dan cari dan cari dan memang HILANG ! dan aku akui aku naik angin , cepat aku smach adik aku tanya katmana semua lagu . dan time tu aku dah pasang niat . kalau dia yang delete , memang dia nak kena . hokey ! tapi tak kan sebab pasal lagu , dah nak gaduh-gaduh . aku tanya dia bebaik apa masalah dia nak delete semua video tu dan adik aku punya jawapan yang cun

"laptop kakak dah berat sangat . dah nak full , kalu abe delete cerita nanti kakak marah , baik delete lagu"

dan ok . saat tu aku terdiam . sebenarnya Allah dah tolong aku . Dia tahu hati aku tak kuat nak delete semua video lagu tu . dia dah hantar pertolongan melalui adik aku yang tolong aku delete semua benda alah tu . see ! benda nampak simple tapi bila hati dah ikhlas niat nak berubah , semua boleh jadi . dan Kun faya kun !

result sem akhir

Assalamualaikum dan hello
buat budak-budak Kolej Islam Antarabangsa di Gombak sana nun, mungkin cerita result dah basi tapi tidak bagi aku sebab aku baru dapat check result ! HAHAHA. aku sangat menyedihkan . semua yang nak buat tak dapat . dah berkurun lama aku duk download google chrome sebab hanya google je yang boleh open result aku tapi sangat-sangat hampeh dan sangat-sangat buat aku kuciwa sebabkan line sangat tak ok . dan takpa . aku sabarrr . sangat-sangat sabar walau dalam hati dah nak pergi cc semata-mata nak check result ! tapi bila fikir balik , sentiasa aku buat keje tak betul . dan andai kata aku pergi cc pun semata-mata nak check result yang tak sampai 5 minit sudah semestinya akan susahkan abang cc yang kacak nan hensem tu nak cas aku . dan itulah antara kerja yang tak berapa betul bakal aku lakukan :')
tapi takpa . as sobarul minal iman . sabar itu separuh dari iman . aku sabar dan tunggu sampai laa harini dapat jugak check result aku . result ? yeay ! melayakkan aku sambung belajar lagiii :'D
dan ini menambahkan keterujaan aku gituu . mengalahkan teruja nak raya ! HAHAHA . boleh start buat persiapan untuk masa depan . moga-moga segala urusan yang bakal dilakukan dipermudahkan
dan sekarang sebenarnya aku sedang gigih mencari kerja . puasa dah nak habis , so haruslah aku start kerja juga . dah bosan tanam anggur kat rumah . dan buat aku terfikir . dengan apa yang aku ada sekarang pun dah susah dapat kerja . macam mana la dengan the other yang doesnt have anything . duniawi . duniawi . apa-apa pun harus bersyukur . sehingga aku update lain entri . take care!

 

ramadhan kareem !

assalamualaikum
salam 6 ramadhan . alhamdulillah ! panjang umur tahun ni nak puasa balik . see baru ada kelibat tuan blog ni . betapa aku dah lupakan blog ni .wahaha . well said , actually there's so many thing aku nak bubbling kat sini tapi apakah daya , masa macam tak izinkan 
well , tadi aku ushar balik apa yang aku dah update yang lepas-lepas dan aku dah janji nak update dan kembali aktif balik bilamana aku dah habis belajar ! dan YES ! kepak kepak kepomm ! ihikss . aku dah pun habis belajar . alhamdulillah , alhamdulillah . diploma aku dah tamat . doakan aku murah rezeki ya . ada planning nak kahwin ngan putera kacak aku plus dapat anak ramai-ramai . bak kata orang , meramaikan lagi khalifah di muka bumi ini . see how sweet am i :') dan sememangnya bab berangan ni , orang perempuan memang yang terhebat . yedak ? HAHAHA 
well actually impian aku sebenar lagi benarnya ialah menambahkan rezeki dan sambung belajar lagi . betul lah kata puan mama , orang perempuan zaman sekarang , bab belajar number satu ! tak kahwin pun takpa gamaknya . hmmm
tapi aku taknak la jadi macam puan mama cakap . hidup ni seharusnya seimbang yedak . bab kahwin jodoh semua ni siapa yang taknak tapi kalau ada , ada la kan . doa doa kan la yer
aku akhir cerita aku kat sini . lain hari aku update lagi ye . wassalam

hai Gombak !

assalamualaikum
haaa . apa khabar ? rindu ke :')
jangan sedih . aku ada lagi . blog aku pun ada lagi . dah lama tak jejak sini , memang rinduuu ! ihikss :P
ceriteria aku ? ok . YEAY ! aku dah pindah balik Gombak dah . no mores Bukit Beruntung :P
no mores cikgu , sebab sekarang dah belajar balik . walau title cikgu tu sangat best dan aku rindu dengan anak-anak instant aku , apakah daya . dah nama pun anak instant . cepat dapat , cepat juga lah hilang T,T
kadang-kadang rindu sangat dekat diorang semua . rindu tempat , suasana dan semua yang ada dekat sana :')
pernah aku cakap dekat mama
"rindu betul kakak dekat Bukit Beruntung , walau tak best dulu . nanti kakak ingat nak pergi sana sekali lagi la . nak melawat diorang"
dan mama pun balas
"pergi la kak , Amin kan ada , boleh mintak tolong dia hantarkan"
dan aku ? Gulp ! HAHAHAHA . mama ingat rupanya orang tuuuuuu :)
dan oh ya . sekarang aku dah bambam sebabkan aku bahagia plus cuti sebulan lebihh . pertama kali dalam hidup aku cuti lama . rasa nya sangat marvelous ! wehehe
sekarang sedang menunggu hari untuk perah otak kembali . doakan semoga urusan aku dipermudahkan ye :)
apa-apa hal , korang boleh contact aku dekat facebook aku ni ye

cerita cikgu syafiqah

assalamualaikum
apa khabar ? selamat tahun baru ! rindu tulisan aku tak ? dah lama aku tak update blog ni walau dalam hati aku meronta-ronta nak update . kadang-kadang dah naik gian nak update tapi apakah daya . banyak halangannya :')
sebab terutamanya harusla sebab internet . maklumla . sekarang aku dah pindah . aku pindah dekat Bukit Beruntung , Rawang . tempat ni aku rasa sangat-sangat sedih ok . sedih ! aku ulang balik , sedih ! dengan line tenet nya macam ape sampaikan aku dah decide takmo guna broadband sebab susah nya nak dapat line tenet dan ya , aku anggap macam dugaan besar gituu :')
well , its ok kena korbankan interent kejap sebab sebenarnya aku datang dok pindah sini sebab aku dah jadi cikgu . yeay ! cikgu ! walau hanya cikgu praktikal , memang the best bilamana first day aku datang taska , aku dipanggil cikgu . rasa macam panggilan terhormat gitu :'D
dan actually , nak lah aku cakap , bila jumpa , bergaul dengan budak-budak , there's too many things yang kau boleh dapat . YES ! serius bak hang . aku tak tipu . benda paling boleh kau dapat ialah kesabaran . sangat-sangat uji kesabaran . siapa cakap ajar budak-budak senang ? please , think back :')
kau kena ajar , kena berhadapan dengan ramai budak-budak yang kau tak kenal , sampai kadang-kadang kau dipanggil nenek kebayan oleh budak-budak tu . nak marah ? no . just "nenek kebayan" it's cute nickname actually . sobss 
paling lagi , kau lebih menghargai apa yang kau ada . lets say , kau suka dengan budak ni , ajar dan ajar dia but tomorrow that boy go to the another taska . means pindah ke taska lain . tu pun akan membuatkan kau terfikir dan mula nak menghargai . yes ! benda ada depan kita anytime can gone right ?
well , berpisah tak semestinya dengan ajal je . banyak cara lain . dan start dari situ kau akan lebih menghargai . just same like me . sekarang aku sentiasa bawak camera kecik kenet aku pergi taska because for me , there's too many things yang boleh kau captured and recorded ^^,
please ! jangan kata aku jakun dan batak . no at all . it's about memories :')
kenangan hanya datang sekali seumur hidup . so that , selagi aku berpeluang , selagi tu aku nak record and captured apa yang boleh . tak kira la anak orang ka , aku nak jugak record ! nak jugak captured gambar comel diorang ! err maaf , aku tau aku over excited :')
nasib lah siapa laki aku esok . every memories with him i'll be record gituuu . ihikss . errr ok fine . dah melalut jauh . now aku kena habiskan entri aku kat sini dulu sebab banyak kerja lagi aku nak kena habiskan buat . doakan aku sentiasa sukses untuk tahun baru ni ye :)
doa kan aku cepat kahwin jugak ! tuttttt  

#aku terlampau busy nak update blog , nak contact aku sila roger-roger kat  facebook
hak milik kekal syafiqah zuhari