= ikaazuhari.blogspot.com: cerita takda point Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

cerita takda point

 assalamualaikum

sekarang musim hujan . walau hujan tak ada la turun malam ni nak membasahkan bumi Kelantan tapi cuaca sejuk ni sangat awesome .Alhamdulillah . sejuk atau panas ni semuanya nikmat dari Dia . betapa bersyukur sebab boleh lagi merasa apa yang ada di sekeliling . harini yang pasti . esok lusa belum tentu . kalau panjang umur , nikmat juga . kalau pendek ? hmmm . pun nikmat kan ?

ok . aku taknak cerita yang sedih sedih

cuaca sejuk malam ni sangat awesome sebab Puan Mama awal awal lagi dah sediakan air milo panas . lagi awesome sebab aku adalah satu satu nya anak beliau yang ada di rumah . adik yang bongsu bercuti . aku ? nafsu nak bercuti memang ada tapi bila fikir aku ni dah kerja . kerja pula satu amanah . dah pasti aku kena buat . kadang kadang korbankan apa yang kita suka untuk satu amanah . amanah ni satu tanggungjawab besar . buat bila rasa mampu lagi . 
setakat nak bercuti , InsyaAllah aku boleh hold dulu . tsskkk .

bilamana adik beradik lain tak ada , rasanya tak lengkap hidup ni . tak ada yang boleh aku ajak gaduh dan bergurau senda . yelah . kadang kadang tu bila angin tak betul datang , tiap tiap malam sebelum tidur , pasti aku mesej num adik bongsu sebab nak ucapkan selamat malam . walau orang tu tidur sebelah dan sekatil dengan aku sekalipun tetap juga aku hantar mesej . huhuhu . kadang kadang mata dah mengantuk sangat pun sempat lagi bergurau senda dan bergelak ketawa dalam gelap gelita selepas lampu bilik ditutup . pernah juga lah kena warning dengan puan mama . bebelnya kata tak suka anak anak daranya gelak tak tentu pasal . silap silap haribulan boleh tertukar dengan pontianak katanya . tssskkk . sadis betul cara puan mama aku bebel kami adik beradik . 
huhu

tapi tuan papa sporting je . bila dengar kami adik beradik gelak ketawa , beliau akan ketuk pintu bilik lagak si Anna ketuk bilik si Elsa tu haa dan check apa yang sangat digelakkan . dan beliau cuma tengok kami adik beradik dan sengih . Allah . betapa sangat indah segala saat yang kau ciptakan buat aku dan orang tersayang . betapa Allah juga tahu aku sangat menghargai setiap detik indah dan bahagia yang aku lalui sekarang .

berjauhan dengan keluarga sebab nak menuntut ilmu selama3 tahun di Gombak sangat memberikan aku impak yang besar . sekarang aku lebih hargai semuanya sebab aku tahu semua ni tak akan kekal selama lama nya . masih ada depan mata ni hari ni , hargai sebaik mungkin . kan berkasih sayang sesame keluarga tu juga satu ibadah ? melalui apa yang aku dah lalui , sekarang boleh la aku tunaikan ibadah nan satu tu . moga Allah merahmati segalanyaa . Amen

dan sekarang

aku sedang menaip entri ni sambil mendengar alunan muzik piano rentak A Thousand Year by Chirstina Perri yang sangat awesome bebeh . lagu yang punya sentimental value ni sangat lah mendamaikan . mana boleh lupa bila berjiwang dengan roommate ketika di Hostel Sri Kuching dulu dulu . menyanyi sama sama di tengah malam yang awesome . saling men dedicate lagu buat diri masing masing . menghayati lirik . wish how someday nanti I will meet the one and I will dedicate this song to him ! lagu ni lirik nya special . jadi biarlah aku nak tuju pun untuk the special one . 

well said , my future husband yang Allah masih rahsiakan awak dari saya , kalau lah awak mungkin baca blog saya , ketahuilah , awak akan saya letak tempat paling special di hati saya gitew . ecehh . everytime every moment saya akan make supriseee dekat awak . nak tengok awak senyum lebar dan hargai saya . well , accept who am I as I will accept who you are . kan hidup berpasangan ni sebab nak saling melengkapi . tak giteww ? HAHAHA

apa apa pun saya memang seorang yang suwit . suwit tu biarlah awak saja yang tahu bagaimana . kihkihkih . lihat lah , pandanglah , awak memang akan dijadikan yang teristimewa .

tak percaya ?

tunggu dan lihat . kbai

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari