= ikaazuhari.blogspot.com: February 2015 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

entri last sebelum masuk kerja

Assalamualaikum

Hai . Harini dah last aku duduk sini , duduk pun sebabkan ada sebab . Kalau sesaje je tak ada nya aku nak balik KL nih . Bhahaha

Pagi pagi lagi lepas Subuh , perut aku berdondang sayang T,T

Sebenarnya semalam lagi perut lapar sangat , dan boleh telan roti sekeping cicah air Milo panas panas . Terlampau panasnya Milo aku sampaikan nak makan roti pun tertiup tiup angin sepoi sepoi bahasa . Ekekeke . Nak habiskan sekeping roti tu dah macam apa dah . Sebabkan aku tak gemar roti cicah air T,T

Nak makan nasi pula semua lauk pauk dah dibantainya habis makan sejak petang . Masak dah banyak , mungkin sebab aku masak sodap sangat , tak sampai ke malam lauk nya . Kahkahkah . Hevat dok ?

Nak tidur pula tak boleh sebabkan bunyi mercun meriah sangat sini . Mungkin sebab Raya Cina masih lagi dirayakan , stok bunga api tak habis . Dah macam berlumba lumba pasang , kejap meletup sana kejap meletup sini . Tiba tiba aku pula excited dengar . Thehehe . Ralit tengok bunga api sambil feeling feeling romantic dengan segala kenangan . Cittt T,T

Nak tidur tak boleh , perut dah memang rasa lain macam . Rasa masuk angin Setapak pon ada . KAHKAHKAH . Mujur sangat aku tak ada sakit gastrik , kalau tak haru juga menahan sakit semalam T,T

Diet ? Dah tak ada dalam list to do aku sekarang ni . Bantai je makan asal kekal comel menawan . HA HA HA

Dan bangun je pagi tadi , perut terus rasa lapar . Sedih benar , lapar sorang sorang . Kejap je idea nak masak ada . Terus selak dan ikat kain batik ke pinggang macam actor tamil yang nak gaduh tu . Misi nak memasak la kunun . miahahaha

Tapi last last masak nih jee


Macam bihun goreng dan keropok dekat parti happy birthday to you happy birthday to you pulak T,T

Tapi tak apa , rasa masakan tu penting hokay :P

Taknak kalah tuuu . kahkahkah

Apa apa pun , ni mungkin entri last aku sebabkan entri yang akan datang bakal aku pekasam kan dulu dalam lappy . Dah nak start kerja , entri , blog , facebook , kekasih , kawan kawan semua campak jauh dulu la . hehehe

kontrak surirumah DONE!

Assalamualaikum

Hai. Partime job aku sebagai surirumah bakal ditamatkan kontraknya a few days lagi T,T

Tapi oklah juga . Dah faham sangat macam mana jadi surirumah . Practice make perfect hokay . Miahahaha

Pagi pagi lepas Subuh , selalu dah tak tidur , get ready sediakan breakfast untuk diri sendiri . Tak kira la dok sorang ke berdua ke berbanyak mana ke tapi makan tetap makan . Nafsu makan tetap ado . Bhahaha . Walau kadang kadang makan roti salut ngan Milo pun dah kira ok T,T

Kalau rajin sikit , ada la mood goreng kuetiaw :’)

Lepas tu mandi , kemas apa patut dan layannnn je laptop sampai rasa

“ok. Kena stop. Masak time”

Dah tu ber eksesais kaki tangan , rambut sanggul tinggi tinggi lagak baru habis lepas pantang , sebab nak berperang dengan kuali , sudip , sudu , garfu dan seangkatan dengannya di dapur . Hevat penangan “surirumah” Puan Mama dan Tuan Papa dekat dapur nih . kahkahkah

Tapi

Yang aku perhati bila kakak kakak yang betul betul surirumah dekat luar tu , perkara yang betul betul buat pening tiap tiap hari adalah bila asyik fikir

“nak masak apa?”

So do I

T,T

Kejap nak masak tu , pergi dapur , Ok bahan tak cukup , tukar ke Plan B , nak masak lain kunun nya dan ke dapur lagi , bahan Plan B pun tak cukup , ke Plan C pula , pun tak cukup bahan nak masak

Dan asyik fikir dan fikir . Last last

OK . Balik ke Plan A balik lah , pandailah aku campak segala benda dalam masakan ni . Tawakal jela apa yang akan rasa dengan masakan tu . ekekeke

Dan sebenarnya satu kepuasan bila dah masak semua hidangan licin dimakan sampaikan kuah pun bantai dihirup sekali . Satu kelegaan hokay nak nak lagi lepas orang makan masakan aku tu tak ada komplen sakit sakit perut , dah kira terer masak ler nih . miahahaha

Dah berbulan lamanya tuntut ilmu rumahtangga , sekarang kena la fikir kan masa depan pula . Panjang lagi perjalanan hidup . Paling koman pon kena lah beli sebijik kereta atau sesuatu yang sangat berharga untuk ganjaran pada diri sendiri . malah dah boleh get ready kumpul duit nak beli kasut Converse untuk kahwin nanti ! kahkahkah


rela tak kahwin kalau. . . .

Assalamualaikum

Hai . Biasa la kalau kejap aku ada mood nak update entri , kejap mood nya ke laut China Selatan . ekekeke . Umum stalker pembaca blog tegar aku akan faham bilamana aku dah ada dengan family dekat kampung , peratus nak hadap laptop sekalipun ciput sebabkan ada budak kecik kenit minat benar dengan laptop aku yang akan berkata kata

“Yong, buka la games Barbie, Yayah nok main”- Yayah

“Mana boleh, Yong nak buat kerja Yong ni” - Aku

“Yayah pun ada kerja penting jugok. Kerja nok main games Barbie, sokmo Yong buat kerja Yong, bagila dekat Yayah pula” -Yayah

“ Eeeiii Yayah ni bisingla, g tubik(keluar) nun, g main handphone Papa, main Pou, g mintak ngan Papa” - Aku

“Yayah cakap Yayah tokse tubik selagi Yong tak bagi main laptop Yong” - Yayah

Dan setelah mem besar masuk campur , it was jadi macam nih
-


-


-


-


-
“Syafiqah, bakpo bising ni, bagi dia main kejap pastu off la”

T,T

Kalau ye pun nak hadap laptop , kena cari masa sesuai sangat la . Baru aman T,T

Sebabkan dah pernah pegang title cikgu budak budak . Dalam laptop memang penuh cerita kartun dan segala benda yang budak budak suka . thehehe . Dan pastinya kalau budak budak dapat laptop aku , mesti susah diorang nak kasi balik T,T

Dan sekarang dah balik ke Setapak , aku dah ada masa sikit nak buat apa yang aku minat . Yes buat apa yang minat sebelum mula kerja awal bulan ni . Walau hati tak puas nak berteman mesra dengan adik beradik lagi tapi masing masing hado tugas , maka semua kena kembali ke tempat perjuangan masing masing .

Kata Puan Mama

"setiap detik dengan anak anak memang berharga, masa awok semua single ni la boleh berkumpul, dah kahwin esok esok taktahu macam mana pula perjalanan hidup masing masing"

Dan aku dah macam

T,T

"rela tak kahwin kalau terpaksa korbankan kebahagian dengan family. sobss sobss"


*sahabat dunia akhirat T,T

FOOD DELIVERY: Oh My Sushi

Assalamualaikum

Dua tiga hari dah asyik tengok gambar shushi , mengidam ke hape tak tahu la T,T walhal diri nih takda layan mana makanan out of Melayu . HAHAHA tapi tekak gila gila nak makan sushi T,T

Dan

Bila tengok profile WhatsApp kawan kolej dulu bertukar ke gambar shushi , lagi lah ugut keimanan . tssskkk . saja je nak sakat iman iolls . huhu

Dan

Bila layan facebook pun , beliau dah siap buat page Oh My Sushi , dah sah la beliau berbisnes sushi pulak . Dah tu siap ada delivery weh . Siapa taknak T,T 
Berdarah hidung aku tengok . HAHAHA . siapa taknak kemudahan delivery ye dok ? Cepat pulak aku WhatsApp dia dan 

"RM5 je satu box, tapi minimum order 2 box dan delivery without caj penghantaran"

Eh! Murah ok! T,T

Alang alang kawan sendiri yang jual, harus bagi support gitew . Cepat je aku order 2 box tapi hevat kemain , sebab dekat je tempat aku nih , malam pun dia boleh hantar . dah macam memang sajeeeee je nak suruh berat badan aku lagi naik letew :')

Tapi aku sendiri boleh tahan perasaan ngidam ni , maka aku suruh beliau hantarkan esok pagi which pagi tadi . dah set jam tu , tunggu jela cik delivery datang . ekekeke


*muka takleh describe sambil tunggu order sampai :')

Dan sekejap tu , sushi pun dah sampai . Gambar si cik delivey lupa nak ambil . HAHAHA . ingat sushi je :'D


Alhamdulillah , finally boleh jamah makanan ni . Total 2 boxs tu RM10 je ha . Murah la bagi uolls yang student tapi takde duit nak beli shushi mahal mahal , ni pon hevat rasanya . Yang penting fresh je sebab bila kita order nak , baru dia buat . So , kualiti tu lagi terjamin bila sampai depan pintu rumah . ekekeke . Ni belanja lagi gambar




"Eh zie, aku tengok macam tulisan dengan mayonis nih , ko tulis apa wei?"-Aku

"OMS for Oh My Sushi"-Azie

HAHAHA . kreatif weh- Aku

Well said , dah gigih aku besarkan gambar makanan nih nak kasi kau semua tergoda . Berminat nak cuba ? Contact sini


Homemade Sushi and 100% Halal
Unitar Kelana Jaya on Monday
Keramat, Setiawangsa, Wangsa Maju and UIA Gombak on Saturday and Sunday

REVIEW supplement: Shaklee dan Evening Primrose Oil

Assalamualaikum

Hai , masa anak dara ni lah nak kena jaga semua nya dari atas sampai bawah . dah kahwin esok esok dah macam terlambat pula nak jaga semuanya . dah ada anak lagi lah kelaut semuanya . semua entah kemana T,T

Dulu kawan aku yang dah kahwin selalu juga pesan , sebelum kahwin kena ambil tahu semua perihal badan . Ni period pun tak menentu , dah kahwin esok , nak dapat anak pun susah sebabkan badan horman semua tak stabil . Masa kahwin tu lah nak repair balik semua badan which membuatkan masa dibuang begitu sahaja . Phewww . Kadang kadang orang fikir sebelum kahwin ni tak ada sebab nak jaga badan macam ambil tahu kitaran haid dlln tu T,T

Dan waktu praktikal tu juga , disebabkan salah seorang cikgu di taska tempat aku praktikal adalah agen Shaklee , aku dah pun macam tertarik nak guna produk Shaklee . Kebetulan duit poket memang lebih , sepantas kilat cuba sebab aku tahu kalau Puan Mama ada dengan aku , dia akan pantau pengambilan jenis ubat ubatan aku . dah aku ada sorang sorang je , semua keputusan terletak di tangan aku jelah . ekekeke

Dan Yes! Aku dah cuba
Memang okeh walau ada ura ura cakap ni buat ibu pregnant je . sobs sobss . Tapi aku buat derk jela , balik rumah aku Google apa gunanya Alfafa Complex ni . Dah dapat tahu , baru puas hati Mak Jemah ni . Miahahaha . Rupanya orang yang cakap macam tu macam jeles pulak aku beli supplement nih . Eh ? Macam guna duit diorang la pula nak komen lelebih kan T,T

Aku yang dulu jenis makanan masuk tapi susah nak keluar ni memang runsing la juga . Makan banyak tapi membuang nye idok . Risau iolls . Tapi makan supplement nih , memang superb , selalu aje buang kotoran dalaman . Hiksss . Dah tu aku boleh kawal berat badan aku . Nah , rasa berat badan berlebihan tu dah tak ada dah . Memang supplement ni ok sangat :')

Bila balik kampung pula , siap promo dekat Puan Mama keberkesanan supplement nih dan beliau pun join makan gak , beliau pun kata product ni bagus . Sebabkan beliau asyik penat dan selalu mengantuk awal malam dah cuba product ni so far ok sangat lah . Adik aku yang ada resdung pun cuba makan ni pun tahan juga resdung nya . Eh ! Adik aku tu lelaki hokay :) so dah terbukti tak kira jantina apa , makan aje InsyaAllah tahan dan tambah tenaga . Sebenarnya semuanya atas kehendak kita lah kan , jadi ke tidak tu kuasaNya

Dan sekarang
Next supplement . Bhahaha . Actually supplement nih consultant dekat Guardian Batu Caves yang suggestkan . Aku pun taktahu supplement apa kah ni . Kahkahkah . Sebabkan ada yang belanja , iolls langkah kanan la kan . ekekeke . bedal jela beli , apa guna supplement ni , boleh je Google dan lepas Google , yes , dapat tahu yang 
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah

Dan dah puas hati , aku try godek benda alah ni 

1 box ada 30 capsules . Dan capsule nya macam nih
Semua orang ada pandangan pertama bila tengok sesuatu benda , dan bila tengok kapsul nih aku terus teringat vitamin rambut aku 


-


-


-


-


-

dah macam sama pulak T,T

praktis jadi surirumah?

Assalamualaikum

Hai , semua kelengkapan rumah dah lengkap . baru rasa hidup surirumah tu terisi sikit . bhahaha . tapi bila makcik aku pergi keja . mula terasa bosan balik T,T . ye ye aku mesej Puan Mama

“ma, bosan la duk rumah, mcm surirumoh pula, semua kakak kena buat”

Dan send

“ha baguslah, asas rumahtangga tu, belaja belaja la, kahwin nanti senang”

Dan

“kalau mcm tu kahwinkan kakak segera. Buleh pahala kalau stay ngan suami, dari buang masa dok sorang sorang macam ni. Cepat ah cari calon. Nok kawen :P. Mama pon sokmo sokong kalau kakak dah ada calon time ni, dulu kata kalau ore nok masuk mintak, mama nok bagi terus. ekekeke”





-




Tak akan lah aku nak send ayat tuh . KAHKAHKAH . biarlah simpan dalam draft phone aku je T,T

Maka , aku pun melayan TV yang aku sendiri taktahu tengok cerita apa benda haih . asal bunyi suara TV je dah ok . pedulikan retis hot yang ada di sebalik kaca TV . tak pedulikkk

Tetiba

Layan RTM1 , program Feminin , eh eh Madam Puteri !
Lecturer aku weh ! last semester dulu aku ambil dengan beliau , sebabkan subjek tu kira killer jugak dan dan beliau antara madam yang sangat jadi pilihan , dah rezeki 
dapat belajar dengan dia .
Dia baik sangat , lawa pulak tu , how I wish aku esok esok pun nak kekal awet muda , cantik dan gorjes macam dia
*betapa rapat sampai boleh kissing peluk peluk :’)

Tapi
Belum apa apa aku dah jadi minah bun tegar *panggilan untuk orang rabun dlm family aku T,T 

happy bornday adik bongsu

Assalamualaikum


*Cekelat Hersyey’s ganjaran buat aku yang comel setelah siap buat kerja rumah .

Eh ?

Haa takyah eh sangat , dah memang betul blog aku . saja nak letak gambar dalam blog balik macam dulu dulu sebab rasa aku dah ada masa nak meletak gambar . kalau tidak harem nak letak , gambar tu ada je tapi sekadar nak masukkan tu dah eh buat apa la , bukan menarik tapi sempena tahun baru , aku dah rajin . clapclapclap 

Dah kenyang lepas hadap lunch sorang sorang tadi buat aku fikir , ni kot gaya nya dah kahwin dan duduk rumah sendiri . sorang sorang duduk dari pagi sampai petang . wah . hevat la aku macam mem besar gayanya tapi macam mana pun aku wish nak kerja juga . kalau gini la gaya nya suri rumah , nak elak juga lah . tak suka bosan sorang sorang . bhahaha . dah . angan tak sudah 

Lepas kenyang aku godek WhatsApp , bila dah ada sorang sorang ni tak pulak aku ngadap handphone tiap ketika . tapi dah ada kat rumah sendiri , ada keluarga reramai , galak pula aku nak pegang handphone walau tak ada la sampai tahap gantung kat leher pun kan . tapi tu la . buruk punya perangai la ni . tssskk 

Bila tak pegang handphone dan buka segala mesej , maka aku tak ingat langsung hari ni birthday adik bongsu aku 

So 















Happy Birthday EE :’) 

Pernah komen dekat Puan Mama dan adik sendiri 

“eh bakpo muka kito samo eh?”
“eh ma, muka adik samo ngan kakak” 

Dan 

Phewww 

Dah mak ayah sama kan . tapi tu la , tak lengkang dari soalan bebukan aku .

suami orang? memang tak layan

Assalamualaiikum

Alhamdulillah setelah beberapa hari bertungkus lumus membersihkan rumah , akhirnya aku dapat duduk dengan aman . pheww . tiada lagi kotoran melekat di kaki . 

Sementelah TV belum sempat lagi dibeli , kerja terhormat aku adalah ngadap internet . kadang kadang ON juga facebook . dan sebab agak bosan , aku turn on chat sebab ingat nak sembang dengan kawan kawan

Dan

Yup , ada seorang hamba Allah which berjantina lelaki nak kenal

“Hai” – suami orang

“yup” – aku yang gorjes

“nak kenal boleh?- suami orang

“aik? Bukan dah kahwin? Buat apa nak kenal?” – aku yang comel

“aah dah kawen tapi tak salah nak kenal” – suami orang

“eh maafla, tak suka nak kawan dengan husband orang” – aku yang baik hati

“kenapa pula? Tk salah nak kawan kan?” – suami orang

“maaf, tak ada sebab yang nak kenal, maaf ye. Assalamualaikum”- aku yang havoc

Orang kata kalau kita buat baik , hormat dan baik baik ngan orang , InsyaAllah Allah akan temukan kita dengan orang yang sedemikian juga

Macam aku , nak kata aku ni memilih kawan tu ye juga

Dah pangkat suami orang nak kenal aku tu , dah sahih aku tak layan . kang tak pasal turn aku , suami aku pula layan perempuan lain , mintak jauh weh , makan hati la aku hari hari nanti walau the real is Puan Mama tak ajar pun anak anak dia makan makanan organ dalam haiwan . HAHAHA . dah jauh melalut pula aku . pheww

Sebab aku pun ada pengalaman tengok kawan kawan aku berkawan dan malah ada yang make in love dengan suami orang . dan waktu tu aku macam tentang habis habisan . aku pantang kau dah kahwin tapi nak gedik , memang hilang respect lah jawabnya . dan kadang kadang nak kena fikirkan perasaan bini dia juga , yelah , pompuan mana suka husband dia kawan dengan pompuan lain yang which anak dara gojes lagi kan ? it like semua bersebab tak logic

Kalau dah jodoh lelaki tu kahwin lebih dari satu tu , aku pun tak boleh komen tapi selagi boleh elak elak la kan . jangan sibuk nak masuk rumahtangga orang . bagi aku pula baik buruk pasangan tu sebenarnya kau yang pilih kan

Berani pilih berani hadap . harapnya bakal laki aku yang comel lagi baik budi pekerti seorang yang elok saja perangainya . Amin

ada hikmah semuanya

Assalamualaikum

“Kadang kadang kita nak duit , kita sangka duit boleh bagi kebahagian tapi Allah tak bagi duit sebanyak mana kita nak tapi dia kurniakan kebahagian kepada kita”

Allah ni baik sangat , kita nak apa semuanya sebenarnya kita dah pun dapat ,lambat atau cepat ,semuanya boleh datang dalam pelbagai cara . boleh jadi apa yang kita nak tu tak baik pun buat kita . jesteru , Dia tukarkan yang lagi baik , siapa tahu kan ? *senyum

Macam aku , dah habis belajar dan punya cerita sedih jauh di Gombak sana nun membuatkan aku dah tak ada hati nak jadi warga kota . banyak dah aku belajar sepanjang bertahun tahun , errr means 3 tahun je pun dekat sana membuatkan aku fikir tak ada yang best dekat sana . orang lain mungkin , terkejar nak jadi warga kl , nak havoc kata nya tapi Alhamdulillah aku tak ada sifat macam tu.
Allah punya sayang aku , walau aku terpaksa berada di Kuala Lumpur semata mata nak belajar pun , Allah hantarkan aku dekat Kolej Islam Antarabangsa ,  tempat yang mana banyak ajar aku erti hidup , cara menutup aurat dan sebagainya . jauh beza dengan yang lain walau terpaksa datang , membuatkan berubah 360 darjah .

Syukur aku hadratkan juga sebab punya keluarga yang sangat bombastic , sentiasa tarik bila aku dah nampak melalut tak kira masa . HAHAHA . punya keluarga yang tak ajar apa tu hiburan dan makanan segera . punya keluarga yang aku rasa memang 24 jam dalam hati sanubari aku . pheww

Terima kasih buat keluarga sebab tak pernah ajar makan apa itu makanan segera , mula nya memang teghasa bila Puan Mama dan Tuan Papa jarang treat KFC dlln semua tu . rasa macam tak ikut trend pula tak makan makanan gitew . KAHKAHKAH . tapi dah besar baru aku faham , semua mak ayah buat sesuatu tu bersebab dan sebab tu adalah yang terbaik buat anak anak yakni aku dan adik beradik lain . Alhamdulillah

Makanan segera mana yang bagus kan ? paling tak makanan tu tak sihat pun sebenarnya dan kadang kadang kalau dah terlebih ambil semua segera , boleh jadi obess . syukur sebab rupanya tu sebab Puan Mama dan Tuan Papa  tak ajar makan . pernah sekali waktu kecil bila aku makan jajan dan Tuan Papa tengok , terus suruh aku buang jajan tu jauh jauh . sedih nau waktu tu . zaman budak , mana nak faham kan ?

Tapi sebab tu la sampai hari ni aku dah tak layan jajan , tak sihat , HAHAHA . terima kasih Allah sebab kurnia kan semua yang terbaik buat aku . dari pemerhatian pun , ramai kawan kawan yang suka makan fast food , jajan dan lain lain punya masalah berat badan berlebihan .

Terima kasih buat kedua Puan Mama dan Tuan Papa sebab jaga kan badan aku dengan adik adik yang sampai hari ni maintain sihat dan comel . KAHKAHKAH . bakal anak anak soleh solehah aku esok esok pun aku tak nak ajar makanan segera . harharhar

K . lawak hambar

Kawan?

Aku juga punya kawan , masa belajar punya kawan , mungkin disebabkan sifat aku tak berkira , ramai kawan melekat . tapi bila dah habis belajar , semua dilupakan . mula mula sedih , menyesal tolong kawan kawan waktu diorang susah . tssskk .

Tapi

Allah tu baik , tahu mana yang baik dan buruk untuk aku . kawan yang aku anggap thorbaik tu sebenarnya kawan yang tikam aku dari belakang . dan kawan yang aku anggap tak ada apa apa tu lah lekat sampai hari ni . Allah tu baik , tunjuk dan kurniakan yang baik baik buat aku , kau dan kita semua .

Menyesal ?

Cakap perkataan menyesal tu makna nya aku tak boleh terima apa dah jadi , semua tu takdir kan , kalau tak jadi sesuatu benda , tak ada nya pengajaran yang boleh aku ambil

Pengalaman tu kan guru terhebat.

Apa dah jadi semua ada hikmah .

macam aku terpaksa pindah ke Setapak .

Kuala Lumpur lagi ?

kata tak suka ?

Allah tu baik sangat , apa yang bakal jadi mungkin ada hikmah di sebaliknya .

Apa aku nak takut ?

*sepak segala kesedihan T,T*

Dalam hati dah pun terisi sekarang . HAHAHAHA

kbai 

masak kari guna daun rambai?

Assalamualaikum

*entri paling panjangggggg T,T*

Diet ? ihikss . dalam proses mencuba juga . tang perut tu makesure takmau buncit sebelum aku pregnant . bhahaha . jauh sangat dah angan angan nya nih .Yela . dah badan kurus kecik kenet comel menawan tertarik da bomb tapi kalau dah perut tu dah ke depan dan kalau sampai pakai baju pun , boleh nampak terus perut tu bagi aku dah melampau . mintak jauh weh . takmau sampai tahap macam tu . bambam bambam juga . part perut kena jaga . tak pasal nanti saham aku dah jatuh orang takmau ngorat sebab ingatkan aku pregnant . sobsss sobsss

Dan untuk itu , makan aku jaga . macam mana aku jaga pun sebenarnya susah juga sebab bila dah ada kat rumah , sorang sorang , barang dapur semua lengkap , tak ada alasan aku malas nak masak . rajin sangat dah ni . vahvahvah

Sebenarnya dulu aku memang failed masak . bhahaha . zaman belajar , walau ada duit , kadang kadang beli makanan dalam tin je . kata nak makan kari ayam , beli je kari ayam dalam tin

-



-



-

*goggle :')

-



-
Walau kalau dah buka tin tu , ayam dah hancur dan tulang dua tiga kerat je ada tapi tak kira . nak jugak makan . dah ngidam nau tapi tak reti masak , padan muka la kan . sobsss . kadang kadang sup pun beli tin . majoriti dalam tin disebabkan nak cepat dan takmau belanja banyak, agaknya kalau telur dadar time tu jual yang dah siap masak 
dalam tin pun aku dah balun beli kot :’)

Cuma kelebihan aku boleh buat benda simple yang sodap , macam koktail , spaggeti , roti bakar , dadih , agar agar , kek batik . haa benda macam gini semua boleh buat pula . Cuma benda asas nak makan hari hari tu failed . dulu nak masak sardine pun taktahu macam mana cara betul . harharharhar . sila gelakkan aku . nak masak nasi goreng pun siap beli perencah terus sebab taktahu macam mana nak menumis bawang semua , berapa nak letak bawang , garam semua tu . walau sebenarnya aku sendiri tak suka perencah nasi goreng sebab dia punya kandungan baby ajinamoto tu melampau letaknya . manis lenting nasi aku weh . ekekeke

Tapi

Sejak dah habis belajar , aku buat keputusan drastik nak balik kampung dulu . kawan kawan semua perli macam la kat kampung tu ada kerja gaji beribu riban . kuat depa dok hentam . macam macam perli aku . tapi aku dah aku , rumah aku , duit aku , hidup aku . siapa la diorang nak komen lebih lebih ? tak ada masa aku nak layan

Diorang taktahu , 3 tahun aku merantau belajar lepas SPM haritu buat aku ada perasaan hebat , rindu family semua toksah cerita . aku jenis feeling sayang dengan family lebih dari semuanya . lagipun Puan Mama suruh aku balik rumah dulu , bagi aku tu dah greenlight sebab aku lagi lah melulu je balik . aku ni pula jenis banyak membaca , dan pernah bahu aku bengkak dan sakit sebab pikul dan pegang buku yang maha banyak naik bus . tercunggap betul time tu . berpeluh peluh , dah macam salesgirl jual buku terkejar naik bus sorang sorang . eh . dah . ok dan banyak benda aku baca tu pasal kasih sayang , keluarga semua nya , means kehidupan seharian . sebab tu siapa ada dengan aku memang aku hargai tiptop sesangat lah . susah orang nak sayang kita sebab tu aku hargai semuanya .

Dan sebab tu , sebab kasih sayang menebal yang aku dapat tu , aku balik kampung . duduk kampung aku belajar banyakkkkk benda dengan Puan Mama dan Tuan Papa . banyak ilmu dari depa . belajar dekat kolej belajar perangai budak budak dan cara nak tangani masalah dengan budak . dengan parents pula belajar ilmu rumahtangga , masak memasak semuanya . yay ! dah pass nak kepak kepak kepom kahwin ! bhahahaha

Puan Mama jenis kalau bab dapur dan rumahtangga ni biar kemas . so , dari situ dia ajar sidai baju dengan comel . seluar seluar , baju baju . bukan satu tempat tu sidai seluar , kedian baju , kedian kain , kedian tu dan ini . nope ! pastikan satu kategori saja . dan yes ! aku gigih sidai dan nampak sodap mata memandang , kemas je . takla satu lain dua lain . dah macam kau pakai selipar la kan . takkan sebelah higheels dan sebelah lagi kasut . tak comel kan?

Macam bila memasak juga , bila dah asal orang kampung , nak lagi made in Kelate , cara masak kena agak tiptop la weh . bila menumis apa apa makesure naik bau dulu , bukan main campak campak terus . dah tu kena semua benda buat kasi pecah minyak dulu baru la apa yang kita masak tu comel katanya . biar lama masak asalkan apa kita buat tu menarik orang tengok . tapi sebenarnya dia ajar kena tangkas kat dapur nanti takla anak laki dok menahan lapar . hehehe

Cara siang ikan pun kena comel dan kemas sebab nanti kalau dah masak , kita akan lihat hasil ikan tu menarik untuk dimakan waima ikan goreng je punnnn . vahvahvah . dah tu kunyit untuk disapu ke badan sado ikan pun kalau nak sodap lagi prefer kunyit hidup yang sendiri tumbuk sebab bahan semulajadi dengan segera , lagi sodap yang kita sendiri buat dan yes . banyak lah lagi tips nya

Macam benda bergoreng mee , bihun semuanya pula banyak belajar dengan Tuan Papa . sobsss , beliau guru hebat aku walau kadang kadang berlaga tangan dok masak sebabkan dia kalut tak pasal lagak nak masak kat kedai makan je . bhahaha . dia jenis dok sebelah aku , berdiri tepi aku dan cakap bahan bahan dan pantau cara aku masak dan tukang first rasa . mana la nak dapat ayahnda yang ajar ilmu macam tu dekat anak dara nya kan ? Allahhhh untungnya aku :’)

Kali pertama aku masak kari ayam pun beliau ajar dan waktu tu kantoi aku tak pandai masak bila dia

“long, g amek daun rambai belakang rumah jap”

*ihsan Google*

Aku ?

Jahil bab masak pun aku tahu nak masak kari buat apa letak daun buah rambai . tssskkk . tapi sebab muka serius beliau buat aku dah fikir , ok , nak sedap lagi kot , tips nya letak daun buah rambai la ni . dan dengan lagak blurr aku keluar rumah sebab nak 
ambil daun tu

Tapi

“HAHAHAHAHAHA, cuba awok tengok anok dara awok ni, ado ko nok masok kari g ambil daun rambai, ore suruh g ambil gak dia g ambil la, hai kakak long gak”

Dan

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Semua gelak T,T

Aku?

“Waaaaaaaaaaaaaaaa, mana kakak tahu, doh papa suruh g ambil, ingatkan tips nok suruh lagi sedap, malunyo kakak, dohla muka papa serius tadi mace nok sangat”

T,T

Padah tak pandai masak tapi sebab xcident tu buat aku dah pandai semuanya sekarang . Alhamdulillah not semua resepi aku boleh buat tapi kebanyakkan dah boleh masak sendiri . ihiksss Dah dapat guru guru masak yang hebat , both of them , banyak sangat dah ajar aku . sekarang campak kemana aku stay , perut tak lagi kosong menahan lapar . dah tak ada istilah nak masak nasi goreng pun pegang smartphone sebab nak baca resepi . bhahaha *kantoi tangan sebelah pegang kuali sebelah pegang phone nak baca resepi*

Buat kawan kawan yang mungkin baca blog aku ,

“Hai, aku dah dok KL ni, taknak datang melawat kah? Rasa nak masak dari air tangan aku suruh kau semua rasa. Aku yang sekarang dah lain, come bebeh, jumpa aku, aku masak, kau kenyang.Now, kau dah tak ada sebab nak perli aku. Aku balik kampung walau tak dapat gaji tapi dapat ilmu weh.Dendam kasih sayang dengan mama papa aku selama 3 tahun dah terbalas dengan semua aku dah korbankan sebelum ni”


kbai 

2015 , ni tips diet aku

Assalamualaikum

Hai , aku tahu dah lama sangat aku menyepikan diri . entri last aku pun tahun lepas merupakan entri yang paling emotional . aku akui itu
Tapi benda dah lepas , ni entri pertama aku untuk tahun ni . untuk itu , Selamat Tahun Baru 2015 korang

aku sihat sejahtera . alhamdulillah juga bahagia . terima kasih Allah sebab hadirkan insan yang super havoc dalam hidup aku sampai sekarang . yang dah tak havoc aku dah buang jauh jauh ke Afrika Selatan sana dah . KAHKAHKAH

sebab bahagia juga aku selalu makan . hinggalah suatu hari aku keluar bersama Puan Mama dimana aku nak cepat dan jalan di hadapannya dan tiba tiba terdengar

“kakak, awak dah gemuk dah la. Fuyooo, kakak dah bambam, kakak dah bambam, kakak bambam, kakak bambam”- Puan Mama

*buat tak dengar tapi dalam masa sama aku sengih*

*how I wish tak ada la sampai overweight macam nih T,T

Memang aku akui getting bambam ni siapa siapa pon taknak unless terpaksa macam kau tengah preggy ke kan , macam aku juga tapi selagi aku boleh control dan tak sampai memaksa aku beli pakaian baru sebab tak muat nak pakai , kira OK lagi la kan . HAHAHA

Dan untuk itu , makan pun kena dijaga , untuk tu aku nak kongsi tips jaga badan dari aku yang tak berapa havoc ni

  • No more ice . OK memang ada orang kalah kalau tak ada ais dalam minuman , tapi sampai bila kau nak mengalah dengan ais yedak ? makan kat kedai pun kalau tak memaksa kau untuk minum ais , tak payah la order ais kan . macam aku , dulu addict dengan ais tapi dah jadi anak dara havoc ni , aku dah tak ambil ais dan minum minuman panas sahaja . sekarang belajar order air suam pula . bukan jaga bajet makan tapi ni semua pasal kesihatan . disebabkan keturunan aku ada penyakit kencing manis , memang dari sekarang aku kurangkan pengambilan gula . kadang kadang air aku buat terlebih tawar . KAHKAHKAH . tapi apa kisah ? nak sihat kan . jaga la sikit

  • Sayur sayuran . ni aku ngaku , aku pon dulu anti sayur tapi seorang hamba Allah ni selalu suggest aku dan galakkan aku makan sayur , lepas tu , aku start makan sayur walau susah nak telan . dan lepas cuba , sebenarnya takda rasa pelik pun dengan sayur  sampaikan aku fikir balik , apa yang aku takutkan sangat dengan sayur sebelum ni ? hmmm . dan sekarang Alhamdulillah bila masak , menu sayur seboleh bolehnya wajib hado atas meja makan

  • Makanan bergoreng . haaa ni aku yakin bila masak , wajib ada goreng sebab goreng ni benda yang paling sonang kau nak buat . tapi bagi aku , seboleh boleh gilir la . takyah selalu ada benda bergoreng yedak . tapi kalau dah terpaksa ada juga , kurangkan minyak dan bila masak tu nak letak atas pinggan , makesure minyak tak ada la sampai meleleh leleh macam cheese leleh atas pinggan kau . sebab bagi aku , bila dah leleh atas pinggan , penyediaan makanan kau buat dah nampak tak cun dan kemas . hehehe .

  • Nasi . aku tahu ni makanan ruji kita orang Malaysia dan Melayu utamanya tapi seboleh boleh kurangkan pengambilannya . kalau dah rasa badan bambam sangat tu , yang selalu makan 3 4 kali sehari tu bolehla cuba untuk makan sekali sehari pula ye . dah kalau lapar sangat juga , boleh juga makan lagi dan lagi tapi makesure dalam kuantiti yang amat sedikit . macam yang dah aku belajar dulu , seboleh bolehnya hidangan kita dalam pinggan , sayur kena lebih banyak dari nasi . berani dok nak buat ? HAHAHA
\
  • Lepas makan , jangan tidur dan duduk je tak bangun bangun . haa ni aku akui satu habit juga segelintir orang , dahla makan banyak , duduk pula atas kerusi taknak bangun bangun . apa salah kalau sementara nak tunggu makanan hadam , kau basuh pinggan mangkuk , kemas meja dan lain lain nya kan ? eksesais olls eksesais

Sekian , tips jaga badan cincai cincai dari aku
hak milik kekal syafiqah zuhari