= ikaazuhari.blogspot.com: masak kari guna daun rambai? Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

masak kari guna daun rambai?

Assalamualaikum

*entri paling panjangggggg T,T*

Diet ? ihikss . dalam proses mencuba juga . tang perut tu makesure takmau buncit sebelum aku pregnant . bhahaha . jauh sangat dah angan angan nya nih .Yela . dah badan kurus kecik kenet comel menawan tertarik da bomb tapi kalau dah perut tu dah ke depan dan kalau sampai pakai baju pun , boleh nampak terus perut tu bagi aku dah melampau . mintak jauh weh . takmau sampai tahap macam tu . bambam bambam juga . part perut kena jaga . tak pasal nanti saham aku dah jatuh orang takmau ngorat sebab ingatkan aku pregnant . sobsss sobsss

Dan untuk itu , makan aku jaga . macam mana aku jaga pun sebenarnya susah juga sebab bila dah ada kat rumah , sorang sorang , barang dapur semua lengkap , tak ada alasan aku malas nak masak . rajin sangat dah ni . vahvahvah

Sebenarnya dulu aku memang failed masak . bhahaha . zaman belajar , walau ada duit , kadang kadang beli makanan dalam tin je . kata nak makan kari ayam , beli je kari ayam dalam tin

-



-



-

*goggle :')

-



-
Walau kalau dah buka tin tu , ayam dah hancur dan tulang dua tiga kerat je ada tapi tak kira . nak jugak makan . dah ngidam nau tapi tak reti masak , padan muka la kan . sobsss . kadang kadang sup pun beli tin . majoriti dalam tin disebabkan nak cepat dan takmau belanja banyak, agaknya kalau telur dadar time tu jual yang dah siap masak 
dalam tin pun aku dah balun beli kot :’)

Cuma kelebihan aku boleh buat benda simple yang sodap , macam koktail , spaggeti , roti bakar , dadih , agar agar , kek batik . haa benda macam gini semua boleh buat pula . Cuma benda asas nak makan hari hari tu failed . dulu nak masak sardine pun taktahu macam mana cara betul . harharharhar . sila gelakkan aku . nak masak nasi goreng pun siap beli perencah terus sebab taktahu macam mana nak menumis bawang semua , berapa nak letak bawang , garam semua tu . walau sebenarnya aku sendiri tak suka perencah nasi goreng sebab dia punya kandungan baby ajinamoto tu melampau letaknya . manis lenting nasi aku weh . ekekeke

Tapi

Sejak dah habis belajar , aku buat keputusan drastik nak balik kampung dulu . kawan kawan semua perli macam la kat kampung tu ada kerja gaji beribu riban . kuat depa dok hentam . macam macam perli aku . tapi aku dah aku , rumah aku , duit aku , hidup aku . siapa la diorang nak komen lebih lebih ? tak ada masa aku nak layan

Diorang taktahu , 3 tahun aku merantau belajar lepas SPM haritu buat aku ada perasaan hebat , rindu family semua toksah cerita . aku jenis feeling sayang dengan family lebih dari semuanya . lagipun Puan Mama suruh aku balik rumah dulu , bagi aku tu dah greenlight sebab aku lagi lah melulu je balik . aku ni pula jenis banyak membaca , dan pernah bahu aku bengkak dan sakit sebab pikul dan pegang buku yang maha banyak naik bus . tercunggap betul time tu . berpeluh peluh , dah macam salesgirl jual buku terkejar naik bus sorang sorang . eh . dah . ok dan banyak benda aku baca tu pasal kasih sayang , keluarga semua nya , means kehidupan seharian . sebab tu siapa ada dengan aku memang aku hargai tiptop sesangat lah . susah orang nak sayang kita sebab tu aku hargai semuanya .

Dan sebab tu , sebab kasih sayang menebal yang aku dapat tu , aku balik kampung . duduk kampung aku belajar banyakkkkk benda dengan Puan Mama dan Tuan Papa . banyak ilmu dari depa . belajar dekat kolej belajar perangai budak budak dan cara nak tangani masalah dengan budak . dengan parents pula belajar ilmu rumahtangga , masak memasak semuanya . yay ! dah pass nak kepak kepak kepom kahwin ! bhahahaha

Puan Mama jenis kalau bab dapur dan rumahtangga ni biar kemas . so , dari situ dia ajar sidai baju dengan comel . seluar seluar , baju baju . bukan satu tempat tu sidai seluar , kedian baju , kedian kain , kedian tu dan ini . nope ! pastikan satu kategori saja . dan yes ! aku gigih sidai dan nampak sodap mata memandang , kemas je . takla satu lain dua lain . dah macam kau pakai selipar la kan . takkan sebelah higheels dan sebelah lagi kasut . tak comel kan?

Macam bila memasak juga , bila dah asal orang kampung , nak lagi made in Kelate , cara masak kena agak tiptop la weh . bila menumis apa apa makesure naik bau dulu , bukan main campak campak terus . dah tu kena semua benda buat kasi pecah minyak dulu baru la apa yang kita masak tu comel katanya . biar lama masak asalkan apa kita buat tu menarik orang tengok . tapi sebenarnya dia ajar kena tangkas kat dapur nanti takla anak laki dok menahan lapar . hehehe

Cara siang ikan pun kena comel dan kemas sebab nanti kalau dah masak , kita akan lihat hasil ikan tu menarik untuk dimakan waima ikan goreng je punnnn . vahvahvah . dah tu kunyit untuk disapu ke badan sado ikan pun kalau nak sodap lagi prefer kunyit hidup yang sendiri tumbuk sebab bahan semulajadi dengan segera , lagi sodap yang kita sendiri buat dan yes . banyak lah lagi tips nya

Macam benda bergoreng mee , bihun semuanya pula banyak belajar dengan Tuan Papa . sobsss , beliau guru hebat aku walau kadang kadang berlaga tangan dok masak sebabkan dia kalut tak pasal lagak nak masak kat kedai makan je . bhahaha . dia jenis dok sebelah aku , berdiri tepi aku dan cakap bahan bahan dan pantau cara aku masak dan tukang first rasa . mana la nak dapat ayahnda yang ajar ilmu macam tu dekat anak dara nya kan ? Allahhhh untungnya aku :’)

Kali pertama aku masak kari ayam pun beliau ajar dan waktu tu kantoi aku tak pandai masak bila dia

“long, g amek daun rambai belakang rumah jap”

*ihsan Google*

Aku ?

Jahil bab masak pun aku tahu nak masak kari buat apa letak daun buah rambai . tssskkk . tapi sebab muka serius beliau buat aku dah fikir , ok , nak sedap lagi kot , tips nya letak daun buah rambai la ni . dan dengan lagak blurr aku keluar rumah sebab nak 
ambil daun tu

Tapi

“HAHAHAHAHAHA, cuba awok tengok anok dara awok ni, ado ko nok masok kari g ambil daun rambai, ore suruh g ambil gak dia g ambil la, hai kakak long gak”

Dan

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Semua gelak T,T

Aku?

“Waaaaaaaaaaaaaaaa, mana kakak tahu, doh papa suruh g ambil, ingatkan tips nok suruh lagi sedap, malunyo kakak, dohla muka papa serius tadi mace nok sangat”

T,T

Padah tak pandai masak tapi sebab xcident tu buat aku dah pandai semuanya sekarang . Alhamdulillah not semua resepi aku boleh buat tapi kebanyakkan dah boleh masak sendiri . ihiksss Dah dapat guru guru masak yang hebat , both of them , banyak sangat dah ajar aku . sekarang campak kemana aku stay , perut tak lagi kosong menahan lapar . dah tak ada istilah nak masak nasi goreng pun pegang smartphone sebab nak baca resepi . bhahaha *kantoi tangan sebelah pegang kuali sebelah pegang phone nak baca resepi*

Buat kawan kawan yang mungkin baca blog aku ,

“Hai, aku dah dok KL ni, taknak datang melawat kah? Rasa nak masak dari air tangan aku suruh kau semua rasa. Aku yang sekarang dah lain, come bebeh, jumpa aku, aku masak, kau kenyang.Now, kau dah tak ada sebab nak perli aku. Aku balik kampung walau tak dapat gaji tapi dapat ilmu weh.Dendam kasih sayang dengan mama papa aku selama 3 tahun dah terbalas dengan semua aku dah korbankan sebelum ni”


kbai 

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari