= ikaazuhari.blogspot.com: July 2012 Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

cuma ingatan :)


Ketika anda ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat anda ingin mendapatkannya. Ketika anda mula tidak mencintainya, ingatlah saat pertama anda jatuh cinta kepadanya. Ketika anda mula bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya. Ketika anda ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu. Ketika anda ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu!

be careful please !

assalamualaikum
hye ! hehe ^.^
okay , sekarang dalam mood copy and paste je . hehe . bukan apa , duk usha cite orang lain , nampak menarik , so nak laa jugak share sesame . jom cikidaout :)
nah ! buat2 si pakwe kat luar tuu , kalo bunga hati korang jawab macam nie , ada masuk tersirat okay ! err I know laa , saya pun pompuan apa . hehe
so , dah tau apa maksud tersirat kitorang , be careful la ye ^.^

1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.

3. Tak ada apa-apa atau nothing!
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.

4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.

5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.

6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda

7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe

8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas …. jangan dapat ayat ini wahai lelaki.

9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri

oh RINDU ! RINDU !

assalamualaikum
alhamdulillah hari nie dah cukup seminggu puasa . rasa yang cukup indah
yeah ! ramadhan kali nie ramadhan yang terbaik :)
hari2 asyik tengok kalendar je . tak lain tak bukan , soalan yang kerap di tanya untuk diri sendiri dan jugak dijawab oleh diri sendiri ialah
  1. "bila nak balik nie ?
  2.  berapa hari lagi boleh balik nie ?
  3. bila nak bukak puasa ngan family nie ?
dan jawapan yang dijawab pulak
"lambat lagiiiii, sabar2"
okay , student life la kot . sape tak sedih bila kena jauh ngan family nak2 lagi bulan puasa . entah sempat entah tidak nak berbukak puasa ngan family tahun nie :(
insyallah boleh laa kan :')
dulu2 masa still tak berjauhan ngan family , tak terasa sangat nikmat puasa tau tapi alih2 bila kena bukak puasa sorang2 tadi , memang agak syahdu la . sape tak sedih . orang sebelah rumah bising2 ngan mak bapak dorang , kite lak sorang2 dalam bilik tapi err makan tetap makan . kenyang tetap kenyang . hehe cuma errr sangat2 sunyi laa
oh mama ! oh papa ! rindu nyaa nak manja2 :'(
apa ? apa ? yaa ! anak sulung memang manja apa , kite belaja baru nie pun , lectrer cakap anak sulung manja . yaa . manja pun manja laa . ngan family je pun . sobs sobss .
rindu ! rindu ! rindu ! huarghh ! time kapel2 dulu pun rasa nya tade feeling rindu gila2 macam nie . okay apa , alhamdulillah la . saya rindu pada yang berhak je ! hehe . mahal kot rasa rindu dari insan yg bernama nur qurratu aini syafiqah nie . hehe :p
errr hatoyai , bab melalut memang num satu la . teruk je kann ? -.-'
bukan apa , xctelly sekarang ada sorang2 dalam bilik nie . baru je 5 minit lepas tuan papa call tanya bila nak balik , semalam puan mama yang tanya . so boleh nak conclude that my parents ask me when I will going back home . errr nak jawab sedih , macam dorang berharap je anak manja sulung dorang nie balik nak bukak puasa sesame . yaa ! mak bapa mana tak rindu anak kann ? nak2 anak sulung , perempuan pulak tuu , banyak peel yang buat mereka pening kepala tapi yang banyak peel nakal anak dorang nie laa yang dorang sayang gak . terbaikkk laaa kann ? :D
errr nak story lebih2 takut terrrr nanges pulak . hehe . well . conclude bukan apa . rasa sedikit sayu then sedikit kalut sebab nak kena get ready for the indibidu presentation next week ! wuuuu ~ wish me luck ! wish me luck ! nak high mark nieee :D

ILOVEYOU RAMADHAN

assalamualaikum
I LOVE YOU RAMADHAN ! :')
alhamdulillah , hari nie , tahun nie , dapat jugak rasa ramadhan buat lagi sekali
syukur sebab umur panjang lagi :')
like last year , this year pun sama gak , dapat balik kg 2 days before raya je . nak buat macam mana kan ? nak mengamuk pun bukan okay jugak . sabar jelaa
cuma bila berpuasa kat tempat baru nie , I means kat kawasan rumah yang baru nie , rasa nya sangat awesome dan jugak syahduu :'(
yelaa , kalo last year , stay kat hostel kat apartmen sri kuching tu majoriti penduduk sana bukan melayu dan islam . so , hari2 puasa pun macam hari biasa la . tade perubahan pun . nak harapkan orang melayu just kawan2 se hostel je pun . nak pegi semayang terawih lagi laa . jauh sangat nak kena berjalan . bila pegi pulak , macam tade feel sangat . yelaa . dah nama pun bukan penduduk melayu sangat stay area sana kan then errr yang penting . tade pun bazar ramadhan -.-'
tapiiii
ahaa ! alhamdulillah , for this time puasa . bila pindah rumah yang dah sah2 majoriti kaum melayu dan islam , rasa nak puasa tu sangat2 terasa . bila petang lak , boleh je pegi bazar . dekat gila . malam lak pegi surau nak solat terawih , rasa feel tu berubah terus . thats why laa bila first day puasa tak keluar sahur , rasa sedih dan sayu jee . hoho . lagak dah duduk oversea je dah . hehe . time tu laa sibuk call mak ayah , pakwe makwe nak borak nak hilangkan rasa sedih :)
apa2 pun , stay kat tempat baru memang best even kawan2 yang lepas tade sama dah . kenangan kan , sukar nak forget :'-/
kalo dulu pernah bukak puasa ramai2 , share makan but now rasa tu dah tade dah , nak buat camna , semua dah jadi atas ketentuanNya jugak kan ? :)
apa2 pun , for this ramadhan , hope sangat dapat buat dan jadi yang lebih terbaik , ngan mereka yang setia di sisi . alhamdulillah ! dapat nak buat semua yang dirancang ngan sempurna . syukur atas rasa nie :')


simsimi again

Hi~!
tolong buat assigment aku boleh tak ?
boleh sayang
lebiu
waa, love you to!
tapi...aku tak sayang kau pun
Kalau tak sayang nanti tak dapat
ngade gila kau
nak juga kau bercakap dengan kau yang ngade nih ha
haha
eahhh. ktawe pulak . engt lawak la tu . ekekek
aku boring , member aku dah tido
Bgus2 jom smbung chat
x nak . aku nak belajar
pegi lah kejar dia sebelom dia terlepas kat tangan orang laen !
tapi...dia dah terlepas...dia tak setia
Dia ada 6 lagi girlfriend.
aku tau dan aku yang paling teruk
dia memang bodh sbb lepas kan kaw kan
chat ngan beliau yang robot nie pun okay dari layan yang tak betul . simsimi pun tau kann ?
btw aku merah , simsimi hitam :)

eksesais again

assalamualaikum :)
for entri kali nie kite update jam 2 pagi . okay . still tak ngantuk . badan masih aktif pasal seharian eksesais . sangat2 awesome okay :)
berbasikal ntah berapa kilometer jauhnya bersama beliau memang awesome . even for the first time berbasikal jauh then must lalu kat jalan besar tapi alhamdulillah everything okay even mulanya ada xcident sikit tp okla , budak baru belaja kan ;p
amek risiko tu memang la . apa yang akan jadi tadi memang tawakal je tapi finally perjalanan pegi dan balik selamat :D
just kayuh basikal memang tak guna tenaga sangat but if dah turun naik bukit memang agak mencabar la . penat meyh . asyik kena tukar speed beskal tu je . nasib sume okay je
well , sume nie xtvt yg awesome after pindah rumah . nak cakap menyesal memang langsung tak la malah bersyukur sebab dapat lari dari mereka yang sangat busybody -.-'
well , sekarang dah new life , can do anything yang nak dibuat tanpa fikir perasaan sesape as long still jaga maruah family je :)
pss ! awak ! terima kasih sebab dah lepaskan saya ! saya bebas ! saya dah tak kan jadi penyibuk dalam hidup awak . tak kan ada pape ngan awak as long benda tu akan buat awak bahagia . tape la . like always . saya rela mengalah -.-
mengalah pun okay pe ? even yaa agak pedih kan ? for the second time i must do this kira dah macam okayla . tapela . tuhan adil kan . tak nak dah la masuk2 part feeling macam nie lagi . dah tak larat sangat dah . hidup utk diri sendiri , family dan kawan pun okay je kan ?
yehaa ! just wait for one year and i'll do something ;)

# cannot wait for "that"

betul ker tak ?

assalamualaikum
alhamdulillah , selamat sampai ke destinasi :)
esok dah sem baru . can't wait lah :))
btw harini , tade apa yang nak dibebelkan . cuma nak bagitau nie je . errr entah betol entah tidak
cikidout :)

Andai wanita tahu..
 Apabila seorang lelaki jatuh cinta,wanita itu tidak semestinya punya segalanya tetapi wanita itu adalah segalanya di hatinya.
Andai wanita tahu..
 Apabila seorang lelaki itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai wanita itu.
Andai wanita tahu..
 Apabila seorang lelaki marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi wanita itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu wanita mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri kebapaanya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu wanita itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki kata wanita lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun lelaki menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana wanita itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati lelaki itu sangat tabah.
Andai wanita tahu..
 Apabila lelaki berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. lelaki sulit untuk mengawal perasaan. . Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai wanita tahu..
SEMOGA BERMANFAAT
hak milik kekal syafiqah zuhari