= ikaazuhari.blogspot.com: 2015 , ni tips diet aku Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

2015 , ni tips diet aku

Assalamualaikum

Hai , aku tahu dah lama sangat aku menyepikan diri . entri last aku pun tahun lepas merupakan entri yang paling emotional . aku akui itu
Tapi benda dah lepas , ni entri pertama aku untuk tahun ni . untuk itu , Selamat Tahun Baru 2015 korang

aku sihat sejahtera . alhamdulillah juga bahagia . terima kasih Allah sebab hadirkan insan yang super havoc dalam hidup aku sampai sekarang . yang dah tak havoc aku dah buang jauh jauh ke Afrika Selatan sana dah . KAHKAHKAH

sebab bahagia juga aku selalu makan . hinggalah suatu hari aku keluar bersama Puan Mama dimana aku nak cepat dan jalan di hadapannya dan tiba tiba terdengar

“kakak, awak dah gemuk dah la. Fuyooo, kakak dah bambam, kakak dah bambam, kakak bambam, kakak bambam”- Puan Mama

*buat tak dengar tapi dalam masa sama aku sengih*

*how I wish tak ada la sampai overweight macam nih T,T

Memang aku akui getting bambam ni siapa siapa pon taknak unless terpaksa macam kau tengah preggy ke kan , macam aku juga tapi selagi aku boleh control dan tak sampai memaksa aku beli pakaian baru sebab tak muat nak pakai , kira OK lagi la kan . HAHAHA

Dan untuk itu , makan pun kena dijaga , untuk tu aku nak kongsi tips jaga badan dari aku yang tak berapa havoc ni

  • No more ice . OK memang ada orang kalah kalau tak ada ais dalam minuman , tapi sampai bila kau nak mengalah dengan ais yedak ? makan kat kedai pun kalau tak memaksa kau untuk minum ais , tak payah la order ais kan . macam aku , dulu addict dengan ais tapi dah jadi anak dara havoc ni , aku dah tak ambil ais dan minum minuman panas sahaja . sekarang belajar order air suam pula . bukan jaga bajet makan tapi ni semua pasal kesihatan . disebabkan keturunan aku ada penyakit kencing manis , memang dari sekarang aku kurangkan pengambilan gula . kadang kadang air aku buat terlebih tawar . KAHKAHKAH . tapi apa kisah ? nak sihat kan . jaga la sikit

  • Sayur sayuran . ni aku ngaku , aku pon dulu anti sayur tapi seorang hamba Allah ni selalu suggest aku dan galakkan aku makan sayur , lepas tu , aku start makan sayur walau susah nak telan . dan lepas cuba , sebenarnya takda rasa pelik pun dengan sayur  sampaikan aku fikir balik , apa yang aku takutkan sangat dengan sayur sebelum ni ? hmmm . dan sekarang Alhamdulillah bila masak , menu sayur seboleh bolehnya wajib hado atas meja makan

  • Makanan bergoreng . haaa ni aku yakin bila masak , wajib ada goreng sebab goreng ni benda yang paling sonang kau nak buat . tapi bagi aku , seboleh boleh gilir la . takyah selalu ada benda bergoreng yedak . tapi kalau dah terpaksa ada juga , kurangkan minyak dan bila masak tu nak letak atas pinggan , makesure minyak tak ada la sampai meleleh leleh macam cheese leleh atas pinggan kau . sebab bagi aku , bila dah leleh atas pinggan , penyediaan makanan kau buat dah nampak tak cun dan kemas . hehehe .

  • Nasi . aku tahu ni makanan ruji kita orang Malaysia dan Melayu utamanya tapi seboleh boleh kurangkan pengambilannya . kalau dah rasa badan bambam sangat tu , yang selalu makan 3 4 kali sehari tu bolehla cuba untuk makan sekali sehari pula ye . dah kalau lapar sangat juga , boleh juga makan lagi dan lagi tapi makesure dalam kuantiti yang amat sedikit . macam yang dah aku belajar dulu , seboleh bolehnya hidangan kita dalam pinggan , sayur kena lebih banyak dari nasi . berani dok nak buat ? HAHAHA
\
  • Lepas makan , jangan tidur dan duduk je tak bangun bangun . haa ni aku akui satu habit juga segelintir orang , dahla makan banyak , duduk pula atas kerusi taknak bangun bangun . apa salah kalau sementara nak tunggu makanan hadam , kau basuh pinggan mangkuk , kemas meja dan lain lain nya kan ? eksesais olls eksesais

Sekian , tips jaga badan cincai cincai dari aku

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari