= ikaazuhari.blogspot.com: cara aku nak ingat sesuatu Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

cara aku nak ingat sesuatu

Assalamualaikum

Cukup aku kerja . alhamdulillah . kekal bahagia . harapnya aku awet muda lepas ni , sekarang baju dan tudung pun bila balik dari kerja pun masih ada wangi wangian baby dan banyak yang lekat bau brand Carrie Junior . what the good smell bebeh . wangi dah macam takmo mandi . kahkahkah

Tiap tiap hari bila balik dari kerja , mulut tak henti dok bercerita gelagat budak budak dekat sana . yang sangat awesome perangai , yang sangat cerdik hokay . comel pulak tu . harapnya suatu hari nanti dapat anak yang baik baik dan menjadi anak yang soleh solehah agar boleh ramai ramai aku bawa masuk syurga . amen .

Bab berangan perempuan memang yang terbaik . kihkihkih

Tapi tak apa la . simpan impian baik baik agar mudah terlaksana kedian hari . giteww . well , tiap tiap hari makcik kedai sentiasa stalk aku dekat sana . fikiran aku mungkin dia nak jadikan aku menantu dia kot dan dan kedian dia nak 
lantik aku jadi tauke kedai dia kot . jutawan ekspres la aku nanti . kahkahkah

Berangan lagi

Ok . maaf . sekarang aku serius

Sebenarnya aku ni suka menulis , sebab tu wujudnya blog aku ni . aku juga pernah punya impian nak buat buku sendiri . kan bangga bila ada buku sendiri , depan depan tu terang terang nama aku sendiri . pehhh . tak ke bangga . lepas tu tiap tiap bait ayat aku tulis tu , aku janji akan dedicate kan buat semua yang aku sayang , aku taip nama nama yang disayangi . tapi sayanggggg aku tak minat nak tulis novel sebab aku jenis tak pandai nak imagine dan berhalusinasi dengan pelbagai benda kejadah suwit muwit macam penulis novel buat . dah memang aku tak reti nak tangkap leleh dengan cara penulisan aku .

Orang kata tak cuba belum tahu setakat mana pencapaian kita

Dah aku cuba menulis tapi tak pernah sampai 2 page punnn . tskkk . idea datang kejap dan pergi begitu jua . tanpa pamitan . kihkihkih . lagipun aku jenis kejap idea tu kejap idea ni . kalau idea datang , bertingket tingket lah dia ada dalam otak aku , kalau tidak , nokharom . bila otak kosong , perah pun takde keluar idea nya juga . sebab tu , bila turn aku nak mengajar , sebelum tidur otak aku automatic akan fikir idea nak mengajar , fikir sampai sudah sehinggakan tahap mata aku dah lelap tapi otak boleh jalan lagi . time tu siapa siapa nak cakap dengan aku pun aku layan , sebab aku dapat idea bilamana mata aku pejam rapat . rare dok ? HAHAHA

Satu lagi tips taknak lupa , kena selalu sediakan buku kecik kenit . tak comel tak apa , asal ada ruang nak menulis dan menconteng . siapa siapa yang pernah tengok koleksi buku idea aku , jangan kau terkejut sebab memacam style tulisan dari tulisan tiptop rajin sampai la tiptop malas . semua cukup lengkap ! huhuhu . dan jangan lah menaip dan mencatat di dalam handphone . sebab handphone akan jadi macam macam kejadian tak diingini bilamana kau urgent , bateri kong lah , itu lah ini la , waktu tu Powerbank Pineng yang tiptop kebabom pun takde guna nyaa . jangan malas , catat saja . walau sibuk atau mengantuk bilamana dapat idea dalam tidur , tolong bangun dan gigih catat ok . well said , it will help you and you :)

Apa apa pun , lain orang lain cara , ada juga gigih mencatat dalam calendar apa dan apa yang perlu dibuat , tu pun bagus juga . aku pernah buat dan sangat ingatkan aku . catat bebesar event dan list apa kau perlu buat haa . kasi penuh dengan tulisan je dalam kalendar tu . nampak sikit nilai seni nya dari dibiarkan kosong saja . kannn ? hehe

No comments:

Post a Comment

hak milik kekal syafiqah zuhari