= ikaazuhari.blogspot.com Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

hijrah

Assalamualaikum

Susah nya nak jaga hati . koh koh koh

Tiap kali teringat dekat sesiapa , tiap kali tu juga mood jiwang tangkap leleh datang . betapa tak kuat iman aku . HAHAHA . dah . jangan gelak dengan iman tipis aku . mohon berikan aku nasihat untuk aku upgrade kan iman aku . tsskkk

Aku suka membaca . macam macam aku baca . dulu dulu suka hadap novel dan tangkap leleh jiwang juga tapi dah besau macam gini aku kira aku dah matured . ihiksss

Peratus aku hadap mana mana novel dah tipis . syukur . dah tak perlu nak bazirkan duit hadap novel . online novel kan hadooo . dah gian sangat , boleh saja baca secara online tapi tak aku buat juga sebab dah macam buang masa juga . hadap skrin lama lama buat power spek aku makin naik . dah sudah satu hal pula nak kena upgrade power . tsskkk

Tapi aku pilih cara lain , aku nak upgrade iman aku . aku giat juga hadap blog dan page page yang awesome di facebook . macam macam aku dah belajar . tambah ilmu dalam diam . dalam banyak banyak page tu , dah ada berjaya buat aku sentap hokay

See

Betapa hati jantung limpa aku lemah dan lembut , jentik sekali terus teghasa .

Well , tanda nya hati aku mudah terima apa saja teguran membina . jadi , sila lah tegur salah silap aku yang mana nampak gedik mengada tu . aku terima saja.

Pernah aku baca . dah pernah aku teghasa . katanya

“kalau rindu orang , jangan diluah dekat orang tu , luah dekat Allah . mengadu dengan Allah , nescaya Allah akan tolong kita”

Sama juga dengan

“kalau suka dekat seseorang , jangan diluah dulu , minta dengan Allah , supaya Allah mudahkan segala urusan”

Kesimpulan ?

Apa kau rasa , kau nak , luah dekat Dia sebab sebenarnya Dia rindu kau untuk meluah dan mengadu denganNya . dah sudah nak berinduan tak tentu pasal . luah dekat Allah . aku dah dapat banyak pengajaran . dan aku percaya apa dah Allah aturkan tu dah baik . bukan aku nak berlagak alim ulama dan nak cakap aku budak baik

TIDAK

Aku adalah budak tak baik dan cuba belajar jadi baik.

Hijrah manusia ?

Datang dalam pelbagai cara .

Alhamdulillah . Allah dah jentik hati aku

alhamdulillah

tarbiah diri

Assalamualaikum

Aku akui aku suka pergi kenduri , sebab makan freeee . ok . aku ulang , makan FREEE . hoho

Tapi sebenarnya asbab utama aku pergi kenduri tu adalah aku nak survey cara orang kahwin . kan , betapa aku galak nak survey apa yang patut walau aku pun tak ada calon lagi . survey menyervey lagak nak kahwin dalam masa terdekat saja . ihiksss

Tapi tak apa . aku manusia

Manusia kan belajar dari pengalaman

Banyak yang aku dah tengok bilamana aku pergi mana mana kenduri . yang baik aku ingat sampai hari ni . yang buruk aku kasi campak jauh jauh . agar tak aku buat untuk majlis aku nanti . KAHKAHKAH .

Ada orang cakap aku
“kenapa sibuk sangat nak kahwin? Macam nak kahwin cepat je”

Aku diam . sentap hokay . sentap .

Aku buat apa aku nak buat . aku survey menyervey tu bukan makna aku nak kahwin lagi pun . memang nampak aku galak mengalak tapi sebenarnya aku tak harap apa apa

Kata orang baik baik dan berfikiran luas ,

JODOH TU ADA 2
Jodoh dengan manusia dan jodoh dengan kematian

Aku dapat yang mana dulu ? Allah saja tahu . sebab tu bagi aku , aku tak harap yang mana mana . 
Cuma dengan kematian tu aku lagi ingat .

TAPI manusiaaa..

Mudah nak perli dan ingat bila jodoh dengan manusia tak sampai lagi . dah kenapa kan . siapa la aku nak rancang semuanya jadi super superb . duk diam diam dan muhasabah diri lagi baik

Sebab tu bila ada yang tanya pasal calon aku . aku diam

Dan bila kena perli tak ada calon lagi , aku pun diam

Jodoh tu kerja Allah , baik mana aku rancang , baik lagi Allah aturkan . yang nak hidup aku . dan nak mati pun ok . pedulikan cakap cakap orang sekeliling

Hati

Hati ni dah ada koyak rabak sikit . tu yang aku gigih nak upgrade balik . nak jadi lagi baik dari asal . dah sudah nak perli . aku memang bukan budak baik tapi aku nak jadi baik

TOLONG

TOLONG doakan aku kuat dalam hadap semua ragam manusia sekeliling aku 

aku dan kerja sia sia

Assalamualaikum

Suatu petang nan indah bersama tersayang

Adik : kakak guna internet gapo ?

Aku : kakak buat yang sehinggit sehari. Sebab guna fon ni tak best. Kadang kadang bayar mahal untuk bulanan tapi tk sampai 2 hari dah habis. Tapi tu kakak tengok dalam fb la. Kakak tk penah buat lagi. Lagi best BlackBerry dulu. Internet free

Adik : dah tu kalau yang ni nak buat bulanan berapa ringgit?

Aku : rm32. Mahal gila.malas kakak nak buat, macam rugi pula. Kadang kadang sistem tak betul . rugi la. Tapi kannn

Adik : tapi gapo?

Aku : macam bodoh pula . HAHAHA. Kakak buat internet sehinggit sehari tapi kadang kadang buat siang malam jadi RM2 sehari. Bayangkan , dalam sebulan ada 30 hari . jadi?

Adik : RM2 x 30 hari =RM60 sebulannnnnn . wooooooo. Lagi mahal, kakak betul ko dok ni?

Aku : kakak tahu kakak tak betul . HAHAHA.

Aku dan kerja gila dan sia sia berpisah tiadaaaaa .
The end
hak milik kekal syafiqah zuhari