= ikaazuhari.blogspot.com Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

cerita wajib tiap bulan

Assalamualaikum

Demam

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan aku , dah cukup sebulan lebih lebih aku kerja dan macam biasa , sebulan sekali aku wajib demam . WAJIB hokay . aku mengerti , mungkin juga antibody aku tak kuat . sejak dari zaman belajar sampai la ke alam kerja , sah wajib bersin dan ambil MC sebab demam . huhu

Tapi

Aku kira aku dikategori bagus sebab tak lokek berkongsi virus demam dan selsema aku ni . KAHKAHKAH . kalau waktu belajar , rakan serumah yang menjadi mangsa terkena virus demam aku , kali ni seluruh kaum keluarga aku turut kena tempias nyaaa . huhu . kalau dulu dulu wajib sebulan sekali ke klinik sebab minta MC lagaknya nak checkup bulanan ajo . tiap tiap bulan terpampang muka aku tersengih sengih depan doctor . wahahaha .

Pernah juga kawan kawan bila perasan aku bersin dan tak sedap badan , terus takmo dekat , takut kena virus aku katanya tapi selagi serumah dengan aku , aku dengan cara aku

Tak lokek berkongsi virus demamnyaaa . HAHAHA

Untuk bulan ni , kemungkinan demam agak teruk ditambah pula penat kerja , tidur aku meracau . kata adik yang tidur sebilik dengan aku , aku termimpi mimpi meracau sebut nama orang . yang disebut nama pula nama anak teruna orang . tsskkk . apa yang aku dah mimpi pun aku tak tahu sesampai sesebut nama orang . memalukan hokayy . wuuuu ~

Kata nya lagi . bukan setakat sebut nama orang , tidur aku pun agak buas sebab aku terlebih energy dengan menyepak dan meletakkan kaki di atas badan beliau . fikiran baik mungkin waktu tu tengah mimpi berlatih kungfu kot ? hmmm

Apa apa pun sekarang musim di Kelantan tak menentu , jaga la diri anda semua . jangan jadi macam aku , tiap tiap bulan mengedik nak memanja demam . saja nak feel disayangi bilamana insan insan disayangi cuba try test kepanasan demam aku dengan meletakkan tapak tangan ke dahi aku . tak ke nampak dihargai dan disayangi gitewww . HAHAHA

Kadang kadang bila demam , suka bilamana ada orang masuk dalam bilik , selimutkan aku dan perlahankan kipas . hmmmm . rasa macam kembali ke zaman sekolah saja . siapa tak suka dimanjakan yedak ? hmmmm

apa apa pun , dah demam tu , rerajin makan ubat , tiru macam aku . demam lain cerita tapi ubat tetap telan . amek hati ubat giteww . kalau aku yang tak habiskan , siapa lagi yang nak habiskan stok ubat demam dalam peti tu kan ? dah aku ni muka wajib demam . hmmm

cerita takda point

 assalamualaikum

sekarang musim hujan . walau hujan tak ada la turun malam ni nak membasahkan bumi Kelantan tapi cuaca sejuk ni sangat awesome .Alhamdulillah . sejuk atau panas ni semuanya nikmat dari Dia . betapa bersyukur sebab boleh lagi merasa apa yang ada di sekeliling . harini yang pasti . esok lusa belum tentu . kalau panjang umur , nikmat juga . kalau pendek ? hmmm . pun nikmat kan ?

ok . aku taknak cerita yang sedih sedih

cuaca sejuk malam ni sangat awesome sebab Puan Mama awal awal lagi dah sediakan air milo panas . lagi awesome sebab aku adalah satu satu nya anak beliau yang ada di rumah . adik yang bongsu bercuti . aku ? nafsu nak bercuti memang ada tapi bila fikir aku ni dah kerja . kerja pula satu amanah . dah pasti aku kena buat . kadang kadang korbankan apa yang kita suka untuk satu amanah . amanah ni satu tanggungjawab besar . buat bila rasa mampu lagi . 
setakat nak bercuti , InsyaAllah aku boleh hold dulu . tsskkk .

bilamana adik beradik lain tak ada , rasanya tak lengkap hidup ni . tak ada yang boleh aku ajak gaduh dan bergurau senda . yelah . kadang kadang tu bila angin tak betul datang , tiap tiap malam sebelum tidur , pasti aku mesej num adik bongsu sebab nak ucapkan selamat malam . walau orang tu tidur sebelah dan sekatil dengan aku sekalipun tetap juga aku hantar mesej . huhuhu . kadang kadang mata dah mengantuk sangat pun sempat lagi bergurau senda dan bergelak ketawa dalam gelap gelita selepas lampu bilik ditutup . pernah juga lah kena warning dengan puan mama . bebelnya kata tak suka anak anak daranya gelak tak tentu pasal . silap silap haribulan boleh tertukar dengan pontianak katanya . tssskkk . sadis betul cara puan mama aku bebel kami adik beradik . 
huhu

tapi tuan papa sporting je . bila dengar kami adik beradik gelak ketawa , beliau akan ketuk pintu bilik lagak si Anna ketuk bilik si Elsa tu haa dan check apa yang sangat digelakkan . dan beliau cuma tengok kami adik beradik dan sengih . Allah . betapa sangat indah segala saat yang kau ciptakan buat aku dan orang tersayang . betapa Allah juga tahu aku sangat menghargai setiap detik indah dan bahagia yang aku lalui sekarang .

berjauhan dengan keluarga sebab nak menuntut ilmu selama3 tahun di Gombak sangat memberikan aku impak yang besar . sekarang aku lebih hargai semuanya sebab aku tahu semua ni tak akan kekal selama lama nya . masih ada depan mata ni hari ni , hargai sebaik mungkin . kan berkasih sayang sesame keluarga tu juga satu ibadah ? melalui apa yang aku dah lalui , sekarang boleh la aku tunaikan ibadah nan satu tu . moga Allah merahmati segalanyaa . Amen

dan sekarang

aku sedang menaip entri ni sambil mendengar alunan muzik piano rentak A Thousand Year by Chirstina Perri yang sangat awesome bebeh . lagu yang punya sentimental value ni sangat lah mendamaikan . mana boleh lupa bila berjiwang dengan roommate ketika di Hostel Sri Kuching dulu dulu . menyanyi sama sama di tengah malam yang awesome . saling men dedicate lagu buat diri masing masing . menghayati lirik . wish how someday nanti I will meet the one and I will dedicate this song to him ! lagu ni lirik nya special . jadi biarlah aku nak tuju pun untuk the special one . 

well said , my future husband yang Allah masih rahsiakan awak dari saya , kalau lah awak mungkin baca blog saya , ketahuilah , awak akan saya letak tempat paling special di hati saya gitew . ecehh . everytime every moment saya akan make supriseee dekat awak . nak tengok awak senyum lebar dan hargai saya . well , accept who am I as I will accept who you are . kan hidup berpasangan ni sebab nak saling melengkapi . tak giteww ? HAHAHA

apa apa pun saya memang seorang yang suwit . suwit tu biarlah awak saja yang tahu bagaimana . kihkihkih . lihat lah , pandanglah , awak memang akan dijadikan yang teristimewa .

tak percaya ?

tunggu dan lihat . kbai

cara aku nak ingat sesuatu

Assalamualaikum

Cukup aku kerja . alhamdulillah . kekal bahagia . harapnya aku awet muda lepas ni , sekarang baju dan tudung pun bila balik dari kerja pun masih ada wangi wangian baby dan banyak yang lekat bau brand Carrie Junior . what the good smell bebeh . wangi dah macam takmo mandi . kahkahkah

Tiap tiap hari bila balik dari kerja , mulut tak henti dok bercerita gelagat budak budak dekat sana . yang sangat awesome perangai , yang sangat cerdik hokay . comel pulak tu . harapnya suatu hari nanti dapat anak yang baik baik dan menjadi anak yang soleh solehah agar boleh ramai ramai aku bawa masuk syurga . amen .

Bab berangan perempuan memang yang terbaik . kihkihkih

Tapi tak apa la . simpan impian baik baik agar mudah terlaksana kedian hari . giteww . well , tiap tiap hari makcik kedai sentiasa stalk aku dekat sana . fikiran aku mungkin dia nak jadikan aku menantu dia kot dan dan kedian dia nak 
lantik aku jadi tauke kedai dia kot . jutawan ekspres la aku nanti . kahkahkah

Berangan lagi

Ok . maaf . sekarang aku serius

Sebenarnya aku ni suka menulis , sebab tu wujudnya blog aku ni . aku juga pernah punya impian nak buat buku sendiri . kan bangga bila ada buku sendiri , depan depan tu terang terang nama aku sendiri . pehhh . tak ke bangga . lepas tu tiap tiap bait ayat aku tulis tu , aku janji akan dedicate kan buat semua yang aku sayang , aku taip nama nama yang disayangi . tapi sayanggggg aku tak minat nak tulis novel sebab aku jenis tak pandai nak imagine dan berhalusinasi dengan pelbagai benda kejadah suwit muwit macam penulis novel buat . dah memang aku tak reti nak tangkap leleh dengan cara penulisan aku .

Orang kata tak cuba belum tahu setakat mana pencapaian kita

Dah aku cuba menulis tapi tak pernah sampai 2 page punnn . tskkk . idea datang kejap dan pergi begitu jua . tanpa pamitan . kihkihkih . lagipun aku jenis kejap idea tu kejap idea ni . kalau idea datang , bertingket tingket lah dia ada dalam otak aku , kalau tidak , nokharom . bila otak kosong , perah pun takde keluar idea nya juga . sebab tu , bila turn aku nak mengajar , sebelum tidur otak aku automatic akan fikir idea nak mengajar , fikir sampai sudah sehinggakan tahap mata aku dah lelap tapi otak boleh jalan lagi . time tu siapa siapa nak cakap dengan aku pun aku layan , sebab aku dapat idea bilamana mata aku pejam rapat . rare dok ? HAHAHA

Satu lagi tips taknak lupa , kena selalu sediakan buku kecik kenit . tak comel tak apa , asal ada ruang nak menulis dan menconteng . siapa siapa yang pernah tengok koleksi buku idea aku , jangan kau terkejut sebab memacam style tulisan dari tulisan tiptop rajin sampai la tiptop malas . semua cukup lengkap ! huhuhu . dan jangan lah menaip dan mencatat di dalam handphone . sebab handphone akan jadi macam macam kejadian tak diingini bilamana kau urgent , bateri kong lah , itu lah ini la , waktu tu Powerbank Pineng yang tiptop kebabom pun takde guna nyaa . jangan malas , catat saja . walau sibuk atau mengantuk bilamana dapat idea dalam tidur , tolong bangun dan gigih catat ok . well said , it will help you and you :)

Apa apa pun , lain orang lain cara , ada juga gigih mencatat dalam calendar apa dan apa yang perlu dibuat , tu pun bagus juga . aku pernah buat dan sangat ingatkan aku . catat bebesar event dan list apa kau perlu buat haa . kasi penuh dengan tulisan je dalam kalendar tu . nampak sikit nilai seni nya dari dibiarkan kosong saja . kannn ? hehe
hak milik kekal syafiqah zuhari