= ikaazuhari.blogspot.com: mulia nyaa sikap beliau Img:hover { -moz-transform: scale(0.8); -webkit-transform: scale(0.8); -moz-transition: 0.5s; -webkit-transition: 0.5s;}

mulia nyaa sikap beliau

assalamualaikum
alhamdulillah , kuiz dah lepas , presentation pun dah lepas . ahakss ! cuma tinggal satu je lagi yang nak kena present . hmm , present about korea . all about korea . dan ya , me kadang2 je ngadap cite korea tu . actually , sangat la berbelit lidah bila nak cakap bahasa mereka kann
*hmmm , dah tak minat , memang la susah kann -..-
the real is tak semua pompuan minat cerita korea okay -.-'
btw , fullstop . tu je nak cerita . muahaha . okay . tadi me ada online . ada la sorang yang tanya
"siapakah wanita pertama yang masuk syurga?"
dan me ? Masya Allah , siapa ehhh ? teruk nyaa . dah lupa dahh , yaa , penah belajar tapi tak ingat . see ! budak kolej islam pun still banyak lagi nak kena belajar . hmm . kerdil betol rasa . btw , kamu tahu ? baikkk . kalau tahu alhamdulillah , nanti contact kita ehh , kita share ilmu sama2 ^.^ 
dann bila ditanya , banyak jawapan yang dapat tapi the real ini la jawapan yang betul . nie pun copy paste je . nak share dengan semua , moga bermanfaat

Suatu ketika, Fatimah bertanya kepada Rasullulah. Siapakah perempuan yang kelak pertama kali masuk syurga? Rasullulah menjawab," Dia adalah seorang wanita yang bernama Mutiah." 

Fatimah Terkejut . Ternyata bukan dirinya ,seperti yang dibayangkannya. Mengapa justeru orang lain, padahal dia adalah puteri Rasullulah sendiri? Maka timbullah keinginan Fatimah untuk mengetahui siapakah gerangan perempuan itu? Dan apakah yang telah dibuatnya hingga dia mendapat penghormatan yang begitu tinggi? 

Setelah meminta izin kepada suaminya, Ali bin Abi Talib. Fatimah pun berangkat mencari rumah kediaman Mutiah. Puteranya yang masih kecil bernama Hassan diajak ikut serta . Ketika tiba di rumah Mutiah , Fatimah mengetuk pintu seraya memberi salam: "Assalammualikum...!
"Walaikummusalam! Siapa di luar?" terdengar jawapan yang lemah-lembut dari dalam rumah. Suaranya cerah dan merdu. 
"Saya Fatimah , puteri Rasullulah,"sahut fatimah kembali. 

"Alhamdulilah, alangkah bahagia saya hari ini Fatimah , puteri Rasullulah, sudi berkunjung ke rumah saya," terdengar kembali jawapan dari dalam . 
"Sendirian , Fatimah,"tanya perempuan seraya membukakan pintu. 
"Aku ditemani Hassan,"jawap Fatimah. 
"Aduh, maaf ya,"kata Mutiah, suaranya terdengar menyesal . "Saya belum mendapat izin dari suami saya untuk menerima tetamu lelaki." 
"Tapi Hassan masih kecil?"jelas Fatimah. 
"Meskipun kecil, Hassan adalah seorang lelaki. Esok sahaja anda datang lagi,ya?, saya akan minta izin dulu kepada suami saya,"kata Mutiah dengan menyesal . 
Sambil menggeleng-gelengkan kepala , Fatimah minta izin kembali pulang. 

Esoknya , Fatimah datang lagi ke rumah Mutiah, kali ini dia ditemani oleh Hassan dan Hussain . Mereka bertiga mendatangi ke rumah Mutiah. Setelah memberi salam dan dijawab dengan gembira, Mutiah yang masih berada dalam rumah bertanya :
"Kau masih ditemani oleh Hassan , Fatimah? Suami saya sudah memberi izin." 
"Ya , juga ditemani oleh Husain,"jawab Fatimah . 
"Ha? Kenapa kelmarin tidak bilang?Yang dapat izin cuma Hassan, dan Husain belum. Saya terpaksa tidak boleh menerimanya juga,"dengan perasaaan menyesal, Mutiah kali ini juga menolak. 


Hari itu, Fatimah gagal lagi bertemu dengan Mutiah. 
Keesokkan harinya Fatimah kembali lagi mereka disambut baik oleh perempuan itu dirumahnya. 
Keadaan rumah Mutiah sangat sederhana tidak ada satu pun perabot mewah menghiasai rumah itu. namun, semua tersusun rapi. 

"Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk dengan tenang , sebab saya harus menyiapkan makanan buat suami saya,"kata Mutiah sambil mundar-mandir dari dapur ke ruang tetamu. 

Menjelang tengahari, masakan itu sudah siap semuanya. Kemudian diletakkan di atas tilam. Mutiah mengambil cambuk,yang juga diletakkan di atas tilam. 
"Suamimu bekerja dimana?"tanya Fatimah . 
"Di ladang,"jawab Mutiah. 
"Pengembala?,"tanya Fatimah lagi. 
"Bukan ,bercucuk tanam." 
"Tapi mengapa kamu bawakan cambuk?' 
"Oh,itu? sahut Mutiah dengan senyuman."cambuk itu kusediakan untuk keperluan lain. Maksudnya begini kalau suami saya sedang makan, lalu kutanyakan apakah masakan saya sedap atau tidak? Kalau dia mengatakan sedap, maka tidak akan terjadi apa-apa. Tetapi kalau dia kata tidak sedap cambuk itu saya berikan kepadanya agar punggung saya dicambuknya, sebab bererti saya tidak melayani suami dan menyenangkan hatinya. "

"Apakah itu kehendak suamimu?,"tanya Fatimah kehairanan . 
"Oh, bukan! Suami saya adalah seorang yang penuh kasih sayang. Ini semua adalah kehendakku sendiri , agar aku jangan sampai menjadi isteri yang derhaka kepada suami." 
Mendengar penjelasan itu, Fatimah mengeleng-gelengkan kepala . Kemudian dia meminta diri untuk pulang. 

"Memang layaklah kalau Mutiah kelak menjadi seorang perempuan yang pertama kali masuk syurga,"kata Fatimah dalam hati,di dalam perjalanan pulang. "Dia berbakti kepada suami dengan tulus . Perilaku kesetiaan macam itu bukanlah lambang perhambaan wanita oleh kaum lelaki . Tetapi , merupakan cermin bagi cinta ketulusan dan pengorbanan kaum wanita yang harus dihargai . 

Petikan : 
Himpunan Kisah Para Sufi 
Halaman 139-140 .
Karangan Muhammad Ibrahim Salim

subhanallah , mulia nyaa sikap beliau kan . memang tak mampu nak contohi beliau , tapi insyallah sedikit dari yang di tunjukkan boleh jugak nak praktis . hmm . untung suami beliau kan , nak bandingkan dengan orang sekarang sangat2 jauh beza . kerdill je rasa kann -.-

2 comments:

  1. subhanallah ,nak jugak jadi isteri macam tu ..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn , tak sabar nak kahwin jee . mulia sikap beliau . untung suami . nak jadi seratus peratus macam dia mybe dah tak boleh tapi sikit2 boleh kita amalkan kann :')

      Delete

hak milik kekal syafiqah zuhari